Tuesday, 8 July 2014

Saya Adalah Pengguna Proton Suprima S. Baca Pengalaman Saya.

Menjadi pembeli suprima S pada tahun pertama ia dilancarkan sememangnya buat saya teruja.

Namun...

kegembiraan itu tak bertahan...

walau sejam pun...

Tujuan saya menulis artikel ini bukan untuk memburukkan proton atau siapa pun. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sepenuhnya sebagai pengguna proton suprima S.

Apa yang best pasal suprima S bagi saya ?

Sememangnya design suprima S sangat cantik dan saya amat berminat pada design hatch back. Bahagian interior Suprima S bagi saya cukup mewah.



Tempat duduk belakang suprima S boleh ditarik jika anda perlu letak banyak minuman. Sangat mudah bagi saya terutamanya jika membawa anak bersama.Saya biasanya bawa air mineral untuk anak dan diri sendiri. Dan suka minuman ringan untuk perjalanan jauh. Jika anda perlu ruang lebih luas, tolak dan tutup saja bahagian ini. Tempat duduk belakang cukup selesa bagi saya.

Suprima s menyediakan kemudahan yang baik untuk lock kereta bagi penumpang yang duduk sebelah driver. Lock kereta berada di dashboard sahaja. Dekat dengan anda.


 Lagi Pasal Suprima S :

-Memang fully auto. Bahagian but kereta tidak mempunyai kunci ya. Anda perlu buka dari dalam kereta sahaja. Tapi jika bahagian ini bermasalah. Memang payah.Kerana anda tidak boleh buka secara manual.

-Auto wipe apabila hujan.. Semakin lebat hujan.wiper juga bergerak lebih cepat. 

-Lampu kereta akan hidup secara auto apabila detect hari semakin gelap.

-Gear akan turun sendiri apabila turun bukit.Jadi kereta anda akan auto slow. Namun bunyi yang dikeluarkan sangat annoying. Terlalu kuat.

-Aircon sangat sejuk. Its make you totally freezing. Tapi sangat selesa ketika cuaca panas.

Sebelum membeli kereta proton, saya buat sedikit research pada kereta keluaran proton.Tidak kurang juga yang mengalami masalah dengan kereta proton. Pelbagai masalah yang telah saya baca. Mulanya saya dan suami berpendapat jika menggunakan kereta dengan cermat dan menjaga kereta dengan baik. Tiada masalah seperti semua tu.

Tidak semua pengguna menghadapi masalah dengan proton. Abang saya juga merupakan pemandu proton saga tapi semuanya baik-baik saja.Pengguna mendapat kereta bermasalah adalah kemungkinan dalam nisbah 1:1000.. 2: 1000 atau 3: 1000..tapi, Saya agak terkilan juga saya antara pengguna yang mendapat kereta bermasalah.

 Saya menggunakan proton suprima S baru sahaja 6 bulan dan agak banyak masalah yang saya hadapi.

Pada hari pertama saya mengambil proton suprima S. Rasa sangat teruja. Tidak dapat dinafikan proton suprima S cukup luas, besar dan selesa. Namun saya dan suami mendapati aircon tidak berfungsi dan terdapat leaking minyak hitam. Kami terpaksa kembali semula ke pusat proton. Kami telah diberitahu ruang yang menyimpan gas aircon telah bocor dan minyak hitam yang tumpah kemungkinan dari tempat yang sama. Ruang aircon.

Namun setelah box itu diganti kepada yang baru. Kami mendapati masih ada minyak hitam yang tumpah. Kami rujuk masalah ini semula ke pusat proton yang lain. Agak lama juga mereka detect masalah ini hingga seluruh enjin terpaksa dikeluarkan untuk melihat bahagian yang bermasalah. Akhirnya kami diberitahu banyak skru yang didapati longgar dan mereka telah mengetatkannya semula. Kami juga diberitahu kami bernasib baik kerana telah bawa suprima S lebih awal kerana masalah ini boleh menyebabkan kereta hilang kawalan semasa pemanduan dan boleh menyebabkan kemalangan. Sungguh mengecewakan.

Pada masa yang sama, suprima S saya bermasalah pada bahagian but kereta. Kalau nak buka but kereta kena ikut nasib. kadangkala tarik button boleh buka. kadangkala tidak. Pernah juga sampai beberapa hari tak boleh buka.

Masalah ini selesai selepas 2x pergi repair di pusat proton. Lepas masalah ini settle, Kami menyedari sensor depan telah hilang. Mungkin kesilapan juruteknik semasa membaiki but kereta.

Masalah yang saya hadapi sehingga kini ialah enjin kereta akan mati enjin kadangkala jika reverse ke area bukit.
Pada baru-baru ini, suprima s saya telah dihantar lagi ke pusat proton kerana overheat. Kami diberitahu bahagian connector ke kipas telah hangus terbakar. Juruteknik memberitahu ini adalah masalah common pada proton preve. Ini bermaksud proton telah menghasilkan sebuah kereta baru tanpa memperbaiki masalah pada kereta lama. Sebuah badan yang baru tapi isinya tetap lama.

Setakat ini saya masih belum pergi memperbaiki sensor depan dan reverse ke area bukit kerana kekangan masa.

Harga keseluruhan kereta suprima s saya termasuk OTR adalah Rm105,000. Saya adalah pengguna dari sabah. Rasanya tidak berbaloi dengan masalah yang saya hadapi kini. Dan saya membayar Rm940 setiap bulan bagi kereta ini. Campur dengan kos minyak kereta yang cukup mahal. Penggunaannya adalah seperti air. Sekejap saja dah perlu refill.. saya biasanya menghabiskan Rm500-Rm600 setiap bulan untuk minyak kereta sahaja. Wajarlah mahal dengan jarak ke tempat kerja yang mengambil masa sejam setiap hari.

Warranty bagi proton suprima S adalah sepanjang 5 tahun. Walaupun percuma, tapi bagi saya kerosakan yang saya tanggung ini sangat merugikan masa dan tenaga.

Rancangan saya pada masa hadapan ?

Saya tidak bercadang untuk mencantikkan kereta atau menambah aksesori apa pun setakat ini. Saya dan suami membuat keputusan untuk trade in sahaja bila cukup tempoh matang.

Jika anda bercadang untuk membeli kereta. Saya amat mencadangkan anda untuk beli kereta yang mendapat banyak review positif dari pengguna. Salah satu contoh kereta yang cukup berkualiti yang saya tahu adalah brand toyota. Buatlah pilihan yang bijak kerana kita pakai kereta untuk tempoh yang lama. Harganya pula bukannya murah dan boleh dijual dengan mudah.

Update 28 disember 2015 : Hai ! Saya bakal let go proton suprima S. Baca lebih lanjut disini ;

Trade-in kereta proton kepada perodua ; bakal let go proton suprima S !

22 comments :

  1. Nasib puan sama seperti saya...kereta proton memang bermasalah...proton tak ada kualiti.

    ReplyDelete
  2. nasib ja smua tuh..sya pkai perdana thun 2000 smpai skrg cemerlang.. rosak parts skit pon kes dimamah usia.. tuh tgh usha suprima tp mcm tkut lak tgk feedback..

    ReplyDelete
  3. Betul tu, saya pakai proton saga keluaran 1988.. smpi sekarang minyak tak payah isi..

    ReplyDelete
  4. Aku suke betul komen anon23.10 17 nov tu..mmg rare..

    ReplyDelete
  5. Saya pakai suprima S, aircond memang sejuk. Tp kea tukar hose oil cooling

    ReplyDelete
  6. Saya pakai Axia je.. bln2 murah, minyak jimat, space parking lot jimat, boot besar utk hatchback, service terbaik, jarang pergi SC kecuali cukup masa tukar minyak itam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu nasib saudara baik. Mmbr sy pki axia setahun compressor rosak. Compressor tau.

      Delete
  7. hampir nak beli suprima s. tgk feedback seram..

    ReplyDelete
  8. Try search hrga siput turbo tu dgn gearbox brpa ribu. Rosak yg tu mandi x basah. Hahahaha

    ReplyDelete
  9. Pakai proton wira la bro...tahan lasak

    ReplyDelete
  10. Sya bru nk beli suprima yg second hand.. hmm. Seriau jugak kut dngaq feedback camni

    ReplyDelete
  11. Masalah besar tu. Baru nak intai suprima s.

    ReplyDelete
  12. Baru nak beli suprima s....ermm.....

    ReplyDelete
  13. Baru nak beli suprima s....ermm.....

    ReplyDelete
  14. sy dh bkali2 nasihatkan rakan2 sy yg mana berkemampuan beli kereta selain dr proton..bila kita bg nasihat dikatanya kita x sokong buatan malaysia..nk sokong biar btempat..untuk apa sokong kalau terkena mcm sy,tuan2,puan2..rasa x berbaloi nk byr.sakit hati pun ada.

    ReplyDelete
  15. Aku 3 kali guna kenderaan proton. Dari satria, wira smpai persona. Satria n wira biasa r bli pun scond jdi sntiasa ada mslah. Persona bli baru thun 2013. Thun pertama pkai alhamdulillah ok msuk thun ke 2 mula mslah kcil2 ni msuk thun ke 3 dh mula gk msalah so far bukan mslah enjin r. Mslah pernah alami yg agak pelik rasanya patot blom smpai masanya tpi apa nak buat dh nk berlaku(mtor fan aircond,inlet iafm,sensor reverse bhgian dpn atas gearbox,knock sensor,petrol pump,brake pad(tebal lagi tpi 5 6x g check juz hbuk dh addjust n servise msih bbunyi bila break)mnyala check enjin check code error nsib baik, extractor ekzos,(hairan aku boleh crack)cannister purge valve dan stik tmpat check mnyak htam (pelik aku).Mslah yg berlaku mybe dh smpai msanya pula (mounting absober dpn,lower link@tulang anjing,rocker head gasket,pad disc, bateri.(lain2 xigt). Biasa r kadag mslah berlaku bukan ikut usia kreta tpi kdang ikut millage pnggunaan n faktor keadaan jln. Smua jnis kreta boleh jdi cm 2 juz ikut nsib r juz jrag dngar kreta dri pngeluar lain problem bnda2 cmni. Lpas ni cdag nk pkai knderaan dri jnis nissan sbb ketahannya lebih dari honda n toyota nk2 gearboxnya. Nissan Teana trgetku hihi

    ReplyDelete
  16. Saya pakai Suprima dh 2 tahun so far xde major problem....suka layan corner trbaik handling dan pick up setara atau lhb dr normal engine 2.0....
    Ada member pkai conti car lg byk isu dan duit terbang

    ReplyDelete
  17. First batch car mmg camtu kot..tgk la waja ngan preve first batch ari tu

    ReplyDelete
  18. Supirma 2017 ni masih problem yg same ke?

    ReplyDelete
  19. Saya pakai Persona tahun 2009. KM dah 152000, kereta steady jer, tu pun saya hampir setiap minggu ulang alik Alor Setar to Perak. Bukan apa kawan, kita kena jaga kereta seperti kita jaga isteri, kalau main hantam,mana2 kereta pun boleh bagi masalah........

    ReplyDelete
  20. jgn beli suprima ...40k km/h(1.5year) gearbox cvt rosak!dump car ever !

    ReplyDelete
  21. sy gamble ja mula2 nak amik supeima sbb x yakin ngn proton..tp redah jugak..
    Alhamdulillah..setakat saya pakai dah lebih 2 tahun ulang alik kota bharu pendang..suprima xdak masalah..naik bukit dan handling layan kona memang best puas hati.

    ReplyDelete

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.