Monday, 9 March 2015

Tranexamic acid sebagai agen pemutih ? Baca lebih lanjut disini.

Selalu nampak benda ni , tranexamic acid .

Tak tahu pula tranexamic acid ni rupa-rupanya  agen pemutih.

Apa itu tranexamic acid ?

Jika anda mengenali tranexamic acid sebagai agen pemutih , kenalilah juga tranexamic acid adalah ubatan yang digunakan untuk mengawal dan menghentikan pendarahan yang berlaku secara dalaman atau luaran tubuh kita. Contohnya, pendarahan selepas pembedahan , menorrhagia ( Period yang terlalu banyak / terlalu lama / prolonged ) , hemophilia dan pelbagai lagi punca pendarahan.

Tranexamic acid juga bertindak sebagai agen pemutih ?

Tranexamic acid diperkenalkan sebagai agen pemutih oleh shiseido sekitar tahun 1990-2000..Banyak produk kecantikan yang mengandungi tranexamic acid dihasilkan samada krim atau sabun. Ada juga sebahagian yang mengambil ubatan ini secara oral dan injection.

Tranexamic acid dikatakan mampu menentang hyperpigmentasi. Iaitu :

1. Menghalang formasi melanin - mengelakkan pembentukkan sun spot yang disebabkan oleh cahaya matahari.

2. Mengelakkan akumulasi melanin - mengelakkan parut yang diwajah anda cthnya seperti bekas jerawat

3. Membantutkan aktiviti tyrosinase - Mencerahkan bintik hitam dengan mengawal sintesis dan penyebaran melanin. 

Apa perlu anda tahu sebelum consume Tranexamic acid ?

Kekuatan ubat ini adalah 250mg per tablet. Dan 500mg per vial. Jika anda ingin mengambil tranexamic acid secara oral atau iv (intravenous). Adalah wajar untuk anda berjumpa pegawai farmasi ataupun doktor . Terutamanya jika anda  :

-Breastfeeding
- Hamil
- Mengalami masalah saluran darah seperti trombosis.
- Masalah buah pinggang, atau mempunyai darah dalam air kencing anda.
- Selalu kejang / Cramp
- Mempunyai masalah pembekuan darah yang dipanggil disseminated intravascular koagulation
- Mengambil ubat-ubatan lain , termasuk supplemen dan herba
-Pernah mengalami alergi terhadap sebarang ubat-ubatan.
- Haid yang tidak menentu
- Pandangan kabur
- Masalah jantung terutama disebabkan pembekuan pada salur darah
- Makan pil perancang

Bukan untuk diconsume secara suka hati ya ; Pengambilan tanpa pengawasan boleh menyebabkan si pemakai mendapat kesan sampingan yang lebih teruk.

Kesan sampingan tranexamic acid termasuklah : 

- reaksi alergi yang teruk  seperti ruam, gatal.
- kesukaran bernafas, rasa regang didada ataupun kerongkong.
- bengkak pada mulut, muka, bibir, atau lidah.
- Sakit pada kaki atau pembengkakan.
- Sukar kencing atau pengeluaran kencing berkurang
- Kebas dan cramp
- pening teruk
- Pandangan kabur
-Muntah

# Ini hanya dialami oleh sebilangan orang sahaja

Kajian :
Satu kajian telah dilakukan pada 74 wanita China. Masing-masing diberi 2 biji tablet  250 mg setiap hari selama 6 bulan. Kebanyakan mereka mempunyai keputusan yang baik... Daripada 74, 8 mempunyai keputusan terbaik, 40 mempunyai hasil yang baik , dan 23 mempunyai keputusan yang biasa sahaja.

Bagaimanapun , sekitar 10% daripada mereka mendapati : melasma mereka kembali selepas tamat kajian itu.

Tiada kajian yang dilakukan memberitahu bahawa hasil dan keputusan tranexamic acid kekal. Hanya kawalan sementara terhadap melanin.
Jadi kesimpulan mengenai keselamatan dan kemujarabannya yang kekal masih diragui.

Tranexamic acid tidak boleh diconsume lebih dari 6 bulan kerana risiko pembekuan darah yang lebih tinggi dan serangan jantung boleh berlaku. 

Pandangan saya :
 Sebenarnya masih ada banyak agen pemutih diluar sana yang boleh membantu anda. Gunalah produk yang benar-benar dikhaskan untuk pencerahan kulit.

 Walaupun banyak penjual sana yang menegaskan kebaikan tranexamic acid terhadap pencerahan kulit, kesan sampingan ubat ini masih perlu dipertimbangkan. :-)


No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.