Showing posts with label Medical. Show all posts
Showing posts with label Medical. Show all posts

Sunday, 26 April 2015

Kenapa Ahli Keluarga Wajib Belajar Menjaga Pesakit Lumpuh Bermula Dari Hospital ?

Tujuan saya menulis artikel ni bukan untuk memburuk-burukkan sesiapa atau menyedarkan anda apa itu tanggungjawab. Ia sekadar luahan hati sahaja. Banyak individu sekarang yang lepas tangan untuk menjaga ahli keluarga mereka yang sakit. Hinggakan pihak hospital terpaksa mencari dan menghubungi ahli keluarga untuk menerangkan keadaan pesakit dan prosedur yang akan dilakukan.  

Komitmen pekerjaan ? takkanlah tiada masa untuk melawat dan menjaga ahli keluarga yang terlantar. Saya akui bukan mudah sebenarnya menjaga pesakit yang sakit terlantar ni. Perlu banyak kesabaran. Bermula dari hospital, anda tak perlu ambil kursus apapun untuk belajar jaga ahli keluarga yang sakit. Cukuplah rasa tanggungjawab dan keinginan yang kuat untuk membantu.

Biasanya pesakit stroke mengambil masa yang cukup lama untuk sembuh. Sesetengah mereka mungkin akan berjalan semula dan sesetengah pesakit memerlukan penjagaan sepanjang hayat mereka. Mereka tak mampu makan seperti biasa dan tak dapat bantu bersihkan diri sendiri.

Saya pernah melihat satu kes dimana pesakit yang  mempunyai sejarah lumpuh seluruh badan selama 5 tahun terlantar di rumah. Beliau dimasukkan ke hospital kerana aduan keluarga pesakit sesak nafas. Tubuh pesakit mempunyai banyak jangkitan fungus ataupun kulat pada tubuh. Keruping kulit berjatuhan. Luka juga semakin membesar pada  bahagian punggung pesakit. Ini bukti kurang sokongan penjagaan dari ahli keluarga. Sungguh menyedihkan.

Sesetengah individu pula terlalu mengharapkan jururawat untuk membuat nursing care pesakit seperti memandikan pesakit dan membersihkan najis mereka. Jika pesakit ialah orang tua kita, tidak salah kita berbakti kepada mereka. Ingat, semua orang akan jadi sakit dan tua. Jika anda panjang umur, anda juga berkemungkinan akan berada ditempat yang sama seperti mereka. Masa tu, janganlah berharap pada ahli keluarga. Saya kagum dengan sifat sesetengah remaja, anak-anak yang masih taat menjaga orang tua dan ahli keluarga mereka yang sakit. Mereka sanggup mempelajari pelbagai nursing care untuk memenuhi keperluan ahli keluarga yang sakit. Tiada apa yang perlu dirisaukan apabila pesakit diberi kebenaran discaj. Sokongan dari keluarga pesakit sebenarnya sangat penting.

Bila masa memandikan pesakit, ada ahli keluarga yang berniat membantu sudah cukup bagus. Disinilah anda akan belajar bagaimana membersihkan mereka dan menukar pampers. Ada pula yang cepat-cepat beredar bila jururawat ingin memandikan pesakit. Tak minat pun ambil tahu. Isu yang sama bila pesakit buang air besar. Alasan yang biasa didengar ? Biarlah jururawat yang buat. Itukan kerja mereka. Ya, Kami telah membantu ahli keluarga anda yang sakit dengan melakukan pekerjaan ini. Memenuhi keperluan harian mereka. Ini mungkin bukan pekerjaan anda. Tapi, tanggungjawab anda bagaimana? Jika mereka balik ke rumah dengan keadaan yang masih sama. Masih terlantar dan perlu bantuan, adakah anda akan terkial-kial mencari jururawat untuk menukar pampers?

Takut membantu mereka ? Sesetengah pesakit yang balik ke rumah masih menggunakan tiub untuk minum susu. Tak kurang juga yang balik dengan trachy (Lubang pada bahagian tengah leher). Mereka memerlukan suction lebih kerap. Sesetengah ahli keluarga tak mahu belajar semua ni kerana takut tersalah langkah. Jawapannya mereka akan tahu juga bila balik ke rumah. Kesilapan yang berlaku di rumah atau sebarang kemusykilan anda, tak akan ada jururawat tempat anda bertanya. Nak belajar, anda tak perlu takut. Perhatikan bagaimana jururawat melakukannya. Belajar dari mereka. Adakah anda akan dimaki hamun jika bertanya ? Pastinya tidak.

Pesakit yang diberi kebenaran pulang ke rumah oleh doktor juga, terpaksa delay. Tujuannya agar keluarga mengambil masa untuk mempelajari penjagaan nursing care pesakit. Sedangkan ramai pesakit di luar sana yang memerlukan katil hospital untuk menjalani rawatan. Anda mungkin tak tahu hal ini.

Satu kes yang pernah berlaku juga ahli keluarga hanya muncul apabila pesakit diberi kebenaran pulang. Hendak menghubungi ahli keluarga pun dimaki hamun. Alasannya sibuk dengan pelbagai hal. Discaj hanya dapat dilakukan selepas beberapa hari. Pesakit pula menggunakan tiub susu untuk minum. Akibatnya, pesakit dimasukkan semula ke hospital kerana mengalami aspirasi paru-paru. Inilah akibatnya.

Suatu pengalaman saya semasa sedang sibuk bekerja, ada ahli keluarga yang memanggil untuk mencuci najis pesakit. Saya tak kisah jika keluarga pesakit memerlukan bantuan. Tapi apa yang berlaku sungguh mengecewakan, hanya seorang ahli keluarga yang menghulurkan bantuan. Sedangkan ramai ahli keluarga berada disitu. Yang lainnya hanya menjadi pemerhati dan juri. Rupanya tak semua orang sanggup melakukan pekerjaan ini.

Jika masih ada sedikit rasa tanggungjawab , belajarlah ketika anda berada dalam wad. Ini bukan alasan agar  jururawat boleh goyang kaki tapi untuk membantu anda menjaga pesakit apabila pulang ke rumah nanti. Tidaklah anda terkial-kial. Anda juga sebenarnya adalah seorang jururawat untuk mereka.
Renung-renungkan.


Monday, 13 April 2015

Ketahui Sindrom Bradycardia Dikalangan Mereka Yang Aktif Bersukan

Jika anda seorang yang kerap bersukan, ketahuilah bahawa kerap bersukan akan menjadikan bacaan denyutan jantung lebih rendah. Keadaan ini dikenali sebagai sindrom bradycardia ataupun nama lainnya adalah athletic heart syndrome (AHS).  Sindrom ini adalah patologi biasa yang dihadapi oleh para atlet. Simptom bagi kes ini sukar dikesan kecuali atlet menjalani pemeriksaan vital sign. (Cek blood pressure, heart rate dan lain-lain)

Paras normal Denyutan jantung manusia ?
Ketika seseorang itu dalam keadaan rehat, paras jantung yang biasa dicatatkan adalah dalam lingkungan 60-100 per minit.  Jika denyut jantung kurang dari 60, keadaan ini dipanggil bradycardia. Apabila denyutan jantung melebihi 100 dan ke atas. Keadaan ini dipanggil tachycardia. Tachycardia biasa berlaku semasa dan selepas bersukan ataupun jika seseorang itu sedang nervous / cemas.

Bagaimana AHS  berlaku ? Kekerapan bersukan yang melebihi 5 jam seminggu menyebabkan pembesaran jantung berlaku. Keadaan ini dipanggil cardiomegaly. Denyutan jantung ketika rehat juga dilihat lebih rendah daripada paras normal denyutan jantung.


Kenali cardiomegaly ?
Patologi ini disifatkan sebagai pembengkakan organ jantung. Ini disebabkan pada penebalan otot dinding jantung. Terutamanya pada bahagian ventrikel kiri jantung, yang mengepam darah beroksigen ke aorta. Terutamanya ketika aktif bersukan, lebih banyak darah beroksigen perlu disalurkan ke bahagian tisu periferal seperti tangan dan kaki.

Saiz jantung yang lebih besar membenarkan darah dan oksigen (cardiac output) megalir keluar dari jantung dalam jumlah yang lebih besar juga. Ini menyebabkan denyutan jantung lebih perlahan kerana banyak jumlah darah yang dipam keluar dalam setiap denyutan.

Adakah pembesaran saiz jantung kekal ? Menurut kajian, Seorang bekas atlet profesional sukan berbasikal yang telah bersara, masih mempunyai saiz jantung yang besar walaupun telah bersara selama 30tahun. Bagaimanapun tiada penemuan ia membawa kesan buruk kepada kesihatan beliau.

Satu kajian yang lain pula membuktikan atlet profesional yang tidak melakukan sukan berat selama 6tahun, mempunyai saiz hati yang normal serta berfungsi secara normal.


Athlete heart syndrome merbahaya ? Tidak sebenarnya. Apa yang menarik pasal AHS ni, pembesaran jantung tidak akan menyebabkan kesihatan mereka terganggu malah telah dibuktikan dalam penemuan pakar mereka mempunyai umur yang lebih panjang dikalangan populasi.

Tips Penting buat para atlet/ mereka yang aktif bersukan?
Anda perlu tahu walaupun sindrom ini berkaitan dengan jantung, ia bukannya penyakit berat bagi jantung.

Jika anda mengalami sakit jantung yang serius, anda akan mengalami ;

~chest pain / discomfort. Rasa berat pada bahu kiri dan merebak ke hingga ke belakang. Tangan juga terasa kebas.
~ Short of breathness
~Pembengkakan kaki, perut ataupun area mata.
~Kerap pitam
~Tachycardia / bradycardia

Apapun, jika anda ingin memastikan bahawa jantung anda sihat, anda boleh jalani pemeriksaan formal jantung, ECG untuk mengetahui jika jantung anda berfungsi dengan baik.

# Pastikan anda memberitahu doktor anda seorang atlet ataupun anda mengalami Athletic heart syndrome setiap kali pemeriksaan agar anda tak disalah ertikan seorang yang berpenyakit jantung.  ^_^

Info Tambahan : 

Record dunia ; Atlet berbasikal Miguel Indurain mempunyai denyutan jantung yang terendah dicatatkan ketika dalan keadaan rehat iaitu 28bpm.





Monday, 6 April 2015

Best Shot Medical Staff Alert ! Kesilapan Menggunakan Medical Item Dalam Movie

Kesilapan dalam movie memang adalah perkara yang biasa berlaku. Tak semua sempurna. Nasib baiklah ianya sekadar lakonan. Kalau realiti, kesian pula pesakit tu.

Kerana tak buat kajian betul-betul macamana mengaplikasikan barangan perubatan ni, ia menjadi lawak jenaka pula dikalangan penonton yang tahu fungsi benda ni. Pasang dengan hentam keromo saja. Inilah jadinya. Bukan terjadi di malaysia sahaja. Luar negara pun ada juga  ^_^

Saya paparkan beberapa gambar kesilapan medical item yang dah jadi viral dimedia sosial. Biar staff perubatan judge. Medical staff alert ni. Teka teki kesilapan ..

 Benda yang nampak dekat muka tu dipanggil cervical collar. Dah nama pun kolar, jadi tempatnya adalah dikolar, bahagian leher. Kegunaannya untuk support kecederaan tengkuk. Bukannya jadi mask dekat muka ya he he.. .

 Fuh ? Sekali imbas ingatkan HFM.. Tak pernah lagi sambung bag untuk perform manual bagging dengan mask. kreativiti menggantikan high flow mask ni.

Antarabangsa pun ada juga.. Apa yang anda dapat detect disini ? Sumber oksigen berlebihan. :-)

 Doktor mesti mengamuk kalau tengok patient yang pakai oksigen lie flat macam ni. He he.. Mask oksigen yang comel dan kecil tu sebenarnya bukan untuk mulut. Bagi oksigen dekat leher yang ditebuk, tracheostomy. Mulut pula diberi oksigen sedangkan kita bernafas melalui hidung.

Kesiannya pelakon wanita ni. mesti sakit mulut untuk letak connection tubing yang besar ni dalam mulut. Ada sumber ETT + Npo pula... Terbaikk...

Sebenarnya masih banyak movie mistake mengenai barangan perubatan yang salah aplikasinya. Tak kurang juga yang salah teknik untuk perform prosedur dalam perubatan.  :-)
Kesannya, lakonan hilang realitinya...

Sunday, 17 November 2013

Fakta Penting Tentang Antibiotik Anda Perlu Tahu

Apa itu antibiotik ?

Antibiotik, juga dikenali sebagai anti bakteria, ia merupakan ubatan yang memusnahkan atau melambatkan pertumbuhan bakteria. Perkataan Yunani anti bermaksud "melawan", dan perkataan Yunani bios bererti "hidup" (bakteria bentuk kehidupan).

Antibiotik digunakan untuk merawat jangkitan yang disebabkan oleh bakteria. Bakteria adalah organisma mikroskopik, sesetengahnya boleh menyebabkan penyakit.

Penyakit seperti jangkitan kemaluan, tuberkulosis, salmonella, dan banyak lagi jenis jangkitan boleh disebabkan oleh bakteria. Sesetengah bakteria  tidak merbahaya, manakala bakteria lain baik untuk kita.

Sebelum bakteria membiak dan menimbulkan simptom penyakit, sistem imuniti badan biasanya boleh memusnahkan bakteria. 

 Kita mempunyai sel darah putih khas yang menyerang bakteria berbahaya. Walaupun simptom jangkitan timbul, sistem imun kita biasanya boleh menghadapi dan melawan jangkitan. Terdapat juga ketika, antibiotik diperlukan apabila bakteria terlalu banyak.

Kenapa pengambilan antibiotik dikawal ?

Kita mungkin merasa hairan mengapa antibiotik mesti dipreskripsikan oleh doktor dan tidak boleh dijual dimana-mana farmasi walaupun diketahui jenis antibiotik yang sesuai untuk jangkitan tertentu.

1. Pengambilan antibiotik yang diberi mestilah sesuai dengan jenis jangkitan yang dialami pesakit.
2. Semua antibiotik mempunyai dos dan kekuatan yang tersendiri. Doktor akan menentukan kekuatan antibiotik yang sesuai.
3. Tempoh yang sesuai untuk melawan jangkitan. Contohnya seminggu.


Pentingnya Pengambilan antibiotik.

 Sesetengah orang yang tidak menyedari kepentingan antibiotik mungkin akan mengabaikan pengambilannya seperti makan hanya apabila ingat (Tidak ikut masa) dan tidak menghabiskan antibiotik yang diberi.

Perlu diketahui, pada saat anda memakan antibiotik, bakteria hanya lemah seketika. Ia memerlukan serangan yang berterusan untuk membunuhnya. Ketika anda lalai untuk memakan antibotik.. Bakteria yang lemah akan kembali menjadi kuat.

Ia telah mengenalpasti jenis antibiotik yang menyerangnya, dan telah menjadi kebal kepada antibiotik ini. Maka antibiotik ini tidak boleh diambil lagi. Anda memerlukan dos antibiotik yang lebih tinggi.

Antibiotik yang diambil dengan terlalu banyak akan menyebabkan fungus tumbuh sebaliknya.

Sesetengah jangkitan ringan seperti batuk dan selesma tidak memerlukan antibiotik. Antibiotik mempunyai kesan negatif jangkamasa panjang dengan melemahkan sistem imuniti badan kita.

~ Semoga bermanfaat !

Friday, 14 June 2013

Apa itu Meliodosis ?

Ini adalah medical notes saya yang pertama sejak bekerja dalam sektor perubatan..Sebab saya memilih untuk menulis mengenai penyakit ini adalah kerana akhir-akhir ini penyakit meliodosis semakin menular.. Membuatkan saya lebih alert tentang penyakit ini... Betapa bahayanya meliodosis hingga boleh meragut nyawa..

Saya akan terangkan serba sedikit mengenai meliodosis yang saya ketahui...

Kenali meliodosis....  Apa itu meliodosis...?


Melioidosis adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Gram-negatif, Burkholderia pseudomallei, yang ditemui di dalam tanah dan air. Ia wujud dalam bentuk akut dan kronik. 


Simptom Meliodosis

Gejala boleh termasuk sakit di dada, tulang, sendi atau; batuk jangkitan kulit, nodul paru-paru dan pneumonia.

Meliodosis akut

Untuk pengetahuan anda...akut bermaksud yang berlaku secara mengejut dan teruk dalam masa yang singkat. Seorang pesakit dengan melioidosis aktif biasanya hadir dengan demam. Kesakitan atau gejala-gejala lain yang memerlukan tumpuan secara klinikal , terdapat dalam kira-kira 75% daripada pesakit.

Gejala tersebut termasuk batuk atau sakit dada berhubung dgn selaput dada yang menandakan radang paru-paru, tulang atau sakit sendi menandakan osteomielitis atau septik artritis, atau selulitis. Jangkitan intra-abdomen (termasuk hati / atau yg berkenaan dgn limpa abses, atau abses prostatik)

Meliodosis kronik

Melioidosis kronik biasanya ditakrifkan sebagai tempoh gejala melebihi 2 bulan dan berlaku dalam kira-kira 10% daripada pesakit.Secara klinikal, pesakit melioidosis kronik hadir dengan simptom yang pelbagai termasuk  jangkitan kulit yang kronik, ulser kulit dan nodul paru-paru atau  pneumonia kronik, yang sama seperti tuberkulosis (batuk kering),  melioidosis kronik boleh menyerupai tuberculous pericarditis. 

Bagaimana mencegah

B. pseudomallei biasanya didapati pada tanah ataupun air yang telah tercemar khususnya semasa banjir ataupun kawasan berlumpur ... Pastikan anda mendapatkan bekalan minum air yang bersih untuk mengelakkan jangkitan ini.
Perlu diketahui vaksin penyakit ini belum ditemui dan rawatan adalah berdasarkan simptom-simptom yang hadir pada pesakit...

Rawatan pesakit yang telah terdedah

Pesakit yang telah terdedah kepada meliodosis biasanya dirawat dengan ubat antibiotik secara intravenous...

Golongan yang berisiko

Adalah mereka yang menghidap penyakit diabetis mellitus,pesakit thalasemia, pesakit buah pinggang,pesakit cystic fibrosis dan para petani ...Jangkitan dipercayai berpunca daripada kulit yang terbuka atau luka...dan sedutan aerosolized B..

Thursday, 29 November 2012

Kenali kanser servik (HPV)

Kanser servik merupakan kanser kedua tertinggi dikalangan wanita seluruh dunia.

Apa itu virus HPV

Virus hpv ataupun nama panjangnya human papilloma virusmerupakan sejenis jangkitan virus yang paling kerap berlaku disaluran reproduktif .
Terdapat lebih 100 jenis virus hpv. Dari  jumlah tersebut sebanyak 40 jenis telah dikenalpasti boleh menjangkiti kawasan genitalia.

Virus HPV boleh dikategorikan sebagai HPV berisiko tinggi dan HPV berisiko rendah.

Virus HPV berisiko tinggi – HPV jenis 16,18,31 dan 45. Virus ini boleh menyebabkan kanser servik. Jangkitan HPV berisiko tinggi ini biasanya berlaku pada wanita muda yang aktif dalam aktiviti seks.
(Jangkitan HPV boleh menyebabkan keabnormalan sel yang seterusnya perlahan-lahan kanser)

Virus HPV berisiko rendah – Jarang sekali menyebabkan kanser. Ia hanya meyebabkan kejadian ketuat pada alat sulit.

Tanda-tanda dan gejala

Tiada sebarang gejala. Ramai individu HPV tidak menyedari mereka telah dijangkiti. Virus boleh tinggal dalam tubuh individu tersebut untuk tempoh yang lama atau seumur hidup tanpa simptom.

Punca HPV

1.Sering bertukar pasangan seks
2.Sistem imun badan lemah.

Ujian status jangkitan HPV

Anda yang telah berkahwin ataupun aktif secara seksual digalakkan menjalani pemeriksaan pap smear secara berkala. Ujian ini penting untuk mengesan perubahan sel yang berlaku pada servik. Pengesanan awal penting kerana seseorang wanita boleh dijangkiti lebih dari 1 jenis virus HPV.

Rawatan HPV

Belum ada rawatan untuk menyembuhkan jangkitan ini. Bagaimanapun, lesi pra kanser servik boleh dirawat pada peringkat awal.

Vaksin pencegah HPV

Penggunaan vaksin HPV mengurangkan jangkitan HPV dan memberi 70% perlindungan daripada jangkitan HPV merbahaya jenis 16 dan 18. Vaksin ini merangsang penghasilan antibodi daripada tubuh bagi melawan jangkitan ini.

Sumber artikel : KKM

Saturday, 19 May 2012

Bagaimana menggunakan termometer manual

Termometer manual mengukur darjah kepanasan badan lebih tepat berbanding digital. Benda ini nampaknya mudah je tapi kenalah tahu teknik yang betul menggunakannya.


Sebelum menggunakan termometer ni, lihat termometer anda.. pastikan darjah termometer kurang daripada 35'celcius.

Jika lebih, goncangkan termometer sehingga suhu turun dan kurang daripada 35' celcius.

Jangan pegang bahagian merkuri semasa mengoncang, pegang bahagian hujung termometer yang satu lagi. (Merkuri berwarna silver)

Termometer ini boleh diletakkan di bawah lidah, ketiak, dan rektum.
Tetapi bahagian yang biasa adalah secara oral (dalam mulut) dan bawah ketiak.

Untuk bayi anda, kepitkan pada bahagian ketiaknya apabila mengukur suhu bagi tujuan keselamatan. Anda perlu menunggu selama 5 minit untuk mendapatkan keputusan yang tepat. Berbeza melalui oral, tempoh masa adalah selama 3minit sahaja.

Menyukat suhu melalui oral tidak digalakkan bagi bayi, kanak-kanak yang belum boleh menerima arahan dan orang yang mempunyai mental tidak seimbang kerana risiko termometer pecah dalam mulut dan termakan merkuri yang terkandung dalam termometer.

Semoga tips dan panduan mudah ini dapat membantu anda ~