Friday 17 April 2015

5 Jenis Artikel Untuk Blog

Sedar tak sedar, dah macam-macam jenis artikel blog yang saya hasilkan. Kerana pendirian yang tak tetap dan minat yang berubah-ubah, saya lebih suka tulis pos blog ikut trend hati sendiri. Kebanyakan artikel yang saya hasilkan lebih kepada pengalaman, fakta dan trend. Saya kategorikan artikel blog kepada jenis artikel dibawah.


1. Artikel pengalaman

Ni adalah pos blog yang paling kreatif bagi saya. Semua pembaca sukakan artikel jenis pengalaman. Pengalaman setiap orang berbeza. Dan inilah yang menjadikan pos blog tu unik. Siapa tak suka baca pos blog mengenai kisah hidup / pengalaman blogger lain.Biasanya orang lebih percaya pengalaman seseorang itu berbanding teori. Pos blog mengenai pengalaman juga mendapat sambutan baik dikalangan pembaca. Artikel pengalaman ni paling mudah nak dihasilkan. Contoh artikel dari blog saya :

~ Saya adalah pengguna proton suprima s. Baca pengalaman saya
~ Pengalaman dan tips menjual di mudah.my
~ Susu anmum buat anak lebih bijak ?

2. Artikel Fakta

Pos blog berdasarkan fakta ataupun teori. Mudah nak copy paste dari blog lain. Hu hu...Fakta dan teori biasanya maklumat kajian. Kita mengajar reader bagaimana nak buat sesuatu atau menceritakan informasi mengenai sesuatu. Rasanya semua blog ada pos artikel jenis fakta. Contoh pos blog saya :

~10 rahsia menarik mengenai fizikal kita
~Seks bukan punca utama lelaki dan wanita naik berat lepas kahwin
~7 cara online buat duit masa kini.

3. Artikel Politik dan perjuangan

Ho ho.. saya sifatkan artikel ini ibarat 'artikel berani mati' jugalah. Samada ia bersifat positif ataupun negatif, ia pasti mendapat tentangan ataupun sokongan . Penyokong politik ni berbeza-beza pendapatnya. Tak pernah lagi buat pos blog mengenai politik dan perjuangan ni.

Macamana pun sambutan mengenai perjuangan dalam politik ni memang hangat kerana tak semua blogger atau penulis berani tampil untuk menyuarakan kebenaran. Silap bahasa dan informasi, anda mungkin dikecam. Apapun, berpada-pada dengan pos blog anda.

4. Artikel Gosip dan selebriti

Best juga ni...  semua pembaca suka baca artikel gosip dan selebriti ni. Nak jadi busy body jap ho ho... Ada manfaat juga untuk selebriti. Mereka dapat publisiti! Ni artikel yang famous juga. Banyak dicari-cari pembaca.Contoh artikel :

~Comelnya! Bila artis lelaki korea yang tinggi lampai buat posing kaki macam ni
~16 fakta menarik tentang Kareena Kapoor
~30 gambar zaman kanak-kanak dan remaja artis barat

5. Artikel Trending

Ni pun antara artikel yang hot juga. Ia ikut trend semasa. Ia juga mudah dapat 'like' dan 'share'. Bolehlah tengok di google trend untuk search apa yang hot. Ianya informasi worldwide. Jadi kita pun tahu semua benda unik dan pelik yang sedang berlaku. Contoh dari blog saya :

~Mengagumkan! Robot ciptaan saintis jepun hampir menyerupai manusia
~Penemuan menakjubkan! Sami dimumiakan dalam patung buddha
~Kenali Dakota Rose : Gadis menyerupai anak patung


No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.