Friday, 6 March 2015

Pengalaman dan tips menjual barang terpakai dimudah.my

Hai readers..  :-)

Saya pasti anda pernah dengar pasal mudah.my. Laman web ini adalah medium jual beli barangan terpakai. Tapi bukan barang terpakai saja yang dijual ya, barang yang masih baru pun ada jual juga...

Bagi saya memang senang nak jual dimudah.my.. Tak perlu daftar. Percuma sahaja..

Sebelum ni pernah juga saya menjual barang dimudah.my, tapi tu pun secara dropship sahaja. Ini kali pertama saya jual barang terpakai milik sendiri.

Yess! Barang prelove saya,.. baby car seat. Saya jual sebab dah agak lama terperap dalam stor.. tapi masih dalam keadaan elok.. 




Cantik tak ? :-)

baby car seat ni saya dan suami memang simpan dengan baik. Balut baik-baik dengan plastik sebelum simpan dalam stor... 

Saya ambil gambar ni menggunakan kamera DLSR agar kualiti HD Nampak cantik.. Nilah petua agar barang mudah terjual dimudah.my.. Kualiti gambar anda ..

Gambar pada waktu siang ya ..lagi baik diluar rumah untuk mendapat pencahayaan semulajadi yang cantik  ..

Background pic ni pula ambil dalam kereta agar viewer dapat menggambarkan size baby car seat ni..

Boleh tengok ya seperti iklan dibawah bagaimana iklan saya dipaparkan.

[Image iklan mudah]

Dimudah.my amat penting anda bgtahu:


1.       Apa sebab nak jual untuk barangan terpakai.. ?

2.       Feature barang /ciri-ciri/ brand jika ada...?

3.       Dah berapa lama pakai.....?

4.       Condition yang terkini.....?

5.       Sebarang kerosakan....?

6.       COD / postage....?


Jangan beri penerangan yang terlalu ringkas. Beri extra detail untuk potential buyer anda. Saya ada baca iklan sesetengah penjual yang penerangannya terlalu ringkas. Hanya 2-3 baris sahaja. Tak yakin pula saya sebagai pembeli nak beli barang tu.

Sebelum anda publish iklan anda, pastikan info yang diberi cukup. Ingat ! Jika anda nak edit iklan yang dah dipublish, anda kena bayar ya :-)

Letaklah whatsapp / sms / call agar buyer mudah nak hubungi anda. Tak perlulah letak email jika email pun anda buka sebulan sekali.

Saya gunakan Cod / self collect sahaja.. jadi lebih selamat..keyakinan pembeli juga bertambah.. Lagipun ni kan barang besar dan berat.. Tentulah kos postage pun mahal..

Saya cadangkan anda letak harga yang agak tinggi tapi boleh nego.. Beginilah cara saya menjual brg preloved saya ni..

Mr.husband cadangkan Rm100 je..Tapi kalau letak Rm100 nanti buyer nego tinggal Rm50 la pula.. Rugi tak..? Jadi saya letaklah Rm180.. Baby car seat ni pun masih elok.. Langsung tak kotor.. memang nampak seperti baru.. Kiranya gambar tu tak menipu la ya ..:-)

Jika anda tak mahu nego2 ni.. letak sajalah harga price net / harga tetap.

Lagi tips dr saya : letak serious buyer only.. Saya amat sarankan anda jual menggunakan prinsip `siapa cepat dia dapat’.. 

Masa saya jual barang ni pun ada customer yang booked dahulu.. terpaksalah tolak buyer2 lain kononnya dah ada buyer.. Last-last buyer ni tak jadi beli pula.. hmm ?

Then lepas 2 minggu macam tu, saya releaselah pada next  buyer ni.. lepas nego, saya jual pada harga rm150 via COD.. Terima kasih lah pada mr.huby yang susah-susah jumpa buyer ni...   

Tips penting menjual dimudah.my ?

Cukuplah jika anda jujur..hehe... Ok tunggu apa lagi.. Cuba tengok barang –barang lama dan terpakai di stor anda.. Mungkin ada yang boleh dijual ??

1 comment :

  1. Salam, nak tanya..klu buat akaun pro niaga, agak² brapa lama bru bleh pakai? Saya pernah buat tapi tak boleh nak post iklan.t kasih.

    ReplyDelete

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.