Sunday, 5 April 2015

Susu Anmum Buat Anak Lebih Bijak ? Baca Pengalaman Saya!

Saya mula minum susu anmum materna sejak kandungan berusia seawal 2 bulan. Susu anmum ni ada 2 perisa. Vanila dan coklat. Masa hamil saya langsung tak boleh minum anmum perisa vanila. Rasa sangat mual. Jadi saya lebih prefer dengan perisa coklat. Susu ni my mom syorkan kerana baik untuk perkembangan sel-sel otak bayi. Macam dalam iklan tu, ia menghubungkan lebih seribu sel-sel otak bayi anda..^_^

Terpengaruh dengan iklanlah juga ya.. Saya minum susu anmum ni sepanjang hamil. Waktu tu harga sekotak besar anmum materna berharga Rm35 ++... Itupun pada tahun 2011 lagilah. Sekarang ni tak pernah survey dia punya latest harga. Yang tak best pasal susu anmum ni, kandungan gulanya memang tinggi. Memang tak disyorkan oleh doktor dan jururawat di klinik ibu dan anak. Berat saya masa tu pula memang naik mendadak. Dikehamilan ke 36 minggu hingga bersalin, berat naik 500 gram setiap minggu. Ho ho.

Saya pun tak tahu nak cari susu apa sebagai pengganti. So, saya just teruskan pengambilan susu anmum. Husband pula no comment. Risiko pengambilan gula yang tinggi akan menyebabkan GDM (gestational diabetis mellitus).. Iaitu kencing manis semasa hamil. Setiap kali appointment di klinik, Sampel kencing akan diambil sebagai pemeriksaan rutin ketone dan protein. Ketone akan berlaku bila gula terlalu tinggi dalam darah. protein pula akan dikesan jika anda mengalami masalah buah pinggang.
Perlu tahu ya Parents?

Nasib baiklah saya tiada DM waktu preggy. Tiada family history pasal kencing manis pun. Gula pun biasanya ditahap normal setiap kali cek. Jika anda ada sejarah kencing manis dalam keluarga.Risikonya memang lebih tinggi. Baby saya lahir 3.2kg through caesarean due to fetal distress.[Nak tahu pengalaman saya bersalin secara caesarean? Baca disini]

Lepas bersalin, saya sempat beri anak susu anmum ketika usianya diawal sebulan. Iaitu Anmum Infacare Rumusan bayi Langkah 1..Mix dengan susu badan. Sebab susu badan pun tak cukup untuk baby. Ni masalah yang kerap dihadapi para ibu yang total breastfeeding baby. [Baca petua memperbanyakkan air susu disini.] Kesian pula dia tak kenyang. Itupun cuma sekejap saja sebab dia dah tak mahu menyusu botol. Bijaknya budak ni. Dia dah tahu bezakan susu botol dan susu badan. He he.. Tapi majoriti bayi tahu membezakan susu badan dan susu botol. Jika dia pilih susu badan, dia memang dah buat pilihan yang lebih bijak dan ekonomi.

Jadi masa baby dah start breasfeeding sepenuhnya, saya pastikan dia mendapat nutrien penting untuk perkembangan otaknya. Saya masih juga setia pada anmum. Jadi saya minum anmum lacta masa mula-mula breasfeeding tapi beberapa bulan sahaja sebab berat saya pula semakin naik. Anmum ni tinggi kandungan DHA. Tapi menurut sumber-sumber yang saya dah baca, DHA memang penting untuk menjadikan kanak-kanak lebih bijak tapi dalam masa yang sama akan menjadikan mereka lebih hyperactive. saya akui hal ini sebab anak saya kini yang dah berusia 3tahun pun memang super duper active. Hingga membuatkan kami suami isteri pening kepala. Soalannya pula bertubi-tubi hingga kami pun dah blur nak jawab macamana. Memang akan kerap bertanya.

Yang amat melucukan, dia tak boleh tengok kerja tak perfect. Masa saya pindahkan ais dari gelas minumannya ke pinggan. Dia tak mahu ais dipindahkan ke tempat lain. Semuanya mesti diletakkan ditempat yang sama biarpun dah penuh. Semua kain yang dia nampak bersepah di lantai, pasti dia akan masukkannya ke mana-mana bakul tak kira bersih atau kotor. Huhu..

Si kecil ni dah mula stop pakai pampers ketika awal usianya 2 tahun. Tu pun waktu dia tidur sajalah. Bila saya explain; tak mahu pakai pampers, jangan kencing dekat tilam. Dia just tengok saja muka saya ni. Yang bestnya, dia memang tak akan kencing malam. Saya pastikan dia pergi kencing dan berus gigi dulu sebelum tidur. Kalau nak keluar ke mana-mana pula, saya pastikan dia pakai juga pampers. Mudah nak urus. Budak ni bukannya dapat tahan kencing dalam masa yang lama.

Giginya pula tak mudah rosak dan rapuh. Ianya tersusun cantik. Saya percaya salah satu faktor pertumbuhan gigi yang elok juga bergantung kepada keperluan kalsium yang cukup semasa kehamilan. [Baca petua dan tips penting jaga gigi anak disini]

Ketika usianya dua tahun setengah, dia dah boleh mengira 1 hingga 10 dan one to ten dengan baik dan lancar. Bila usianya masuk 3 tahun, barulah dia boleh menyanyi lagu ABC hingga Z walaupun masih belum cukup fasih hehe.. Sekarang ni, dia dalam proses mengenali warna-warna disekeliling.
Persiapan yang mantap bukan sebelum anak masuk ke tabika ? ^_^

Apa yang membuatkan saya kagum. Dia amat menggemari selfie diri sendiri. Gambar yang saya paparkan dibawah adalah gambar yang diambilnya sendiri menggunakan android saya.
Satu hal yang membuatkan saya tak aman pula, dia kerap menggunakan tablet suami untuk bermain game mudah, mengambil gambar and selalu tengok rancangan kartun youtube melalui tablet. Dia hanya tengok mana yang perlu ditekan untuk masuk ke aplikasi tertentu android. Masa saya cuba exit youtube android tu, saya tak tahu pun. Saya just suruh anak saja yang exitkan aplikasi tu. Dah kalah pula dengan budak berusia 3 tahun.

Ada juga isu mengenai budak tak tahu menggunakan pen/ pensil gara-gara terlalu menggunakan jari telunjuk untuk tablet. Saya amat risaukan hal ni tapi bila melihat dia boleh memegang pensil dengan baik, saya rasa tenang sedikit. Saya belikan buku dan warna khas untuk dia conteng-conteng.

Ada juga perkataan dalam bahasa inggeris yang saya dengar dia sebut, malah dengan baik pula tu. Walhal, saya belum pernah pun mengajar dia sebarang perkataan bahasa inggeris sebelum ni. Dia hanya kerap menonton kartun berbahasa inggeris. Hehe.. smart girl. Mum impress with you.

Tu sajalah yang saya boleh share pasal pengalaman minum susu anmum ni. Sebarang soalan, just drop your comment ya ? 

By the way, artikel ni tidak ditaja mana-mana pihak ya. Ianya berdasarkan pengalaman benar saya sendiri :-)


2 comments :

  1. kiranya susu anmum materna tu mmg bagus ye sis? dengan izin Allah swt

    ReplyDelete
  2. yup..my gir pun minum susu anmum sejak umur 3bln. 11 bln dh pandai jln. berat badan pun ok.perkembangan otak sangat ok. cepat faham dan dapat ikut arahan. baru 1 thn..

    ReplyDelete

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.