Pada awal kelahiran, biasanya air susu lebih banyak untuk menyokong tumbesaran bayi. Anda akan merasa sakit yang lebih kerap pada payudara kerana penghasilan air susu yang banyak.
Penghasilan air susu bergantung kepada ibu. Saya seorang ibu yang menyusukan bayi dan kerap mengalami masalah kurang air susu semasa proses ini. Saya amalkan tips-tips ini untuk menyusukan bayi dan ini boleh menjadi panduan buat anda juga.
1. Kerap menyusukan bayi - Beri bayi anda susu setiap 2jam. Lagi kerap lagi baik. Semasa proses ini, tindakan bayi yang menghisap puting ibu merangsang penghantaran maklumat ke otak untuk menghasilkan lebih banyak air susu.
2. Banyak minum air suam - Seperti yang anda semua tahu, air susu mengandungi peratusan air yang tinggi. Oleh itu, air sangat-sangat diperlukan untuk menghasilkan air susu yang banyak. Minum air 3liter ke atas setiap hari.
3. Amalkan meminum sup yang masih panas - Sememangnya berkesan
4. Lobak putih - Menggalakkan penghasilan air susu. Sesetengah orang mengakuinya berkesan. Bergantung pada kesesuaian masing-masing.
5. Betik muda - Saya amalkan meminum sup betik muda panas dan cara ni sememangnya efektif buat saya.
6. Elak memakan ubi kentang dan bayam - boleh mengurangkan jumlah air susu.
7. Buat breast pumping - Urut payudara anda perlahan-lahan untuk melancarkan urat-urat susu
8. Elak meminum air sejuk atau minuman sejuk. Ia dipercayai boleh mengurangkan kandungan air susu.
~Semoga tips mudah dan ringkas ini membantu anda !
No comments :
Post a Comment
Pesanan Editor ^_^
Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.