1. Program Ptc
Juga dikenali sebagai program Paid To Click. Anda akan dibayar setiap kali anda klik pada iklan yang diberi. Biasanya 1 iklan berharga $0.01-$0.02 (dollar).. Namun begitu iklan yang ditawarkan dalam sehari sangat terhad. Bagi mendapat komisen yang lebih tinggi, anda perlu mempromosikan link affiliate anda. Ajak rakan-rakan anda,promosi di facebook ataupun blog.
Program ini telah lama berkembang dan sesetengah pihak menggangap program ini sebagai scam. Namun begitu. Ramai juga telah membuktikan telah berjaya dan memperoleh ribuan pendapatan dari program ptc ini. Perlu diingatkan banyak juga web ptc scam kini. Web Ptc scam ini bercirikan laman web yang terlalu simple dan tidak menampakkan profesional, menawarkan harga klik yang terlalu mahal cthnya ; $2-$10 bagi setiap klik. Antara program ptc yang terbaik setakat ini dan telah membayar ialah neobux dan clixense. Modal untuk bermula adalah 0...
2. Forex
Saya pasti anda telah familiar dengan nama ini.Forex atau nama panjangnya Foreign Exchange iaitu pertukaran matawang asing oleh bank-bank diseluruh dunia, berterusan selama 24 jam, transaksi yang berlaku sehari adalah sekitar $4 trillion...Untuk bermula anda memerlukan modal sekitar $10 dollar.. Forex merupakan pelaburan yang sangat berisiko tinggi. Saya sendiri kurang mendalami ilmu forex ini. Melihat graf sahaja dah pening.
Bagi pemula, belajar forex ini merupakan sesuatu yang sangat complicated..Anda boleh download demo dulu untuk mempelajari forex. Kebanyakan mereka yang telah menjadi expert dalam Forex adalah mereka yang telah berpengalaman selama bertahun-tahun dan telah kerugian berpuluh ribu ringgit. Majoriti pakar mengatakan kerugian itu adalah suatu kemestian dalam forex walaupun jumlah yang sedikit. Untuk memperoleh pulangan forex 100% setiap masa adalah sesuatu yang hampir mustahil.
3. Blog
Merupakan cara yang paling mudah buat duit online. Blog adalah laman web anda sendiri. Dengan blog anda boleh share pengetahuan anda, hobi anda bahkan pengalaman hidup.. Bagi idea seperti ini. Gunakan nuffnang atau bidvertiser. Jika kemahiran bahasa inggeris anda baik, anda boleh membuat blog dalam bahasa inggeris dan gunakan ppc seperti adsense. Adsense sangat dikenali dikalangan blogger kerana pulangan dalam dolar yang agak lumayan.
Sambil memberi perkongsian,anda boleh menjana pendapatan. Jangan terkejut. Dengan blog sahaja, ada blogger yang mampu menjana pendapatan sehingga 10k sebulan. Untuk mendapatkan trafik yang tinggi sebenarnya cukup mudah. Anda hanya perlu konsisten update blog anda. Jangan copy dan paste artikel orang lain. Buatlah artikel anda sendiri dan pastikan artikel anda mempunyai isi kandungan yang berkualiti. Blog anda akan lebih mudah diakses oleh search engine. Blog yang mampu menjana pendapatan yang tinggi adalah blog yang mempunyai 1000 entri dan ke atas.
4. Affiliate
Affiliate merupakan salah satu cara untuk buat duit yang agak lumayan. Anda perlu promosikan link jualan anda untuk mendapat komisyen. Anda tidak perlu berurusan dengan pembeli atau penjual. Hanya perlu daftar akaun. promosi dan terima komisyen setiap bulan atau minggu. Saya cadangkan anda pilih program affiliate yang tidak mengenakan sebarang modal.
Antara program affiliate yang anda boleh mulakan tanpa modal adalah seperti clickbank, amazon dan comission junction. Di malaysia juga terdapat banyak program affiliate. Anda hanya perlu rajin 'google'... Cthnya adalah ashadee ataupun sebelum ini dikenali sebagai jomniaga.
5.Dropship
Kaedah dropship sangat popular masa kini. Kerana anda boleh menjual barang tanpa menyimpan sebarang produk pun. Apa yang anda perlu lakukan adalah mencari pembeli dan promosi dengan menggunakan apa cara sekalipun.. Sama ada percuma ataupun berbayar. Promosi secara percuma di blog anda ataupun difacebook page anda.
Jika anda mempunyai modal lebih gunakan fb ads ataupun khidmat google adwords untuk promosi. Pembeli akan berurusan dengan anda dan membuat pembelian melalui anda. Anda tentukan sendiri berapa harga anda. biasanya anda akan diberi harga produk yang cukup murah oleh penjual.
Cthnya. Harga produk X dipasaran adalah rm100. Dan anda mendapatkan dropship yang memberi harga produk X rm50 seunit. Anda boleh jual balik pada harga yang lebih murah dari pasaran cthnya rm90.. Disini anda untung Rm40.. Jika anda berjaya menjual produk X 10 unit pada harga yang sama, anda mendapat keuntungan bersih = Rm400..
6. Ebay / mudah.com
Anda mempunyai produk sendiri atau barangan yang terlalu banyak dan tidak digunakan lagi? Bagi anda barangan itu semua mungkin adalah sampah tapi keperluan bagi orang lain. Gunakan khidmat ebay atau mudah.com... Laman ini mempunyai trafik yang sangat tinggi. Dan diakses ribuan pelawat setiap hari.
7. Bossventure / Gforce
Merupakan pendapatan sampingan saya buat masa kini.. Disebabkan saya mempunyai masa yang sangat terhad setiap hari. Ini adalah alternatif saya untuk buat duit pasif setiap bulan. Saya melabur sejumlah wang ke dalam program ini. Kemudian..Saya hanya perap income bosventure saya untuk menaikkan % keuntungan setiap hari. Dan menerima pendapatan pasif setiap minggu dari GForce tanpa perlu buat apa-apa. Saya akan kongsikan kepada anda mengenai program ini secara panjang lebar jika berkesempatan lain kali... Namun jika anda tidak sabar untuk mengetahuinya.. Boleh emel saya di jvinndy@hotmail.com.
Program ini bukan scam dan saya telah withdraw beberapa kali dari program ini. Jika berkesempatan saya akan uploadkan bukti transaksi untuk anda lihat di masa akan datang.
Dan..Ini shja lah yang saya boleh kongsikan setakat ini ...Apa pun yang anda pilih, ianya pasti berjaya jika anda fokus melakukannya...
No comments :
Post a Comment
Pesanan Editor ^_^
Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.