Monday, 12 October 2015

Idea Bisnes Untuk Wanita : Siapa Kata Jahit Baju Tak Untung ?

Bicara tentang bisnes, semua wanita tak kira bekerja atau suri rumah berlumba-lumba hendak mencari duit tambahan. Pendek kata, siapa tak ingin hidup senang ?. Bila si suami sahaja bekerja, meskipun bergaji 4 angka, masih rasa tak cukup.

Terlalu banyak hiburan dalam dunia ini. Hinggakan kehendak pun jadi keperluan. Contohnya, internet. Tak aman hidup jika tak touch phone screen. Bagai nak gila rasanya jika tak tengok internet dalam sehari..^_^

Masa suami saya sahaja yang bekerja pun, rasa amat tak cukup plus tension. Rasa tak puas selagi tak pegang duit sendiri. Disinilah saya mula mengenali dunia blogging, dropship,ebay,affiliate, multi level marketing (MLM), pelaburan dan pelbagai lagilah. Ho ho.. 

Tapi, selepas dah mula bekerja. Ia dah lenyap begitu sahaja. Saya hanya fokus pada dunia blogging yang on and off. Itupun sebab minat buat artikel dan berkongsi info.

Apa yang saya lihat trend zaman ini lebih suka kerja yang santai. Contohnya, promosi produk menggunakan media sosial.

Fuh ! Banyak juga iklan yang tak menyedapkan mata setiap kali buka facebook. Sarat dengan iklan. Kerja jahit menjahit ni dianggap klasik. Kurang popular dikalangan belia moden.

Okay..

Balik pada idea bisnes jahit, siapa kata tak untung ?

One of my friend pernah kata, `hendak berbisnes, jangan jadi tukang jahit. Tak untung pun.'

Saya berfikir panjang juga hal ni. Dan, pendapat saya kenapa pula tidak ? of course untung !!

Ketika mula-mula melakukan bisnes jahit ni, sudah tentulah kita akan mengeluarkan sedikit modal. Sama juga jika nak memulakan bisnes lain. Contohnya hendak beli mesin jahit, mesin tepi, benang dan pelbagai lagi keperluan lain. 

Acap kali juga saya melihat 'bisnes tanpa modal' diiklankan.. Tak perlu percaya okay. Semua memerlukan modal tak kira sekecil mana pun. Nak buat blog pun. Kena bayar. Bayar internet saja .. :-P



Jika anda tidak cukup budget, mesin boleh diambil secara ansuran. Meskipun bayarannya dua kali ganda, namun sakit untuk membayarnya lebih terasa jika anda bayar sekaligus. Ho ho..

Betul kan ? Inilah permainan psikologi. 

Nak jahit, tak perlu beli apa-apa pun. Pelanggan dah sediakan kain. Tinggal jahit dan ambil upah sahaja.

Apa anda nak jahit. Terpulang. Anda boleh fokus kepada baju wanita sahaja, pakaian kanak-kanak, baju uniform, coat... Semuanya pasti mempunyai permintaan. 

Bagi wanita yang tidak bekerja, bidang ini boleh tahan juga. Tapi bagi anda yang melakukan secara part time ataupun dari rumah, agak sukar kerana bukan mudah pelanggan tahu pasal perkhidmatan jahit kita jika tiada kedai. Tak perlu buka kedai bagai butik. Gerai jahit biasa pun ramai juga pelanggan.

Biasanya musim perayaan, permintaan untuk menjahit pakaian akan naik mendadak. Contohnya, hari raya. Banyak permintaan sedondon untuk ahli keluarga.

Bahkan, ada tukang jahit yang saya tanya mampu menjana lebih dari Rm200 sehari ketika hujung tahun. Itupun membaiki uniform sekolah sahaja, seperti potong seluar.

Kedai jahit yang saya biasa membuat tempahan uniform, mempunyai ruang kedai yang kecil sahaja. Tapi disebabkan kedudukannya yang cukup strategik. Berdekatan dengan quarters kakitangan perubatan. Pelanggan yang datang berlimpah ruah. Sepasang uniform berharga Rm80. Ini disiapkan dalam tempoh sebulan- 3bulan. Bagi urgent order pula, Rm120 sepasang. Siap dalam tempoh 3-4 hari.

Jika anda mampu menjahit uniform macam ni 4-5 pasang sehari termasuk urgent order. Keuntungan yang diperoleh mampu mencecah Rm500 sehari. Fuh ! Gaji saya sehari pun tak sampai separuh dari itu.

Tak untung ke tu ?

Bidang jahitan tak terhad kepada pakaian sahaja. Ada banyak produk yang anda boleh hasilkan dengan bidang jahitan seperti beg, cadar, langsir dan pelbagai lagi. Bukankah ia juga satu kelebihan dan manfaat untuk anda sendiri.. ^_^.. Tak payah membazir. Semua boleh D.i.y ...

Nak bermula dalam bidang jahitan, kenalah tahu menjahit. Bagi pemula, bukan mudah untuk menjahit. Nak menggunting pun satu cabaran. Kenalah banyak sabar. Practice definitely make perfect. Lama kelamaan pasti menjadi. Join mana-mana kursus jahitan yang berdekatan dengan anda.

Jangan salah faham ya ^_^.. Saya tidak mempromosikan kursus jahitan. Jika anda tanya saya mana nak join. Saya sendiri kurang arif. Pembaca yang hendak share informasi buat reader lain, boleh komen dibawah.

So, apa pendapat anda tentang bidang ini. ? 

Semoga entri ini sedikit sebanyak membuka mata anda mengenai keuntungan dalam bidang jahitan...


18 comments :

  1. Bagi saya,kalau jahit sendiri untung x berapa byk..kalau ade pekerja,mungkin pndapatan lebih. Sbb mcm dlm contoh siapkn 4-5 psg uniform dlm masa sehari..mmg nmpk mcm byk tp kalau kudrat seorang je,mmg x terjahit byk tu

    ReplyDelete
  2. sya mmg suka mjahit, kemahiran sudah ada,skm pun ambik tp sygnya tiada modal untuk mmbeli mesin yg terkini, sperti yg sya thu,mjahit adalah minat sye dri kecik smapai sekarang tp hampa sye miskin tiada apa2 nk dbeli sbagai modal dn sya merupakn seorang janda ank 1, setelah diceraikan oleh suami,,

    ReplyDelete
  3. Anonymous..sy simpati dgn puan..
    Kalau nak memula kan menjahit xperlu utk beli mesin jahit yang terkini..kalau dekat singer pun ade mesin yg biase2, tp byran bulan2 pun murah juga..
    Sy doakan urusan puan dipermudahkan dan dimurah kan rezeki ye..

    ReplyDelete
  4. Saya menjahit...tapi amat payah nk dapat costumer....dh mcm2 buat iklankan kt fb lah..pesenel lah....tp.tak de satu pon feedback...last2 sya give up buat baju sendiri aje

    ReplyDelete
  5. Astaghfirullah kak. Jangan sesekali giveup. Tiada sorang yg sempurna. Yang dari awal takda silap. Benda tu lah boleh bantu kita menjadi yg lebih baik. Tanpa pengajaran kita tak akan matang

    ReplyDelete
  6. Ada tak cara lain buat marketing bisness ni

    ReplyDelete
  7. Saya dan isteri niaga Jahit di rumah. Nak share tips sikit.

    Buat satu banner, gantung di pagar rumah. "Khidmat jahitan dan ubahsuai pakaian, Sila hubungi ***-****** nombor"

    Bina satu page facebook.

    Bina satu blog. Ada satu entry pun takpe asalkan ada info yang Boleh di Baca.

    Insya Allah, customer akan datang.. tak Banyak, sikit.. sebagai permintaan, okay gak kan? :)

    Sekian.

    ReplyDelete
  8. Memang boleh sangat untung. Mak saya sendiri buat bisnes menjahit baju sampai la anak-anak semua dah keje..

    ReplyDelete
  9. Jangan pandang rendah dengan keupayaan sendiri.. bertahan,bekembang dan berterusan..
    Itu prinsip yg sy pegang sejak 2 tahun lepas.. bukan senang nak bisnes dari rumah.. tahun pertama memang agak susah tapi kena rajin iklan.Saya tukang jahit area ipoh. Alhamdulillah rezeki menjahit tak pernah putus walaupun saya jahit dirumah saja,dan jiran2 tak tahu pun saya tukang jahit. 1 januari 2018 segala kerja menjahit akan beroperasi di kedai pulak..di station18 ipoh, alhamdulillah syukur. jangan sesekali giveup yea kawan2

    ReplyDelete
    Replies
    1. slm, boleh mintak nombor hp,atau nama kedai tak. nak mintak pandangan dan ajukan beberapa soalan

      Delete
  10. Saya minat menjahit..tapi kurang pandai hal pengurusan masa. Modal pun kurang. Mesin jahit pun dah selalu meragam. Tolong beri tunjuk ajar ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya nasihatkan awk panggil tukang servis mesin jahit ... biar kena bayar brp pun ...harapnya berpatutan. kemudian minta nasihat dia mcm mana nak jaga mesin jahit supaya tidak mudah meragam.Menjahit tak perlu modal yg banyak ...beli kain2 yg murah ...kain dlm bakul kat kedai kain , buat baju untuk diri kita ke atau untuk anak jiran ke ...bagi percuma pd dia...kena bg orang pakai baju yg awk jahit..yg ptg pakai selesa dan jahitan kemas dan cantik...

      Delete
    2. salam .... saya cdgkn awak panggil tukang servis mesin jahit yg mahir..

      Delete
  11. Pengamalan ambil upah jahit tahun 2007, time tu tgh jalani SLS (sistem latihan siswazah)....maknanya menjahit part time la, beli mesin jahit cap ayam harga rm200 je...jahit tepi upah kt kedai, masa tu tinggal umah sewa.... Memang gigih sgt sbb duk kt bandar xde transport pegi n balik kje, jln kaki je...amik kain kt kedai upah jahit tepi pon jln kaki...tp sebab nk tambah duit poket, gigihkan jgk....boleh la mkn mewah ckit, nk harap gaji yg 2 3 bln baru dpt jenuh la...huhu

    Tapi klu ada bakat menjahit, in shaa Allah campak mana pon boleh hidup...

    ReplyDelete
  12. Saya ada degree in fashion..smua serba boleh..arwah mak ajar mnjahit masa darjah 6 (dah start buat bj melayu)..bermula dr design hgga siap sepsg baju..kemahiran sy mnjait bj wanita/kelaki/kanak/uniform/tshirt..pelbagai alteration beg,jeans,kasut..pernah mengajar kolej swasta..buka kelas..once dah berkahwin suami x benarkan kerja..buat jahitan di rumah je..tu pun skit2 je..x mampu dr segi masa sbb uruskan anak2..customer regular ramai..org yg sama dah berbelas tahun..sy x pernah iklankan..mmg allah beri rezeki berlimpah ruah..tapi skrg, yg mnjdi masalah..suami baru2 ni suarakan hasrat hati utk buka bisnes dgn sy..dia dah bosan kerja makan gaji..dia nak bantu sy urus kedai..sbb dia pun art designer..yg mnjadi masalah besar..dlm diri sy ada sifat "malas"..sy sepatutnya buang jauh sifat malas tu supaya hidup lebih berjaya..org lain semangat nak bljr mnjahit..sy pulak dah ada kelebihan tapi malas..mgkin sbb dah biasa dok umah..jadi malas..smua suami sediakan..ada sesiapa boleh jadi kawan sy..boleh wasup sy ya..cik ct dr batu 9 cheras..018 2351736

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum , saya juga berminat untuk membuat bisnes dalam bidang jahitan ni.saya betul2 harap saya dapat bertahan sehingga berjaya nanti. 😊terima kasih sis atas perkongsian .

    ReplyDelete
  14. saya mula menjahit serius lps hbs spm..hbs bljar buat praktikal n terus berkerja sbgai tukng jahit..lps kawin bhti kerja buat sndri di rumah..permulaan agak slow sbbnya kite tak ada cust lgi..sya ada buat iklan di fb dan baner dpn umah mnyatakan kite menjahit di rumah..alhamdulillah..lame kelamaan cust dh tahu kite menjhit dirumah..dari situ mulut ke mulut heboh..skrg xsempat plak kite nak siapkn bj cust..jgn bhti menjahit..terus kn je..

    ReplyDelete

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.