Monday, 3 March 2014

Pengalaman Kencing Berdarah (haematuria)

Ketika menulis artikel ini... Saya baru saja sembuh dari kencing berdarah.

Untuk pengetahuan anda.. kencing berdarah boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Ia kemungkinan disebabkan penyakit yang serius ataupun jangkitan biasa.

Contohnya yang saya tahu :

- Jangkitan salur kencing (seperti yang saya hadapi)

-kecederaan pada buah pinggang. Boleh terjadi jika anda ada melakukan aktiviti berat dan hentakan berlaku pada bahagian pinggang.

-Batu karang. Anda akan rasa sakit ketika kencing dan kadangkala terdapat batu-batu kecil dan halus semasa anda kencing.

Secara umumnya... wanita mempunyai salur kencing yang lebih pendek dari lelaki iaitu lebih kurang 4cm berbanding lelaki lebih kurang 20cm.. Ini adalah punca mengapa wanita lebih kerap terkena jangkitan kencing ataupun UTI (urinary tract infection) berbanding lelaki.

Saya terkena jangkitan ini kerana kurang minum air pada waktu itu kerana komitmen terhadap kerja.
Rasa sakit yang amat sangat pada pundi kencing dan pinggang.

Saya juga agak terkejut melihat darah ketika kencing beberapa kali. Biasanya ketika jangkitan ini anda akan kencing dengan sangat kerap tetapi sakit dan sangat sedikit. Rasa hendak terkucil saja. Tapi cuma sedikit kencing yang keluar.

Perlu diketahui jangkitan boleh terjadi disebabkan hubungan seks yang aktif ataupun kebersihan peribadi yang tidak sempurna.

Adakah jangkitan ini memerlukan antibiotik ?

Saya tidak mendapatkan rawatan doktor bagi jangkitan ini. Saya hanya minum air yang cukup banyak agar lebih kerap kencing. Ini adalah cara yang sangat efektif. Dengan meminum air dengan banyak sahaja... buah pinggang telah pun dicuci..

Esoknya... Saya memang sembuh sepenuhnya dari haematuria (kencing berdarah) ini...

Jika anda mengalami kencing berdarah selain daripada simptom jangkitan kencing ini.. Saya amat mengesyorkan anda berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan.

1 comment :

  1. hai sis, bole saya dapatkan no hp sis untuk pertanyaan ?

    ReplyDelete

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.