Kehebatan sains di negara Jepun lebih terbukti dengan kehadiran ciptaan robot menyerupai manusia yang diketuai oleh saintis Jepun Profesor Hiroshi Ishiguro. Beliau telah menghabiskan selama 20tahun untuk mencipta robot seperti manusia.
Selama beberapa tahun, Universiti Robot Osaka telah menghasilkan banyak prototaip. Bagaimanapun pameran robot 'android' yang dihasilkan pada tahun 2014 amat menarik perhatian kebangsaan dan seluruh dunia.
Kumpulan robot yang dipamerkan termasuklah wanita robot dewasa (otonaroid) dan Kanak-kanak robot (kodomoroid juvenil) serta robot bayi (telenoid), yang lembut untuk dipegang dan dipeluk. Kesemua tiga jenis robot ini dicipta dengan tugas yang spesifik.
Otonaroid betindak sebagai penyampai mengenai sains robot di muzium sepanjang pameran itu.
Tugasnya termasuklah membalas perbualan satu persatu pengunjung , yang mana Ishiguro percaya mampu meningkatkan keselesaan terhadap pengunjung.
Bagi telenoid pula, patung bayi ini amat seronok untuk dipeluk. Ia juga berkemampuan untuk bercakap ayat-ayat yang ringkas.
Ini bukan ciptaan pertama yang mengagumkan daripada Profesor Ishiro. Antara ciptaan lain beliau adalah robot replika dirinya sendiri yang dihantar untuk melakukan ceramah dan lawatan ke peringkat antarabangsa.
Semoga terhibur !
No comments :
Post a Comment
Pesanan Editor ^_^
Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.