Thursday, 24 November 2016

Resepi Microwave & Periuk Noxxa : Ayam Panggang Herba Rosemary

Resepi ayam panggang herba rosemary ini diinspirasikan dari blog popular honeykoyuki. Hanya ada beberapa bahan yang diolah mengikut citarasa saya sendiri. Ada dua cara yang saya gunakan untuk menyediakan ayam ini iaitu menggunakan microwave ataupun periuk noxxa. Jika anda hanya mempunyai oven, menggunakan pembakar ini sahaja sudah memadai.

Hidangan untuk entri ini disediakan dengan microwave. Namun saya akan jelaskan serba sedikit cara menyediakan hidangan ini dengan periuk noxxa.


~Periuk Noxxa adalah pilihan utama saya kerana isinya yang cukup lembut dan sangat juicy. Penyediaannya juga cepat. Hanya beberapa minit sahaja untuk seekor ayam.

~ Sebelum mempunyai periuk noxxa, saya menggunakan microwave untuk memasak hidangan ini. Perlu berhati-hati juga ketika set timer untuk roasting. Jika masa memanggang terlalu lama, isi ayam akan jadi keras dan juga kering. Berbeza dengan oven, microwave tidak perlu dipanaskan.

Bahan-bahan


Satu ekor ayam

Potong ayam kepada beberapa bahagian untuk memastikan semua bahagian masak sepenuhnya. Jika anda menggunakan oven,suhu yang digunakan adalah sekitar 150 c hingga 200 c. Waktu memanggang yang dicadangkan adalah satu jam.


A. Blend This ~

 1 biji bawang besar

 1/2 daripada seulas bawang putih  

 1 inci halia  

 4 biji bawang merah 

4 sudu teh madu

 4 sudu teh  gula

 4 sudu teh minyak zaitun

4 hingga 6 sudu garam himalaya 
( boleh gantikan dengan 4 sudu garam biasa)

 4 sudu teh serbuk kunyit


B ingredient

 1 sudu teh herba rosemary 
1 sudu teh jintan manis

 1 sudu teh jintan putih

4 sudu teh serbuk lada hitam

4 sudu teh serbuk lada putih



Mulakan dengan blending. Masukkan kesemua bahan A ke dalam blend. Saya lebih suka potong bahan-bahan kepada bahagian yang lebih kecil untuk memudahkan proses ini. Jangan lupa tuang sedikit air.



Tuang bahan A pada ayam. Kemudian, campurkan bahan B juga. Gaulkan kesemua bahan.


Gunakan bare hand dan gosok kesemua bahagian. Marinate ayam beberapa jam ataupun semalaman. Lebih lama ayam diperap, lebih sedap rasa hidangan anda.



Hidangan untuk dinner ni memang I tak rancang, so proses marinate adalah sekitar 4 hingga 5 jam sahaja.

Tips Microwave ~

Cara setting microwave berbeza mengikut brand microwave anda. Untuk microwave panasonic seperti yang saya gunakan, caranya adalah ;

Tekan button pressure heat kepada level paling tinggi, kemudian setkan masa hingga 20 minit untuk saiz daging yang lebih besar. Untuk saiz daging yang lebih kecil, masa yang diperlukan kadangkala kurang dari 15 minit. Jangan lupa terbalikkan ayam sepanjang masa memanggang. Contohnya, tekan pause button selepas 10minit. Tuang kuah di atas ayam untuk memastikan bahagian atas tidak kering. Gunakan garfu untuk cucuk ke dalam ayam. Daging ayam lebih mudah untuk dikoyakkan apabila ia telah masak.


Isi ayam lebih lembut dan sedikit juicy jika masa yang digunakan untuk memasak bersesuaian. Tambah capsicum, ubi kentang atau bahan lain yang anda inginkan semasa proses memanggang. Tuang kuah yang telah dimasak bersama microwave

 Hasil menggunakan microwave ;


Resepi seisi keluarga yang cukup sihat... Weeee !

Tips Periuk Noxxa 

Bagi pengguna noxxa seperti saya, masukkan semua isi ayam yang telah dipotong kepada beberapa bahagian dan telah diperap ke dalam periuk. Pastikan kuah yang dimasukkan tidak terlalu banyak.Secukupnya sahaja. Simpan  baki perapan ayam dan letak tepi.

Tekan button high pressure. Setkan masa 8 hingga 9 minit. Kemudian tunggu hingga bunyi beep. Setelah siap, anda anda lihat kuah jadi lebih banyak, tekan button stir fry dan on. Terbalikkan bahagian-bahagian ayam. Kemudian tuang baki kuah perapan ayam tadi jika anda inginkan kuah. Kemudian, fry sehingga kuah pekat.

Siap ~ Isi ayam akan jadi sangat lembut, softy dan sedap !