Saturday 19 May 2012

Petua mudah hilangkan bekas gigitan nyamuk pada kulit bayi

Kebanyakan ibu, apatah lagi semasa menjaga anak pertama amat waspada dengan serangga kecil ni. Iaitu... nyamuk ! Bila nyamuk ni mula menyerang, mulalah ibu susah hati dengan bekas yang ditinggalkannya. Sampaikan suami yang terlepas pandang serangan nyamuk ini pasti menerima leteran hebat isteri..ho ho..

Mana tidak, bekas gigitan nyamuk ni cukup hebat. Ia mampu menyebabkan kesan gigitan jadi hitam jika dibiarkan.

Mengapa demikian?

Sesetengah bayi mempunyai kulit yang sangat sensitif yang dikenali sebagai hyperallergic skin reaction. Ini termasuklah pada bayi saya sendiri.

Pening juga. Tak semua orang tahu cara nak hilangkan bekas gigitan nyamuk ni. Even my mom pun tak pernah tahu. Hasil kerajinan mengoogle pun, tak menjadi. Dah macam-macam juga saya guna. Minyak vitamin E, krim serangga dan pelbagai lagilah. Kasihan tengok kaki bayi ada parut kehitaman. Rasa geram pun ada terhadap nyamuk-nyamuk ni.

Saya temui petua ini melalui seorang teman. Kagum juga tengok anak buah dia. Kulit gebu bersih tanpa sebarang noda... Langsung tiada bekas gigitan nyamuk. Apa lagi bekas kehitaman.

Takkan 24 jam tengok baby pula..Ho ho. So, tanya la teman ni. Rupa-rupanya dia gunakan minyak air putih je hilangkan bekas merah tu.  Tak payah susah-susah dan pening kepala mencari penawar.

Caranya, sapu sedikit pada bekas gigitan 2-3 kali sehari, bergantung pada saiz bekas kemerahan tersebut. Bekas itu akan mengecil dan hilang sedikit demi sedikit.

Anda lihat, Memang tak ada kesan langsung....!



15/05/2013 - Update dari Penulis

Da lama sya tak update blog ni sbb busy keja... buat reader yang tertanya-tanya apa itu  minyak air putih... Nama lainnya ialah eucalyptus oil... Sangat mudah nak dapat kat mana-mana farmasi, guardian atau kedai... Ni dia figure nya...




 Yang biasa dijual di malaysia brand kangaroo atau parrot and brand koala.....

~Semoga Membantu

23 comments :

  1. minyak air putih tu macamane ye? terima kasih =.)

    ReplyDelete
  2. Minyak air putih atau minyak kayu putih? Mana nak dapat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni myk kayu putih. Byk kat farmasi, kedai ubat cina.

      Delete
  3. @Pinkrosehijau
    Minyak air putih atau nama lainnye eucalyptus oil... Bole tengo gambar kat atas.. baru je update...

    ReplyDelete
  4. @Anonymous
    Sangat mudah didapati kat farmasi, guardian atau watson... N mana-mana kedai pun ade jual...

    ReplyDelete
  5. Minyak kayu putih..br je beli tadi..

    ReplyDelete
  6. saya pun dh beli tadi... cian kt anak kena gigit nyamuk kt kepala ngan muka dia... berbintik2 dh... terima kasih ye atas petua ni.... banyak membantu... selain petua tu, bleh gak sapu susu ibu kt bekas gigitan tu... tapi saya dh xde susu ibu dah.. masa ada penah try kt anak dan mmg berkesan...

    ReplyDelete
  7. minyk kayu putih or air putih? konfius la..x g cr lg..

    ReplyDelete
  8. myk kayu putih or air putih? x g cr lg..mohon kepstian..tqvm

    ReplyDelete
  9. @Anonymous Tmpt sy pnggil minyak air putih.. Lihat gambarajah utk kpastian

    ReplyDelete
  10. As salam sis...minyak air putih ini tuk kesan yg masih merah atau parut hitam tu pon bole hilang yer..bab bb sy br 9 month bile kene gigit nyamuk akn jadi parut hitam...expecially pd kaki...su x th cr utk hlgkn prut tersebut...hrp dpt share any petua or krim yg dpt menghilangkan parut hitam tersebut...

    ReplyDelete
  11. Kalau kat pipi takpe ke letak susu ibu? kang jadi kurap susu plak

    ReplyDelete
  12. @azreen Minyak air putih kesannya sangat cepat kalau bekas ggitan masih merah.. Bekas hitam biasanya akan hilang mngikut masa...

    ReplyDelete
  13. @Anonymous Pengalaman sya letak kat pipi bayi tiada mslah pon.. ble sja..

    ReplyDelete
  14. thanks for your info..sy mmg tgh mencari ubt untuk sapu kt bb sy yg dh merah2 kulit kena gigitan nyamuk :)

    ReplyDelete
  15. Replies
    1. Sy beli di farmasi rm6.90 botol kecil 15ml,brand koala

      Delete
  16. T.kasih.nt nak carik. Sangat membantu

    ReplyDelete
  17. Thanks, sgt membantu.. Klau petua kt tmpt sy di sabah, kami akan sapukan garam pda tmpt gigitan nyamuk.. Caranya ambil sedikit garam dan titiskan air, dan sapu pda tmpt gigitan..

    ReplyDelete
  18. Tq sebab bg info ni. Lega hati klau dpt hilangkn kesan nyamuk gigit

    ReplyDelete
  19. Saya pakai losyen zwitsal baby skin protection je. Cepat hilang gatal. Even bekas dah hitam pun boleh hilang. Kalau baru kena gigit terus sapu anak akan kurang tak rasa gatal. Sebab ingredient khas dia ada citronella.

    ReplyDelete
  20. Salam..klau kesan tu da hitam bole hilang tak..

    ReplyDelete

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.