Tuesday, 14 April 2015

Seks Bukan Punca Utama Lelaki Dan Wanita Naik Berat Lepas Berkahwin

Ramai beranggapan satu perkara menakutkan lepas kahwin ialah mereka akan naik berat. Lepas beberapa bulan kahwin, dengarlah ayat-ayat sumbang seperti 'bahagianya'. Tak dapat dinafikan ianya memang tepat sekali. Lelaki dan wanita jadi gemuk lepas kahwin memang fakta yang benar. Masa bujang-bujang dulu, bukan main lagi slim. Disinilah ramai mengaitkan seks adalah punca si suami jadi boroi dan perempuan naik berat.

Jangan tak tahu isu seks buat anda gemuk masih jadi perdebatan hangat dikalangan ramai yang dah berkahwin mahupun bujang. Saya jelaskan serba sedikit mengenai isu ini.

Salah satu punca utama kenaikan berat badan lepas berkahwin adalah pemakanan. Jika anda perasan, corak pemakanan kita akan berubah secara automatik lepas kahwin. Lepas kahwin, kita tak akan fikir sangat soal bentuk badan.

Pasangan kita pula tak suka kita berdiet. Terima seadanyalah konon. Cinta masih kembang berbunga waktu ni. Kita wanita mestilah rajin sediakan si dia makanan, jaga soal pemakanannya. Suami pula takut si isteri kecil hati tak makan makanannya. Masakan sedap-sedap ni biasanya tinggi lemak dan kalori. Takkanlah suami makan seorang diri, jadi si isteri pun join sekali. Disinilah kebahagiaan perut si suami dan isteri bermula.

Untuk pengetahuan anda, seks juga merupakan salah satu senaman untuk jantung. Setiap sesi mampu membantu membakar kalori lelaki sebanyak 100 kalori dan wanita sebanyak 69 kalori. Tapi selepas sesi ini, anda mungkin akan berakhir dengan makan tengah malam kerana lapar, kemudian terus masuk tidur. Setiap satu pinggan nasi (semangkuk cina) mengandungi lebih kurang 250 kalori. Makanan yang anda makan jika tidak ditukarkan menjadi tenaga. Ia akan menjadi lemak dalam badan anda. Kemudian bertambahlah kg pada badan anda.

Ramai mengatakan kandungan 'protein' dalam sperma lelaki buat mereka gemuk. Lihat fakta disini ;

Sperma mengandungi 21 kalori (bagi setiap sudu teh) dan 200-500 juta sperma. Sedangkan jumlah sperma hanyalah sekitar 1% sahaja daripada air mani. Selain sperma, air mani mengandungi fruktosa, air, ascorbic acid, protein, phosphate, zinc, protein dan bermacam lagi kandungan lain.

Hanya sejumlah 150mg protein didapati dalam setiap pancutan. 

Setiap 1 biji telur ayam mengandungi 6 gram protein. Adakah makan sebiji telur setiap hari buat anda gemuk ? Jawapannya, tidak. Oleh itu, kandungan protein dalam sperma 150 mg tidak akan buat berat anda naik secara mendadak.

1gram= 1000mg

Aktiviti lepas kahwin juga biasanya dah kurang. Jika dahulu anda turun padang setiap petang, lepas kahwin pula dah mula kurang tunjuk muka. Less active. Pasangan lebih mengutamakan keluarga. Komitmen terhadap pasangan. Kurang aktiviti bersukan juga adalah punca utama berat anda naik! Nak keluar pun hanya beli barang penting sahaja. Lelaki bukannya suka shopping lama-lama. Paling pun dating tengok wayang. Setiap makanan ringan luar seperti popcorn dan minuman bergas pun tinggi kalori.. ^_^

Tapi apapun, sesetengah orang yang dah berkahwin badan still mantain, perubahan badan cuma berlaku bila wanita hamil. Tentulah berat makin naik.

Perlu tahu juga, metabolisme kita berubah mengikut usia. Biasanya semasa remaja anda memang kurus dan slim kerana faktor metabolisme ketika ini tinggi. Bila usia dah meningkat, metabolisme juga semakin menurun.Siapa kata lelaki bujang yang dah lewat usia tak buncit.? Wanita lewat usia yang tak berkahwin pun naik berat. Ho ho.. Ada antara pasangan yang masih kurus disebabkan faktor metabolisme yang tinggi. Anak dah berderet pun, tubuh masih kurus.

So, apa kata anda. Fakta ini pastinya betul bukan? Selamat membaca. ^_^





No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.