About Me

Hai~

Terima kasih kerana berkunjung ke ruangan ini dan berminat untuk mengenali siapa penulis blog... Saya akan menceritakan mengenai perihal saya yang cukup ringkas ... ^_^

Pada mulanya saya hanya ingin menghasilkan entri perjalanan saya sepanjang menulis blog, namun entri ini nampak cukup berharga buat saya. Oleh itu, saya khaskan ruangan about me ini mengenai saya dan suka duka dalam dunia blogging.

Siapa saya ~

Saya adalah seorang ibu, anak, kakak, adik, isteri dan blogger. Saya berasal dari negeri di bawah bayu Sabah yang merupakan suku kaum kadazandusun.

Pada tahun 2015, saya berusia 27 tahun.  Saya merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarga. Di usia 27 tahun, saya sifatkan diri ini bukan seorang yang matang dan tidaklah strong enough menghadapi cabaran hidup. Tetapi, sedikit demi sedikit saya cuba 'pecahkan' tembok negatif ini..^_^

Saya dan dunia blog ~
Saya adalah seorang silent blogger a.k.a blogger senyap yang memulakan dunia penulisan sejak tahun 2011. Dalam erti kata lain, saya adalah anonymous blogger. Saya masih melakukan blogwalking tapi teramatlah jarang. Hendak meninggalkan komen tu pun sama.

Dunia ini bermula atas dorongan suami. Kebetulan pada waktu itu, saya hanya berniat untuk menambah wang saku lebih. Jadi ia jadi blog yang agak huru hara tanpa kandungan yang cukup berilmiah. Saya bermula dari 0.. Tanpa sebarang ilmu mengenai blog.

Sehingga ke hari ini. Telah banyak blog yang saya rosakkan. Saya harap blog ini tidak akan menjadi mangsa yang seterusnya. Kata orang itu betul. Pengalaman adalah master kepada kita. Ia tidak boleh dibeli dimana-mana.

Setelah masuk ke alam pekerjaan dalam sektor perubatan pada tahun 2013. Penulisan blog saya terhenti hampir setahun. Itupun atas faktor yang pelbagai. Sukar untuk saya bahagikan masa. Ada masa, saya akan menulis blog.

Hingga ke hari ini, saya masih belajar membahagikan masa. Waktu kerja saya adalah syif. Ia tidak menentu. Apabila cuti, saya masih akan bangun awal. Menguruskan anak dan pekerjaan rumah kemudian barulah bergegas untuk menulis blog.

Tahun 2015 adalah tahun yang paling gemilang buat blog saya. Setelah blog sebelum ini lingkup, saya menubuhkan lagi blog sekarang ini pada mac dan fokus untuk isi dan konten blog sahaja. Instead of making my blog super duper queen looked !

Saya masih dalam proses menghasilkan entri yang berkualiti untuk pembaca. Entri yang sebaik-baiknya engaged dengan pembaca blog. Proses ini buat saya lebih fokus dan meminati dunia blog. Blogging is for fun. Semua idea dan pendapat boleh kita kongsikan diblog.

My Bff and blog entry
Setiap individu yang berkahwin mendapat bonus dalam hidup iaitu bestfriend forever....ho ho...so do I... kebanyakan idea bernas blog ini datang dari my husband.. so, most of my blog entries terutamanya soal pengalaman hidup pasti ada mention pasal my husband...

My Diy Project
Tatkala wanita membicarakan soal kosmetik, beg tangan dan aksesori, penulis pula jarang ambil tahu pasal tu. Bukannya tak suka.Tapi kurang berminat.  Penulis lebih suka aktiviti yang lebih klasik. Contohnya berkebun, menjahit dan memasak.  Ini termasuklah projek buat barangan kraftangan sendiri. Penulis ada mewujudkan PAGE koleksi tutorial untuk mereka yang berkongsi minat yang sama.

~ Harap anda terhibur membaca tentang saya  ^_^









3 comments :

  1. Salam perkenalan. Saya Siti Hajar baru mula jatuh cinta dan ingin belajar diy kraftangan. Tiada asas langsung tapi bersemangat nak belajar dan buat bila tengok kretiviti dan hasil dari orang lain. Semoga ilmu yang saya dapat dari awak dapat saya manfaatkan dengan baik.

    ReplyDelete
  2. Salam kenal dari sis... sis juga meminati bidang kraf

    ReplyDelete
  3. Salam kenal. Saya juga pegawai perubatan yang bekerja sendiri sekarang. Minat sangat dengan seni dan kraft terutama barangan kraft bayi ssperti headband dan juga pasang impian utk belajar menjahit baju bayi. I'm so lucky I found your blog.

    ReplyDelete

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.