Antaranya ialah penggunaan syampu yang terlalu kerap, sensitif terhadap pencuci rambut tertentu, scalp psoriasis, folliculitis (jangkitan pada folikel rambut disebabkan bakteria staphylococcus aureus) dan jangkitan fungus, yis malassezia pada kulit kepala.
Biasanya mereka yang mengalami masalah kelemumur akan mengalami gatal pada kulit kepala juga. Kenapa penting untuk anda rawat masalah kelemumur ini ?
Ianya adalah untuk keselesaan diri sendiri. Pastilah rasa tak selesa jika nak bergaru sepanjang masa. Bila dah mula bergaru sana dan sini, jatuh pula kelemumur ke bahu anda. Nak orang pandang semacam tak ?
Penjagaan kelemumur penting sebagai faktor hygienic dan meningkatkan keyakinan diri anda terutama apabila berada dikalangan orang tersayang, rakan-rakan dan dikhalayak ramai.Untuk pengetahuan anda , kelemumur yang tidak ditangani dengan baik akan menjadi punca kepala jadi botak.
Sebenarnya ada banyak cara semulajadi yang anda boleh cuba untuk mengatasi masalah-masalah kulit kepala ni. Tapi tahu tak, saya lebih suka share produk yang saya gunakan. Sesuai untuk mereka yang sibuk bekerja dan menguruskan keluarga...hehe..
So, lihat ni...
Ni adalah produk Selsun yang saya dan suami gunakan. Selsun kuning tu adalah milik suami dan saya gunakan selsun berwarna biru.
Warna kuning yang anda lihat ni adalah Selsun yang lebih awal keluarannya berbanding yang warna biru tu. Sesuai untuk mereka yang menghadapi masalah kelemumur berat dan kerap berulang. Terutama jika kulit kepala tu dah nampak keruping-keruping. Memang akan hilang sepenuhnya. Testimoni asli dari suami saya.
Rasanya ada colour lain juga, tapi tak pasti sebab tak pernah nampak. Boleh beli dimana-mana farmasi, guardian ataupun watson. Anda boleh tengok mana satu jenis selsun ni yang sesuai untuk rambut. Harganya agak mahal sedikit berbanding selsun biru tu. Lebih kurang Rm35++..
Gunakan produk ni 2 kali seminggu sahaja. Jangan terlalu kerap. Basahkan kulit kepala dulu, cuci dengan selsun, bilas dan cuci seperti biasa dengan syampu anda.
Saya lihat husband saya menggunakan head and shoulder juga sebagai syampu untuk mengatasi masalah kelemumur.
Pengalaman sendiri ?
Saya pernah juga cuba selsun ni. Nak tengok hilang tak gatal kulit kepala tu. Memang berkurang tapi rasa tak best sebab tiada mint. Tak rasa segarnya.
Husband mulanya beli yang warna biru sebab terdesak. Selsun berwarna kuning jenis lama / klasik ni kehabisan stok pula masa tu. Masa saya komplen-komplen kulit kepala gatal, dia pun syorkan untuk cuba gunakan selsun.
Medicated for itchy scalp. Untuk masalah kelemumur juga. Tapi saya bukannya ada masalah kelemumur pun. Mungkin terlalu kering disebabkan penggunaan syampu setiap hari. Boleh jadi punca itchy scalp juga. Lepas try, rasa sangat best. Sebab ada mint. Rasa sejuk dan lega pada kulit kepala. Tak rasa pun gatal lepas tu. Untuk masalah kelemumur yang mild saja, boleh gunakan jenis selsun ni.
Cara guna ?
Saya hanya gunakan 2kali seminggu juga ataupun bila gatal menyerang sahaja. Cuci seperti biasa dengan selsun, urut sehingga terasa seluruh kulit kepala sejuk, tunggu 2 minit. Then barulah bilas. Kemudian saya gunakan syampu rejoice sebagai rutin pencuci rambut.
Masa beli selsun biru ini, rupanya ada tiga jenis. (Sebelum ni tak pernah beli sendiri). Tutupnya ada yang berwarna hijau dan ungu.
Saya gunakan selsun dengan tutupnya yang berwarna merah. Ketiga-tiga jenis selsun ni berbeza fungsinya. Baca sebelum beli untuk elak pembaziran. Ada yang dikhaskan untuk kulit kepala normal sahaja. Harganya adalah lebih kurang Rm23++ sebelum GST.. hihi...
No comments :
Post a Comment
Pesanan Editor ^_^
Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.