Tuesday 24 March 2015

16 Fakta Menarik Tentang Kareena Kapoor

Jika anda meminati drama hindi, anda pasti kenal Kareena Kapoor. Beliau membina nama sebagai artis yang cukup popular samada di bollywood ataupun antarabangsa.



Jom baca fakta menarik tentang Kareena Kapoor yang anda mungkin tak tahu ;

1. kareena dilahirkan di Mumbai, India pada 21 september 1980.Bintang ; virgo.

2. Berusia 35 tahun pada tahun 2015

3. Nama manja Kareena adalah Bebo

4. Tinggi beliau adalah 163cm / 5kaki 4inci. Anggaran berat badan : 57kg

5.  Kareena mempunyai latar belakang keluarga seni. Beliau merupakan anak kepada Randhir kapoor dan juga Babita, yang juga pelakon. Ayahnya adalah seorang direktor dan juga produser filem.

6. Kareena merupakan adik kepada Karisma Kapoor yang juga pelakon popular.

7. Kareena telah disenaraikan antara aktress yang paling hot di India.

8. Kemunculan beliau dikaca tv yang pertama ialah pada tahun 1999, dalam siri tv Sa Re Ga Ma Pa.

9. Movie pertama lakonan Kareena ialah pada tahun 2000. Berjudul Refugee. Sebuah filem mantap  gandingannya dengan Abhishek Bachan. Abhishek merupakan bekas tunang kakaknya, Karisma Kapoor.

10. Kareena mengamalkan hot yoga ataupun bikram yoga untuk mengekalkan tubuh yang langsing.

11. beliau akan memulakan harinya dengan minum kopi atau teh.

12.. Diet yang diamalkan Kareena cukup menarik. Beliau akan makan 6 hidangan kecil sehari.

Sarapan pagi Kareena adalah semangkuk musli dengan kacang atau 2 paratha dan yogurt. 

Manakala makanan tegahari beliau dan makan malam adalah chapati dan sayuran hijau dalam jumlah yang banyak serta Dhal.

Diperantara diet ini, kareena akan memakan snek ringan seperti sepotong keju, chana yang dipanggang, buah-buahan dan sebagainya.

13. Kareena amat suka makan nasi kerana beliau percaya nasi amat baik untuk kesihatannya.

14. Antara award yang pernah diterima oleh Kareena kapoor termasuklah ;

Filmfare Award For Best Actress ( Jab We Meet-2008)

Zee Cine Queen Of Heart Award (2002)

Stardust Award For Star Of The Year- Female (2010,2008.Kurbaan, Jab We Meet)

Filmfare Critics Award For Best Actress (2007, 2005. Omkara, Dev)

15. Kareena berkahwin dengan Saif Ali Khan yang juga seorang pelakon popular bollywood.

16. Kareena pernah menghadiri perkahwinan Saif Ali Khan dan Amrita Singh pada tahun 1991, ketika usianya 10 tahun. Beliau mengucapkan tahniah kepada pasangan itu dan Saif menghargainya dengan membalas 'Thank You Beta'.


No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.