Showing posts with label Sihat & Cantik. Show all posts
Showing posts with label Sihat & Cantik. Show all posts

Friday, 24 July 2015

Kongsi Pengalaman : Petua Dan Tips Penting Agar Rambut Cantik Dan Sihat !

Salam pembaca ! Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Sudah agak lama juga saya tidak mengupdate artikel blog ini kerana kekangan masa. Artikel kali ini adalah mengenai perkongsian tips dan petua penting untuk mendapatkan rambut yang cantik dan sihat.

Setiap kita samada wanita mahupun lelaki pasti inginkan kualiti rambut yang sihat dan sempurna. Petua ini penting untuk kita amalkan setiap hari agar kualiti rambut kita sentiasa terjaga.


Penggunaan Syampu

Jika pencuci rambut yang anda gunakan sekarang ini bersesuaian dengan anda. Contohnya rambut tak gugur dan tidak berkelemumur, sebaik-baiknya kekalkan sahaja produk yang anda sedang gunakan.

Elak bertukar-tukar syampu kerana ia mampu menyebabkan kualiti rambut merosot. Hampir semua produk pencuci rambut mengandungi sejumlah kimia yang dibenarkan dan menepati piawaian. Namun pada jangka masa panjang, ia masih mampu menyebabkan kerosakan rambut. Oleh itu, Elak mencuci rambut terlalu kerap.
Menurut pakar kecantikan rambut, kita amat dinasihatkan agar mencuci rambut secara berkala kerana rambut kita juga mengandungi pelembap semulajadi sama seperti kulit.

Cuaca

Cuaca panas terik boleh menyebabkan sel rambut kering dan mati. Jika anda mempunyai aktiviti di kawasan yang panas. Lindungi rambut anda dengan menggunakan penutup seperti topi. Tidak salah anda menggunakan pelembap rambut sebagai precaution sign !

Bahan semulajadi

Siapa tak suka bahan semulajadi ? ^_^.. Sebelum ini saya amat tertarik untuk menggunakan bahan semulajadi kerana ia sememangnya bebas daripada bahan kimia. Antara kaedah yang pernah saya cuba adalah menggunakan yogurt untuk rambut. Hi hi.. hasilnya, rambut jadi lebih kering dan rosak.

Selain itu, saya juga pernah menggunakan mud ataupun lumpur (Diproses) untuk mencantikkan rambut kononnya. Tapi keesokan harinya rambut jadi bercabang pula huhu.. Jadi nasihat ikhlas daripada saya, walaupun bahan-bahan ini mengandungi nutrien penting untuk rambut. Tidak semua bahan semulajadi sesuai dengan rambut kita.

Oleh itu, elakkan daripada menggunakan pelbagai ramuan pada rambut kita.

Fesyen 

Amat sukar untuk berhenti mengayakan fesyen rambut bukan ? Hoho. Maklumlah rambut ini mampu memberi impak yang besar pada penampilan kita. Rebonding serta mengerintingkan rambut memerlukan darjah ataupun suhu panas yang cukup tinggi. Ini bererti ia mampu membunuh sel-sel rambut kita.

Sebelum ini juga saya pernah melakukan rebonding, mengerinting serta mewarnakan rambut. Untuk mendapatkan rambut yang sihat kembali, saya meminta suami untuk potong sedikit demi sedikit rambut. Kini rambut yang telah diwarnakan telah habis dipotong. Sekarang yang ada hanyalah rambut yang sihat sahaja.

Rajinkan diri anda untuk mengurut kulit kepala bila-bila masa terutama selepas mandi dan mencuci rambut. Kaedah ini baik untuk membantu melancarkan perjalanan darah pada bahagian kepala.

Saya lebih suka membiarkan rambut yang basah kering di udara tanpa menggunakan tuala. Perah secara lembut rambut anda yang basah, untuk elak air jatuh menitik dan biarkan kering.
Setelah rambut kering 80%, belai rambut anda. Anda akan rasakan ianya cukup lembut kerana rambut telah menyerap lembapan air. Hi hi. Saya amalkan petua mudah ini sehingga kini dan rambut jadi cukup lembut dan mudah diurus.

Elak menggunakan hair dryer ataupun kipas untuk mengeringkan rambut kerana ia mampu mengurangkan lembapan rambut anda.

Tidak salah anda mengamalkan suplemen seperti kolagen agar sel kulit rambut lebih cantik dan bermaya. Jika rambut anda bermasalah seperti kelemumur, anda boleh baca lebih lanjut untuk mengatasinya disini.

Mengatasi Kulit kepala Gatal Dan Berkelemumur !

Kerap belai dan usap rambut anda. Untuk wanita yang telah berkahwin, bolehlah minta suami tolong belai rambut ya ^_^.. Ho ho..

Satu lagi tips berguna yang penting untuk anda tahu adalah penggunaan minyak rambut. Elakkan penggunaan minyak rambut seperti gel kerana ia mampu merosakkan rambut anda dalam jangka masa panjang.

Sebaliknya, gunakan minyak yang mempunyai kandungan yang ringan seperti Johnson baby ataupun minyak zaitun. Jangan juga pandang ringan dengan minyak warisan nenek moyang seperti minyak kelapa dan minyak zamzam. Ia sangat bagus untuk melebatkan serta menghaluskan rambut.

Saya pernah menggunakan minyak zamzam dengan meletakkannya pada rambut sebelum tidur. Hasilnya, rambut jadi sangat halus dan lembut. ^_^.. Anda boleh cuba sendiri dan lihat hasilnya...!

Semoga artikel ini mampu membantu anda serba sedikit mengenai penjagaan rambut sihat dan cantik.

Sunday, 24 May 2015

10 Produk Kecantikan Wajah Yang Mendapat Banyak Review Positif

Wanita dan kecantikan sememangnya tak dapat dipisahkan. Maklumlah wajah yang mulus, cerah dan gebu ini merupakan aset berharga buat wanita. Sebab itulah wanita sanggup membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk mendapatkan kulit wajah yang sempurna. Tak kiralah samada wanita bujang ataupun wanita yang telah berumahtangga. Kesempurnaaan kulit wajah mampu memberikan keyakinan yang tinggi bagi seseorang. Ho ho ^_^.. Begitulah hebatnya kuasa kecantikan.

Pada zaman sekarang ini, bukan wanita sahaja rajin jaga kecantikan, lelaki pun sama juga. Kewujudan pelbagai produk baru untuk krim wajah, minuman kolagen, suntikan membuktikan ramai orang memang obses kesempurnaan dan kecantikan wajah. 

Sebab itulah pemilihan produk kecantikan untuk kulit muka ini penting. Sebelum memilih produk, biasanya saya akan tinjau-tinjau jugalah produk yang tengah hot dan laris dipasaran. Risau juga kadang-kadang bila baca bahagian testimoni. Sebab kadangkala testimoni ini boleh dibayar / dipalsukan. Ho ho.. Sebelum ini saya pernah terjah sebuah blog pasal produk kecantikan. Bukan main banyak testimoni yang saya baca. Fuh ! Masa tu memang teringin sangat ++.. Bila baca diruangan komen, banyak pula komen negatif pasal produk tu. Jadi saya pun lost trust.

Buat masa ini, saya selesa menggunakan produk kecantikan daripada FynProfessional yang mementingkan kualiti kulit yang sihat.. Hoho..Boleh baca review penuh saya DISINI 

Disini saya share dengan anda, produk-produk di malaysia yang mendapat banyak review positif samada melalui pengalaman orang lain ataupun saya baca dari pengalaman blogger lain. Saya lebih suka review produk oleh para blogger kerana mereka lebih jujur berbanding testimoni mesej ataupun whatsapp yang discreenshot.

Ada antara produk kecantikan ini yang saya sendiri telah gunakan dan sempat juga buat review. Anda hanya perlu klik link untuk baca.

1. SK II

 Foto credit Sunshinekelly.com


Siapa tak kenal SK II. Produk kecantikan ini adalah ekstrak wain beras yang berasal dari Jepun. Ia mengandungi pitera hampir 90%. Produk ini popular kerana si pemakainya yang mempromosikan produk ini bukan calang-calang.

Kebanyakan mereka yang memulakan penggunaan produk ini adalah artis antarabangsa. Sebab itulah ramai yang mempercayai produk dari SK II. Antara produk terbaik SK II ialah Facial treatment essense, juga dikenali sebagai 'miracle water'. Produk ini amat sesuai bagi mereka yang ingin melambatkan proses penuaan, agar wajah nampak lebih muda. Ia juga mendapat rating 5 bintang dikalangan pengguna.

Tapi kalau lihat dari sudut harganya pun boleh tahan juga mahalnya. Boleh kering dompet jika nak beli setiap bulan. Kalau nak beli satu set pula boleh mencecah harga ribuan ringgit. Fuh ! Anda tentukan.


2. Garnier Sakura White

Foto credit www.yamty.my

Berbanding produk terdahulu garnier yang berasaskan lemon, produk terkini mereka iaitu garnier sakura white nampaknya lebih banyak sambutan dan review positif. Labelnya pun comel gitu. Ala-ala jepun. Siapa tak nak kulit cerah pinkish. Ho ho ^_^..

Produk ni antara yang mudah nak dapat dan beli. Tapi saya tak pernah cuba lagi produk ni, Cuma memang kerap nampak bila visiting guardian ataupun watson. Bila research pasal produk ni, wow ! Rupanya banyak juga review positif. Antara kebaikan yang saya baca mengenai Garnier Sakura white ini ialah ia mampu mencerahkan wajah 60% dalam masa 4minggu.

Ia juga sesuai untuk kulit yang sensitif. Produk ni berasaskan ekstrak sakura dan vitamin pencerah. Berminat juga nak try produk ni lain kali. Ho ho.. Harganya pun memang mampu milik ya. Sesuai bagi mereka yang kurang budget.


3. Safi Rania Gold

Foto credit ww.wanista.com

Sekarang ni, Nora Danish pula yang jadi duta Safi Rania gold. Bercakap pasal produk ni. Ia antara produk yang saya pernah cuba juga. Memang elok jugalah untuk kulit. Nampak kesannya. Antara produk safi rania yang saya pernah cuba adalah pencuci gel untuk wajah, krim malam dan toner. Sangat sukakan kesemua produk ni.

Gel pencuci ni memang wangi dan best bila cuci wajah. Toner dia pula memang wangi sangat. Krim malam pula antara produk safi yang saya pernah in love with ! Sebab ia boleh tolong kecutkan jerawat. Nampak kesannya 1 malam sahaja. Jika kulit muka kita ni jenis yang berminyak + + semasa bangun dari tidur, kita akan rasa kulit wajah less oily bila apply krim malam ni. Krim siang tak pernah try lagi, tapi baca pengalaman orang lain, kulit kita ni biasanya akan jadi lebih berminyak. He he..

Harga dia pula memang mampu milik. Boleh cari di mana-mana kedai, watson ataupun guardian.


4. Cellnique 

Foto credit maddyloves.wordpress.com

Produk cellnique ni tak pernah cuba lagi dan tak pernah ambil tahu pun sebelum ini. He he..Tapi memang banyak review positif cellnique ni. Harganya memang agak mahal sedikit, tapi rasanya berbaloi untuk mereka yang berniat mencubanya.

Bagi anda yang nak tahu peranan produk cellnique ni, ia adalah salah satu pakar produk kecantikan untuk anti penuaan, jerawat + parut + liang terbuka,  warna kulit tidak rata, pigmentasi, kulit kering dan sensitif. Cellnique & Clinique adalah dua produk berbeza ya ^_^..


5. Dnars

Foto credit Lelong.my

Merupakan produk yang sedang saya gunakan sekarang ini. Saya beralih dari Safi Rania gold pun sebab terpengaruh dengan testimoni live kawan lain mengenai Dnars. Dah curang dah..he..he,. Tapi cubaan ini sememangnya berbaloi sebab dapat banyak teguran positif yang membina keyakinan diri..^_^.. Wajah jadi lebih cerah selepas beberapa bulan menggunakan Dnars. Yang penting kenalah konsisten.

Produk ni memang mampu milik ye. Bolehlah intai-intai di kedai jamu berdekatan anda. Trial pek untuk Dnars harganya bawah Rm60 rasanya. Dah lupa pula.. hi hi..

Baca review penuh saya mengenai produk Dnars disini..

6. Loreal


Foto credit www.beautynerdbynight.com

Loreal ini antara produk yang popular diperingkat antarabangsa. Saya kenal loreal ni pun dari seorang kawan yang gunakan salah satu produk loreal iaitu, krim melanin vanish double booster. Wajahnya memang nampak cerah dan sangat berseri. He he.. Harga around Rm50- Rm60 sebotol. Masa tu masih student lagi. Kira cukup mahallah.  Hi hi..

Bila dah bekerja, berkesempatan juga try produk ni krim melanin vanish double booster. Memang best krim ni. Water base dan wangi sangat. My husband yang try juga kata yang produk ni best. Tapi rasanya produk ni dah tak ada lagi dipasaran. Loreal ini banyak jenis. Kenalah pilih mana satu yang ngam dengan kulit dan banyak review positif.. Produk loreal memang dipercayai kualitinya..


7. Mary Kay

Foto credit www.pinterest.com

Saya kenal produk ni pun sebab promosi orang sekampung. Banyak juga yang mempromosi produk ni. Bagi anda yang ingin menjana pendapatan sampingan sambil menggunakan produk Mary kay ni, bolehlah jadi agen. Prosesnya, saya kurang pasti. Belum promosi produk ni lagi..^_^ Based on review dan kajian saya sendiri. Chewahh.. memang banyak pengguna produk Mary Kay ni.

Mary kay adalah rangkaian produk krim wajah, pencuci hinggalah ke kosmetik. Harganya pun memang boleh tahan mahal. Nak kata mampu milik rasanya oklah juga. Harganya mencecah puluh dan ratusan gitu. Ho ho.. Mary Kay pun salah satu expert untuk kulit wajah bermasalah.


8. Skin Food

Foto credit www.alibaba.com

Produk ni merupakan salah satu produk kecantikan dari Seoul, korea. Dah lama dah brand ni. Dari tahun 1957 lagi. Memang dipercayai oleh ramai pengguna. Produk 'makanan kulit' ini diproses dari bahan-bahan semulajadi, iaitu organik.Oleh itu, ia memang disarankan jika anda mempunyai sensitiviti terhadap produk kecantikan lain yang mengandungi kimia tinggi.

Tahu produk ni pun dari senior tempat kerja. Mula-mula tu wajah dia memang penuh jerawat. Puncanya kerana tak sesuai dengan produk kosmetik. Then, perasan yang jerawat dia ni dah berkurang sangat. Perubahan yang cukup ketara. Bila tanya, dia pun sharelah rahsia dia ni, produk skin food. Bila cari online, wow.. Banyak juga review positif produk ni.. he he..


9.  Hada Labo

Foto credit www.musingsofamuse.com

Kalau tengok produk hada labo ni, memang memikat jiwa.. Ha ha.. Ni salah satu produk dari jepun. Hada bermaksud kulit, Labo pula bermaksud Laboratory ataupun makmal. Jadi maksud Hada Labo ni ialah 'makmal kulit' ! Nak dapat kulit cerah susu boleh try produk ni.

Review produk hada labo ni memang mostly positif. Suka baca blog yang sharing pasal hada Labo ni. Saya pun berniat nak cuba juga produk ni. Tapi belum berkesempatan lagi.. He he.. Masih setia pada Dnars.

Update 30 June 2016 : Baca review penuh saya mengenai Hada labo disini..


10. Bio Essense

Foto credit www.angelexxa.com

Produk ni pun antara yang famous dan banyak review positif. Ada jugalah member saya yang guna bio essense ni. Memang halus saja wajahnya. Tak nampak oily langsung. Itupun dia guna krim malam bio essense saja.

Harganya pula masih mampu milik. Nak guna produk ni, belum terfikir lagi pula. Hi hi..Antara produk bio essense yang mendapat sambutan ialah Tanaka white dan produk berasaskan bird nest tu.. ^_^

Baca review penuh saya disini



Okaylah. Setakat ini saja perkongsian saya. Untuk penambahan dan pertanyaan, drop komen anda diruangan komen ya.




Tuesday, 14 April 2015

Seks Bukan Punca Utama Lelaki Dan Wanita Naik Berat Lepas Berkahwin

Ramai beranggapan satu perkara menakutkan lepas kahwin ialah mereka akan naik berat. Lepas beberapa bulan kahwin, dengarlah ayat-ayat sumbang seperti 'bahagianya'. Tak dapat dinafikan ianya memang tepat sekali. Lelaki dan wanita jadi gemuk lepas kahwin memang fakta yang benar. Masa bujang-bujang dulu, bukan main lagi slim. Disinilah ramai mengaitkan seks adalah punca si suami jadi boroi dan perempuan naik berat.

Jangan tak tahu isu seks buat anda gemuk masih jadi perdebatan hangat dikalangan ramai yang dah berkahwin mahupun bujang. Saya jelaskan serba sedikit mengenai isu ini.

Salah satu punca utama kenaikan berat badan lepas berkahwin adalah pemakanan. Jika anda perasan, corak pemakanan kita akan berubah secara automatik lepas kahwin. Lepas kahwin, kita tak akan fikir sangat soal bentuk badan.

Pasangan kita pula tak suka kita berdiet. Terima seadanyalah konon. Cinta masih kembang berbunga waktu ni. Kita wanita mestilah rajin sediakan si dia makanan, jaga soal pemakanannya. Suami pula takut si isteri kecil hati tak makan makanannya. Masakan sedap-sedap ni biasanya tinggi lemak dan kalori. Takkanlah suami makan seorang diri, jadi si isteri pun join sekali. Disinilah kebahagiaan perut si suami dan isteri bermula.

Untuk pengetahuan anda, seks juga merupakan salah satu senaman untuk jantung. Setiap sesi mampu membantu membakar kalori lelaki sebanyak 100 kalori dan wanita sebanyak 69 kalori. Tapi selepas sesi ini, anda mungkin akan berakhir dengan makan tengah malam kerana lapar, kemudian terus masuk tidur. Setiap satu pinggan nasi (semangkuk cina) mengandungi lebih kurang 250 kalori. Makanan yang anda makan jika tidak ditukarkan menjadi tenaga. Ia akan menjadi lemak dalam badan anda. Kemudian bertambahlah kg pada badan anda.

Ramai mengatakan kandungan 'protein' dalam sperma lelaki buat mereka gemuk. Lihat fakta disini ;

Sperma mengandungi 21 kalori (bagi setiap sudu teh) dan 200-500 juta sperma. Sedangkan jumlah sperma hanyalah sekitar 1% sahaja daripada air mani. Selain sperma, air mani mengandungi fruktosa, air, ascorbic acid, protein, phosphate, zinc, protein dan bermacam lagi kandungan lain.

Hanya sejumlah 150mg protein didapati dalam setiap pancutan. 

Setiap 1 biji telur ayam mengandungi 6 gram protein. Adakah makan sebiji telur setiap hari buat anda gemuk ? Jawapannya, tidak. Oleh itu, kandungan protein dalam sperma 150 mg tidak akan buat berat anda naik secara mendadak.

1gram= 1000mg

Aktiviti lepas kahwin juga biasanya dah kurang. Jika dahulu anda turun padang setiap petang, lepas kahwin pula dah mula kurang tunjuk muka. Less active. Pasangan lebih mengutamakan keluarga. Komitmen terhadap pasangan. Kurang aktiviti bersukan juga adalah punca utama berat anda naik! Nak keluar pun hanya beli barang penting sahaja. Lelaki bukannya suka shopping lama-lama. Paling pun dating tengok wayang. Setiap makanan ringan luar seperti popcorn dan minuman bergas pun tinggi kalori.. ^_^

Tapi apapun, sesetengah orang yang dah berkahwin badan still mantain, perubahan badan cuma berlaku bila wanita hamil. Tentulah berat makin naik.

Perlu tahu juga, metabolisme kita berubah mengikut usia. Biasanya semasa remaja anda memang kurus dan slim kerana faktor metabolisme ketika ini tinggi. Bila usia dah meningkat, metabolisme juga semakin menurun.Siapa kata lelaki bujang yang dah lewat usia tak buncit.? Wanita lewat usia yang tak berkahwin pun naik berat. Ho ho.. Ada antara pasangan yang masih kurus disebabkan faktor metabolisme yang tinggi. Anak dah berderet pun, tubuh masih kurus.

So, apa kata anda. Fakta ini pastinya betul bukan? Selamat membaca. ^_^





Saturday, 21 March 2015

Aspirin Juga Boleh Digunakan Untuk Merawat masalah jerawat!

Aspirin ataupun nama lainnya adalah acetylsalicylic acid (ASA). Aspirin digunakan sebagai ubat analgesik untuk melegakan kesakitan tanpa menghasilkan anesthesia. Aspirin juga dikenali sebagai ubat anti-inflammatory iaitu ia mampu merawat demam. Penggunaan aspirin untuk tujuan ini lebih popular di negara barat sahaja. Di malaysia, kita lebih kerap menggunakan paracetamol / panadol.


Dalam sektor perubatan di malaysia, aspirin lebih digunakan untuk tujuan anti-platelet. Iaitu mencegah pembentukan darah beku. Dalam erti kata lain, ia berfungsi untuk mencairkan darah. Oleh itu ia amat membantu pesakit yang berisiko mendapat serangan jantung dan stroke.

Antara pesakit yang dipreskripsikan aspirin ;

1. Acute coronary syndrome (penyakit jantung)
2. Hypertension - Jika bacaan jantung terlalu tinggi dan ubat darah tinggi tidak mampu mengawal dan merendahkan tekanan darah. Ini akan meningkatkan risiko stroke. Pesakit perlu dipreskripsikan ubat aspirin untuk mencairkan darah dan mengelak beban jantung untuk mengepam. Saya harap anda faham bahagian ini :-)
3. Deep Vein Thrombosis



 Buat anda yang tidak tahu apa itu aspirin. Ini dia rupa aspirin itu ;

Tab. aspirin yang saya pegang ini adalah Tab. aspirin 300mg per tablet.
Bau tablet aspirin ini agak masam bagi saya. Sama seperti cuka.

 Aspirin dikatakan mampu merawat wajah bermasalah melalui pengalaman pelbagai individu ; Lihat apa yang saya temui di google search :








Selain masalah jerawat, Aspirin mampu merawat ;

1. Radang ataupun inflamasi

2. Mengurangkan kemerahan

3. Mengurangkan noda

4. Blackhead

5. Menjadikan kulit lebih lembut

Aspirin ini mudah larut dalam air. Saya hanya letakkan sedikit air ditapak tangan. Lihat :



Saya hanya letak aspirin ini secara nipis sahaja, itupun disekitar pipi. Kawasan bermasalah sahaja.


Masa ni, ada juga lah jerawat batu dekat pipi. Then perasaan jerawat batu tu makin kecut keesokan harinya.

Saya hanya biarkan aspirin ini diwajah sehingga betul betul kering selama 30 minit.

Lepas basuh wajah, anda akan rasa kulit lebih lembut dibahagian yang anda telah letakkan aspirin.

Jika anda takut ataupun was-was untuk apply ke seluruh wajah, letak aspirin di bahagian jerawat sahaja. Bawa tidur dan lihat perubahan saiz jerawat pada keesokan harinya !

Monday, 9 March 2015

Tranexamic acid sebagai agen pemutih ? Baca lebih lanjut disini.

Selalu nampak benda ni , tranexamic acid .

Tak tahu pula tranexamic acid ni rupa-rupanya  agen pemutih.

Apa itu tranexamic acid ?

Jika anda mengenali tranexamic acid sebagai agen pemutih , kenalilah juga tranexamic acid adalah ubatan yang digunakan untuk mengawal dan menghentikan pendarahan yang berlaku secara dalaman atau luaran tubuh kita. Contohnya, pendarahan selepas pembedahan , menorrhagia ( Period yang terlalu banyak / terlalu lama / prolonged ) , hemophilia dan pelbagai lagi punca pendarahan.

Tranexamic acid juga bertindak sebagai agen pemutih ?

Tranexamic acid diperkenalkan sebagai agen pemutih oleh shiseido sekitar tahun 1990-2000..Banyak produk kecantikan yang mengandungi tranexamic acid dihasilkan samada krim atau sabun. Ada juga sebahagian yang mengambil ubatan ini secara oral dan injection.

Tranexamic acid dikatakan mampu menentang hyperpigmentasi. Iaitu :

1. Menghalang formasi melanin - mengelakkan pembentukkan sun spot yang disebabkan oleh cahaya matahari.

2. Mengelakkan akumulasi melanin - mengelakkan parut yang diwajah anda cthnya seperti bekas jerawat

3. Membantutkan aktiviti tyrosinase - Mencerahkan bintik hitam dengan mengawal sintesis dan penyebaran melanin. 

Apa perlu anda tahu sebelum consume Tranexamic acid ?

Kekuatan ubat ini adalah 250mg per tablet. Dan 500mg per vial. Jika anda ingin mengambil tranexamic acid secara oral atau iv (intravenous). Adalah wajar untuk anda berjumpa pegawai farmasi ataupun doktor . Terutamanya jika anda  :

-Breastfeeding
- Hamil
- Mengalami masalah saluran darah seperti trombosis.
- Masalah buah pinggang, atau mempunyai darah dalam air kencing anda.
- Selalu kejang / Cramp
- Mempunyai masalah pembekuan darah yang dipanggil disseminated intravascular koagulation
- Mengambil ubat-ubatan lain , termasuk supplemen dan herba
-Pernah mengalami alergi terhadap sebarang ubat-ubatan.
- Haid yang tidak menentu
- Pandangan kabur
- Masalah jantung terutama disebabkan pembekuan pada salur darah
- Makan pil perancang

Bukan untuk diconsume secara suka hati ya ; Pengambilan tanpa pengawasan boleh menyebabkan si pemakai mendapat kesan sampingan yang lebih teruk.

Kesan sampingan tranexamic acid termasuklah : 

- reaksi alergi yang teruk  seperti ruam, gatal.
- kesukaran bernafas, rasa regang didada ataupun kerongkong.
- bengkak pada mulut, muka, bibir, atau lidah.
- Sakit pada kaki atau pembengkakan.
- Sukar kencing atau pengeluaran kencing berkurang
- Kebas dan cramp
- pening teruk
- Pandangan kabur
-Muntah

# Ini hanya dialami oleh sebilangan orang sahaja

Kajian :
Satu kajian telah dilakukan pada 74 wanita China. Masing-masing diberi 2 biji tablet  250 mg setiap hari selama 6 bulan. Kebanyakan mereka mempunyai keputusan yang baik... Daripada 74, 8 mempunyai keputusan terbaik, 40 mempunyai hasil yang baik , dan 23 mempunyai keputusan yang biasa sahaja.

Bagaimanapun , sekitar 10% daripada mereka mendapati : melasma mereka kembali selepas tamat kajian itu.

Tiada kajian yang dilakukan memberitahu bahawa hasil dan keputusan tranexamic acid kekal. Hanya kawalan sementara terhadap melanin.
Jadi kesimpulan mengenai keselamatan dan kemujarabannya yang kekal masih diragui.

Tranexamic acid tidak boleh diconsume lebih dari 6 bulan kerana risiko pembekuan darah yang lebih tinggi dan serangan jantung boleh berlaku. 

Pandangan saya :
 Sebenarnya masih ada banyak agen pemutih diluar sana yang boleh membantu anda. Gunalah produk yang benar-benar dikhaskan untuk pencerahan kulit.

 Walaupun banyak penjual sana yang menegaskan kebaikan tranexamic acid terhadap pencerahan kulit, kesan sampingan ubat ini masih perlu dipertimbangkan. :-)


Sunday, 15 February 2015

Rahsia kulit cerah, halus dan anjal dengan kopi

Sebelum saya share dengan anda bagaimana nak menjadikan kulit lebih halus, lembut,cerah dan anjal dengan kopi.. Saya akan share apa sebenarnya rahsia kopi ..yang mana anda mungkin tak tahu :-)

Nak tahu rahsia kopi ?



Kopi sebenarnya cukup berkhasiat untuk kulit kita..Bukan untuk diminum ya :-)
Khasiat penggunaan kopi secara luaran untuk kulit.

1. kopi mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi. Dimana ia mampu menentang radikal bebas yang menyebabkan kerosakan pada sel kulit.

2. Kopi mampu melindungi  kulit dari sinaran matahari yang panas, UVB merbahaya kepada kulit. Ia boleh menjurus kepada penyakit kulit serta mengancam nyawa. Penggunaan kafein mampu membantu sel kulit kita untuk menentang karsinogen UV yang sememangnya tidak sihat.

Menurut satu lagi kajian, kafein sebenarnya menghalang kerosakan DNA.  Maka apabila kita melindungi kulit daripada kesan-kesan buruk UVB. Ia telah membantu kita mengalami rawatan terapeutik untuk kanser kulit yang bukan melanoma.

3.  Kopi membuatkan kulit anda lebih sekata dan cerah.  Ia memberi isyarat kepada tubuh untuk pembaikan tisu. kopi memainkan peranan penting dalam mengawal sel pertumbuhan semula,meningkatkan hidrasi kulit serta menambah keanjalan kulit.

4. Selain itu, Kopi juga memperbaiki peredaran darah kita ya agar ia menjadi lebih lancar :-)

Baiklah,bagaimana caranya menggunakan kopi ni ?

Caranya cukup mudah. Beli serbuk kopi yang ada jual dipasaran. Sebaik-baiknya yang tidak mengandungi sebarang campuran. Jangan pula anda guna kopi 3 dalam 1 ;

Saya juga mengamalkan kopi untuk mengekalkan kulit yang sihat dan lembut !

Gunakan kopi sebagai skrub mandian anda. Ia berkesan menanggalkan kesan kotoran daki serta menanggalkan sel kulit mati. Boleh amalkan 2-3 kali seminggu ya ..

Lumur kopi dan urutlah  keseluruh badan.. Dan pastikan rambut anda bersanggul agar anda senang untuk lumur dan mengurut pada bahagian leher. Bukan untuk wanita sahaja ya... Lelaki juga boleh !

Relaks selama 5-15 minit. Ikut kesukaan anda.

Kemudian bilas seperti biasa. Gunakan air paip sahaja.. Jangan bilas dengan warm/ hot water.

Dah selesai bilas ?
Mandi dengan sabun seperti biasa. Saya amat menggalakan anda menggunakan yogurt untuk kecantikan kulit juga... Tak perlulah yang asli. Beli yogurt protein jenama protex.. kulit akan jadi sangat lembut dengan gabungan kedua bahan ni = KOPI + YOGURT..

Sabun ni juga sesuai untuk anak kecil kerana ia mengekalkan kelembutan kulit mereka serta ia juga bersifat antibakteria.. 1 bonus..Sesuai untuk anak-anak yang aktif bermain dan terdedah kepada pelbagai jangkitan persekitaran :-)

Tuesday, 28 October 2014

Tips bagaimana saya mengatasi sakit gigi segera

Fuhh! Siapa yang tahan dengan sakit gigi. Pastinya semua orang yang sedang sakit gigi inginkan kelegaan segera. Sakit gigi memang cukup menggugat aktiviti harian.

Kelegaan segera yang saya maksudkan bukan bermaksud tidak memerlukan rawatan. Sakit gigi sememangnya perlu dirawat.

Jika anda perasan ada gigi yang dah mula berlubang dan menunjukkan tanda-tanda permulaan sakit gigi yang sakit nya agak mild. Jangan pandang ringan ya..

Kerana apabila kumannya dah merebak. Sakitnya pasti cukup hebat. Sakit gigi umumnya disebabkan oleh jangkitan bakteria.

Saya pada mulanya pandang ringan sahaja sakit gigi yang tidak seberapa. Tapi ketika saya dalam perjalanan untuk bekerja pada syif malam. Sakit gigi pula menyerang. Nasib baiklah saya melalui supermarket. Jadi bolehlah beli LISTERINE.. 

Memang berkesan. Kerana listerine membunuh bakteria digigi dengan cepat. Kumur berulang kali selang beberapa jam sehingga anda merasa lega. Tak tahan pula nak kumur berterusan. Pedas sungguh. Bagi saya Listerine memang efektif.

Ada juga yang mengesyorkan untuk kumur saja dengan air garam. Walaupun garam sememangkan mampu membunuh bakteria, tapi bagi saya keberkesanannya agak kurang.

Ada juga yang mengesyorkan untuk menggunakan ramuan tradisional untuk melegakan sakit gigi. Tapi larat tak anda nak buat semua tu masa sakit gigi dah menjadi-jadi ??

Walaupun kesakitan anda dapat diatasi ataupun dikurangkan. Jangan lupa berjumpa doktor gigi . Gigi rosak haruslah dibuang. Jangan tunggu sampai pipi anda dah naik bengkak ya..

Macamana nak tahu gigi anda sememangnya dah rosak dan mesti dibuang ?

Cuba anda ketuk gigi yang sakit dengan besi / sudu besi.. Jika sakit dan sedikit ngilu, gigi anda dah rosak dan perlu dicabut. Itupun, kena tengok jika keadaan mengizinkan untuk dicabut. Biasanya ketika pipi dah naik bengkak, ubat  akan diberi untuk melegakan keadaan bengkak. Bukan main suka hati cabut ya. Kerana gigi kita mempunyai connection dengan saraf mata. Risiko mungkin anda akan mengalami penglihatan kabur jika tidak dirawat sebaik-baiknya. Antibiotik akan diberi selepas gigi dicabut. Ini adalah pengalaman saya lah..

Setakat ini sajalah artikel saya. Semoga memberi sedikit manfaat kepada anda!!





Monday, 3 March 2014

Pengalaman Kencing Berdarah (haematuria)

Ketika menulis artikel ini... Saya baru saja sembuh dari kencing berdarah.

Untuk pengetahuan anda.. kencing berdarah boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Ia kemungkinan disebabkan penyakit yang serius ataupun jangkitan biasa.

Contohnya yang saya tahu :

- Jangkitan salur kencing (seperti yang saya hadapi)

-kecederaan pada buah pinggang. Boleh terjadi jika anda ada melakukan aktiviti berat dan hentakan berlaku pada bahagian pinggang.

-Batu karang. Anda akan rasa sakit ketika kencing dan kadangkala terdapat batu-batu kecil dan halus semasa anda kencing.

Secara umumnya... wanita mempunyai salur kencing yang lebih pendek dari lelaki iaitu lebih kurang 4cm berbanding lelaki lebih kurang 20cm.. Ini adalah punca mengapa wanita lebih kerap terkena jangkitan kencing ataupun UTI (urinary tract infection) berbanding lelaki.

Saya terkena jangkitan ini kerana kurang minum air pada waktu itu kerana komitmen terhadap kerja.
Rasa sakit yang amat sangat pada pundi kencing dan pinggang.

Saya juga agak terkejut melihat darah ketika kencing beberapa kali. Biasanya ketika jangkitan ini anda akan kencing dengan sangat kerap tetapi sakit dan sangat sedikit. Rasa hendak terkucil saja. Tapi cuma sedikit kencing yang keluar.

Perlu diketahui jangkitan boleh terjadi disebabkan hubungan seks yang aktif ataupun kebersihan peribadi yang tidak sempurna.

Adakah jangkitan ini memerlukan antibiotik ?

Saya tidak mendapatkan rawatan doktor bagi jangkitan ini. Saya hanya minum air yang cukup banyak agar lebih kerap kencing. Ini adalah cara yang sangat efektif. Dengan meminum air dengan banyak sahaja... buah pinggang telah pun dicuci..

Esoknya... Saya memang sembuh sepenuhnya dari haematuria (kencing berdarah) ini...

Jika anda mengalami kencing berdarah selain daripada simptom jangkitan kencing ini.. Saya amat mengesyorkan anda berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan.

Saturday, 12 October 2013

Rahsia Kecantikan Wanita Jepun

 Kajian mengatakan bahawa wanita Jepun mempunyai jangka hayat paling lama daripada semua orang di dunia. Gadis Jepun dikatakan mampu mengekalkan kulit wajah mereka yang lebih lembut, licin, lebih putih dan lebih muda untuk tempoh masa yang lama.

Anda tidak perlu untuk menjadi seorang gadis Jepun untuk mewarisi kulit yang cantik seperti mereka.Anda hanya perlu mengamalkan rutin harian seperti yang dilakukan wanita jepun untuk mendapatkan kulit yang mulus dan cerah.

Berikut adalah beberapa rahsia kecantikan wanita Jepun dan penjagaan kulit sejak zaman dahulu:



Wanita jepun berpendapat bahawa vitamin C adalah sangat baik untuk kulit mereka, ini membuatkan mereka lebih putih.  Untuk itu, mereka mengamalkan pengambilan oren secara kerap dalam diet untuk deoxidize dan memecahkan melanin yang menjadikan kulit lebih cerah.



Mereka juga menggunakan Azuki, sejenis kacang merah. Ia merupakan bahan yang diamalkan secara turun temurun. Yang mana perlu disapu pada muka perlahan-lahan, azuki berperanan menjaga kulit muka agar lebih licin dan tanpa parut.



Pati Padi Komenuka adalah satu lagi ramuan rahsia yang digunakan oleh wanita Jepun. Ia menyuburkan kulit anda dan membantu untuk memastikan mereka yang lebih muda. Ia juga menghalang kedutan, lingkaran hitam di bawah kulit anda dan mengawal minyak semulajadi kulit.

Selain itu, mereka juga mengamalkan pengelupasan kulit serta scrub untuk menghilangkan sel kulit mati dan mendapatkan kulit yang segar dan baru.

Wakame merupakan sejenis rumpai laut jenis alga yang terdapat di perairan Jepun dan merupakan salah satu cara terbaik untuk menjaga kulit anda secara semulajadi. Ia melindungi kulit daripada sinaran UV matahari dan pencemaran. Ia juga membantu anda mengelakkan garis-garis halus dan lingkaran gelap bawah mata.

Secara rutin, wanita jepun minum teh hijau setiap hari untuk detoksifikasi.


Mereka juga dikatakan mengamalkan pengambilan kolagen mentah seperti hati lembu. Pada waktu rehat pejabat.. mereka akan keluar untuk mendapatkan kolagen mentah dari pasaraya untuk dijadikan snek yang boleh mencantikkan kulit mereka..

Kebanyakan resepi masakan jepun adalah berasaskan rebus berbanding goreng dengan minyak yang banyak...sekaligus menjadikan resepi mereka amat sihat untuk hidup yang lebih lama.

Thursday, 20 June 2013

Sumber Makanan Yang Meransang Penghasilan Kolagen Dalam Tubuh

Kolagen merupakan protein yang menggabungkan keratin dan elastin dan menjadikan kulit anda kuat dan elastik. Semakin usia anda meningkat, penghasilan kolagen dalam tubuh anda juga semakin kurang. Ini menyebabkan proses penuaan kulit, yang disifatkan oleh tanda-tanda seperti penipisan, kedutan, garisan kulit dan bintik hitam..

Apabila proses penuaan ini bermula, kebanyakan wanita mencari penyelesaian dengan membeli pelbagai produk di pasaran tanpa mengetahui campuran produk serta sejauh mana bahaya ataupun tidak produk itu..

Namun begitu, perlu diketahui anda juga boleh mendapatkan sumber pemakanan yang merangsang penghasilan kolagen secara semulajadi, selamat dan lebih murah...

Antaranya ialah...

Omega-3

Omega-3 merupakan sumber asid lemak yang baik untuk tubuh. Namun, ramai tidak menyedari kebaikannya dan tidak mendapat Omega-3 yang cukup dalam diet.. Omega-3 menjadikan kulit anda lebih licin, lembut dan gebu dengan pengambilan yang kerap..Omega-3 terdapat dalam ikan yang tinggal di perairan yang sejuk seperti tuna, salmon dan mackerel. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan khasiat omega-3 dari telur,marjerin,susu,yogurt,roti, pasta, walnut, bijirin dan mentega kacang.

Produk soya

Keju, susu soya dan produk lain yang dibuat dari soya mengandungi genistein - bahan yang membantu dalam penghasilan kolagen dan melambatkan proses penuaan.

Bawang putih

Walaupun bawang putih dikatakan mampu mengugat keharuman tubuh badan anda namun perlu diketahui bawang putih merupakan sumber sulfur yang baik dan penting untuk menghasilkan kolagen dalam badan . Bawang putih juga mengandungi sejumlah besar Lipoik asid dan taurina, yang penting untuk membina semula serat kolagen yang rosak. Apabila memasak pasta, sup, daging dan hidangan yang lain, pastikan anda menambah banyak bawang putih. Antara manfaat lain dari bawang putih ini adalah ia mampu mencegah anda daripada mendapat kanser dan menguatkan sistem imuniti badan.

Buah Tomato

Anda mungkin tahu bahawa tomato mengandungi sejumlah besar lycopene. Apa yang mungkin anda tidak tahu adalah lycopene membantu melawan collagenases. Collagenases merupakan enzim yang memusnahkan kolagen dalam badan anda. Bagi pengambilan tomato, adalah lebih baik untuk memasaknya daripada memakannya mentah.

Buah-buahan berwarna merah dan sayur-sayuran

Selain daripada tomato, buah-buahan merah dan sayur-sayuran juga dianggap sumber lycopene yang baik. Beet dan lada merah membuat penambahan lazat untuk diet anda. Selain daripada lycopene,  makanan semula jadi yang berwarna merah ini juga mengandungi banyak antioksidan yang menggalakkan penghasilan kolagen dan melawan tanda-tanda penuaan.

Sayur-sayuran

Sayuran hijau dikenali dengan kandungan nutrisi pemakanan yang tinggi. Sayuran hijau yang berwarna gelap juga didapati mengandungi agen yang membantu dalam penghasilan kolagen. Antara contoh sayuran itu adalah seperti adalah bayam dan asparagus.. Bukan sahaja ia membantu dalam penghasilan kolagen, tetapi mereka juga membantu tubuh anda menggunakan protein dengan lebih efektif.

Sunday, 18 November 2012

Tips Merawat Jerawat Dibadan

Mempunyai jerawat diwajah sudah cukup merunsingkan. Apatah lagi jerawat dibadan. Masalah ini lebih umum berlaku pada orang lelaki. Namun tak kurang juga yang berlaku pada perempuan. Biasanya jerawat ini lebih suka tumbuh dibahagian belakang tubuh badan, sekitar bahu ataupun dibahagian tengah dada.

Pentingnya menghindari jerawat pada tubuh

Pada mulanya saya tak pedulikan sangat mengenai hal ini. Sampailah di satu ketika saya menggunakan dress, rakan baik saya menegur bahu belakang saya tanpa jerawat. Dan saya menyedari pentingnya penjagaan tubuh selain wajah. 

Pastinya anda akan merasa segan untuk mengenakan pakaian seperti dress atau mandi di pantai bersama rakan-rakan dengan jerawat yang banyak dibadan. 
Walaupun hal ini nampak kecil, namun ia mampu menggugat penampilan diri anda. 

Tips ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar rakan terdekat saya. 

Punca jerawat adalah disebabkan oleh perubahan hormon yang tidak menentu, kebersihan dan banyak lagi.

Jerawat stress biasanya lebih suka tumbuh diwajah. Jerawat pada badan lebih dikaitkan dengan faktor kebersihan diri. 

Jika anda kerap berpeluh, pastikan anda menukar pakaian dengan kerap. Elakkan menunggu sehingga peluh kering dibadan. gunakan pakaian cotton base yang nipis dan menyerap peluh. 

Jika anda seorang lelaki yang jarang mengenakan pakaian dirumah, pastikan persekitaran rumah anda bersih. Ini penting untuk mengelakkan tubuh anda terdedah kepada habuk. 

Penting! : Pastikan cadar anda dicuci ataupun tukar setiap 2-3 hari terutamanya jika anda kerap berpeluh. Sesetengah orang tak selesa menggunakan cadar ketika tidur. Namun terpaksalah anda biasakan diri menggunakannya. Siapa tahu kulat sedang membiak ditilam anda?

Jangan terkejut, seorang rakan saya sembuh daripada jerawat badan dengan hanya menjaga kebersihan tempat tidurnya. 

Banyak produk jerawat terkini di pasaran. Abang saya yang mengalami masalah serupa juga mencuba pelbagai produk jerawat badan. Hasilnya = Sama juga.

Anda hanya perlu menggunakan sabun antibacterial untuk badan. Contohnya detol. Ianya berkesan membunuh jerawat dibadan anda!

Jika anda menggunakan sabun jenis buku, elak share dengan orang lain. Anda juga tidak digalakkan berkongsi peralatan mandi seperti body rub dan tuala. 

Pastikan kebersihan tuala mandi anda..

~Semoga tips mudah dan ringkas ini membantu anda.