Thursday, 16 June 2016

Review Pengalaman : Ada Apa Dengan Hada Labo ?

Ada apa dengan hada labo ?? ^_^

Hada labo merupakan produk yang ingin saya cuba sejak dulu. Kali ini barulah berkesempatan mencuba produk ini dan menulis mengenainya sekaligus. Harganya memang boleh tahan mahal. Tapi, masih boleh dikatakan mampu milik. Lagipun sebotol hada labo ni boleh tahan hingga beberapa bulan. Apatah lagi kalau tak konsisten macam saya...:-)

Sedikit mengenai hada labo

Hada labo juga bermaksud makmal kulit. Ia 'dilahirkan' di jepun. Yang mana buat saya lebih yakin dengan produk ini, kesesuaiannya dengan kulit wanita asia. Hada labo memang cukup popular di jepun. Ada produk hada labo yang terjual setiap dua saat di jepun. Fuh ! Boleh tahan bukan ?

Hada labo dihasilkan berdasarkan sains berteknologi tinggi super hyaluronic acid. Asid hyaluronic (HA) adalah bahan semulajadi yang terdapat dalam tubuh kita yang menarik dan mengekalkan air. Ia bertindak sebagai pelembap atau pelincir pada mata, sendi, kulit dan tisu.

Ketika kita kanak-kanak atau remaja, tubuh kita dengan mudah menghasilkan bahan ini. Namun, seiring dengan peningkatan usia dan pendedahan kulit terhadap sinaran UVA dan UVB, penghasilan hyaluronic acid juga berkurang. Hasilnya kelembapan dan elastisiti kulit berkurang.

Kulit kering mempunyai PH yang lebih tinggi. Manakala produk hada labo mempunyai PH sesuai sekitar 5.0 hingga 6.0. Super hyaluronic acid (SHA) berupaya mengisi semula hidrasi kulit dua kali ganda.

Ada banyak skincare hada labo. Tapi, saya lebih familiar dengan tiga set. Iaitu set untuk kelembapan kulit, ( warna putih ) set untuk mencerahkan kulit ( warna biru ) dan set untuk anti penuaan (warna merah ).

Sebelum mencuba hada labo, rajin juga saya google. Rata-rata review mengenai hada labo positif  belaka. Sayangnya, tiada produk hada labo yang dikhaskan untuk kulit bermasalah seperti jerawat.

Ada dua jenis skincare sahaja yang saya gunakan. Saya tak gunakan satu set penuh. Sebab kulit saya ni susah nak setia dengan satu brand. Skrub wajah, bb krim, toner yang saya gunakan adalah brand lain.

So, saya pun pilih hada labo yang ini..Produk hada labo Gokujyun untuk melembapkan kulit. Pencuci wajah serta hydrating lotion. 


Sebelum menggunakan hada labo, kulit saya agak teruk juga. Dehidrasi melampau. Kulit wajah nampak kering dan teksturnya merekah. Kulit saya juga mudah mengelupas. Selain itu, saya mengalami masalah jerawat kerana wajah masih berminyak walaupun nampak kering. Mungkin juga disebabkan penggunaan produk yang tidak sesuai sebelum ini.

Hydrating face wash

Pencuci wajah hada labo (putih) terbahagi kepada beberapa series okey..ia mempunyai fungsi yang berbeza. Yang saya gunakan sekarang adalah untuk kelembapan.  Anda boleh bezakan dengan melihat warna depan pencuci wajah. Untuk melembap, ia berwarna hijau. Harganya mahal sedikit berbanding pencuci wajah lain.



Dah hampir tiga bulan juga saya menggunakan hada labo. Pencuci wajah memang saya gunakan dengan konsisten dua kali sehari. Setakat ini, saya selesa menggunakannya.



Simple... colourless.. odorless...

Ha..boleh tengok kandungan hada labo disini :-)

.
Ia bebas pewangi, mineral oil, alkohol serta pewarna.

Cara gunakannya mudah sahaja. Cuci wajah dua kali sehari seperti yang disyorkan oleh pakar kulit. Letak pada tapak tangan, basahkan dengan air. Kemudian, urut secara lembut dan membulat agar lebih mudah meresap. 


Hydrating lotion

Sekali imbas, kita mesti sangka losyen ni adalah toner. Losyen ini juga antara produk hada labo yang hangat di pasaran. Saya mula tertarik untuk mencuba losyen hada labo ini setelah tertarik dengan iklan hada labo. Hanya perlu tepuk-tepuk sahaja pada wajah. Hoho...


Losyen ini berharga sekitar Rm50 ++.  Tak perlu guna banyak losyen ini. Hanya beberapa titis sahaja. Kemudian, tepuk secara lembut pada seluruh wajah. Lakukan hingga rasa melekit pada tangan hilang. Losyen ni memang jimat dan tahan sehingga beberapa bulan.

Setakat ini, losyen hada labo saya masih banyak. Belum capai pun separuh. Maklumlah saya hanya gunakan ketika berehat di rumah atau sebelum tidur. Jarang saya gunakan untuk ke tempat kerja kerana wajah nampak lebih kilat. Ia tidak mengawal minyak pada wajah ya T_T..

Setakat ini, masalah kulit kering saya memang dah selesai. Namun, masih berminyak. Jerawat still on and off. Hada labo bukanlah produk antibakteria. Oleh itu, untuk kulit bermasalah jerawat agak kurang sesuai. 

Jika anda berniat untuk mencuba hada labo, mulakan dengan starter pack dulu. Jika availablelah ya :-) Setakat ini saya masih setia dengan hada labo. Nak beralih pada yang lain, rasanya belum ada yang menarik di hati..hoho...
















6 comments :

  1. Kl kulit berjeragat cmne pula ye? Ade review positif x ttg hal ni?

    ReplyDelete
  2. kalau anda ada masalah mengenai jerawat..sya syor kan pakai product aiken tea tree oil pure..tea tree oil mmg bagus utk jerawat

    ReplyDelete
  3. Hada Labo ni mmg tak sesuai utk jerawat ke?

    ReplyDelete
  4. kalau untuk hilangkan parut jerawat okay tak? ada kesan healing tak kalau peringkat awal guna produk nie?

    ReplyDelete
  5. Sy baru beli pencuci muka hada labo. Dan setakat dah dekat 2 minggu pakai,saya rasa serasi.

    Pencuci yg sy beli tu khas utk kecik kan liang pori.

    Makin semangat pulak nak beli lotion.hehe

    ReplyDelete

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.