Jika anda perasan ada gigi yang dah mula berlubang dan menunjukkan tanda-tanda permulaan sakit gigi yang sakit nya agak mild. Jangan pandang ringan ya..
Kerana apabila kumannya dah merebak. Sakitnya pasti cukup hebat. Sakit gigi umumnya disebabkan oleh jangkitan bakteria.
Saya pada mulanya pandang ringan sahaja sakit gigi yang tidak seberapa. Tapi ketika saya dalam perjalanan untuk bekerja pada syif malam. Sakit gigi pula menyerang. Nasib baiklah saya melalui supermarket. Jadi bolehlah beli LISTERINE..
Memang berkesan. Kerana listerine membunuh bakteria digigi dengan cepat. Kumur berulang kali selang beberapa jam sehingga anda merasa lega. Tak tahan pula nak kumur berterusan. Pedas sungguh. Bagi saya Listerine memang efektif.
Ada juga yang mengesyorkan untuk kumur saja dengan air garam. Walaupun garam sememangkan mampu membunuh bakteria, tapi bagi saya keberkesanannya agak kurang.
Ada juga yang mengesyorkan untuk menggunakan ramuan tradisional untuk melegakan sakit gigi. Tapi larat tak anda nak buat semua tu masa sakit gigi dah menjadi-jadi ??
Walaupun kesakitan anda dapat diatasi ataupun dikurangkan. Jangan lupa berjumpa doktor gigi . Gigi rosak haruslah dibuang. Jangan tunggu sampai pipi anda dah naik bengkak ya..
Macamana nak tahu gigi anda sememangnya dah rosak dan mesti dibuang ?
Cuba anda ketuk gigi yang sakit dengan besi / sudu besi.. Jika sakit dan sedikit ngilu, gigi anda dah rosak dan perlu dicabut. Itupun, kena tengok jika keadaan mengizinkan untuk dicabut. Biasanya ketika pipi dah naik bengkak, ubat akan diberi untuk melegakan keadaan bengkak. Bukan main suka hati cabut ya. Kerana gigi kita mempunyai connection dengan saraf mata. Risiko mungkin anda akan mengalami penglihatan kabur jika tidak dirawat sebaik-baiknya. Antibiotik akan diberi selepas gigi dicabut. Ini adalah pengalaman saya lah..
Setakat ini sajalah artikel saya. Semoga memberi sedikit manfaat kepada anda!!
No comments :
Post a Comment
Pesanan Editor ^_^
Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.