Sunday, 9 December 2012

Kongsi Pengalaman : Bersalin Menggunakan Kaedah Caesarean

Entri ini adalah perkongsian pengalaman saya bersalin melalui kaedah pembedahan. Saya percaya perkongsian ini mampu membantu ibu-ibu memahami lebih lanjut tentang caesarean dan mengetahui apa yang perlu anda lakukan.

Pada mulanya, saya merasa sangat takut untuk melalui kaedah ini. Apatah lagi pernah menyaksikan pembedahan caesarean ini secara live sewaku bergelar student.

Faktor yang menyebabkan anda dibedah adalah kerana komplikasi berikut :

1. Keadaan bayi songsang (cthnya  bayi kembar ; Dijadualkan)

2.Fetal distress (Merupakan kes kecemasan yang perlu dibedah segera ; tanpa jadual)         
   
3. Mother on HPT. Dimana ibu mengalami hypertension ataupun darah tinggi. (Dijadualkan)

4. Bayi terlalu besar ( Biasanya si ibu mengalami diabetis semasa kehamilan ; dijadualkan)

5. Air ketuban sedikit/ terlalu banyak/air ketuban pecah. Keadaan pesakit akan dipantau terlebih dahulu. (Dijadualkan untuk bedah dalam masa terdekat)

6. Faktor usia ibu ( Dijadualkan)

7.bayi terlalu besar berbanding saiz pinggul ibu. (Dijadualkan)

8. Overdue. Tarikh kelahiran melebihi 10hari. Biasanya ubat untuk kelahiran paksa dimasukkan terlebih dahulu. Jika tidak berjaya, caesarean akan dilakukan (Kecemasan)

Kisah saya ;

Saya mengalami komplikasi dimana tarikh kelahiran mencapai 10hari. Due kelahiran bayi saya adalah pada 23 disember. Namun kerana saiz bayi yang agak besar, pintu rahim memang lambat buka.  

Biasanya untuk anak pertama, kelahiran bayi agak lewat bergantung kepada saiz pinggul anda.

Jumlah hari ibu hamil adalah 40minggu. Kehamilan saya pada waktu itu adalah 40 minggu + 10 hari.
Doktor hanya memberitahu ubat untuk kelahiran paksa tidak perlu dimasukkan kerana pintu rahim saya telah buka 4cm.

Saya sepatutnya dimasukkan ke dewan bersalin tapi disebabkan kesemua bilik penuh, saya ditahan di wad bersalin untuk sementara waktu.

Pada waktu ini, vaginal examination kerap dilakukan oleh setiap doktor yang datang memeriksa. Ini merangsang pintu rahim saya lebih cepat buka. Kesakitan pada bahagian pinggul sangat terasa.
Saya hanya berjalan kesana sini sekeliling wad menahan kesakitan. Mengurut bahagian belakang pinggul membantu sedikit melegakan kesakitan pinggul.

Kesakitan pada bahagian pinggul ini adalah disebabkan tulang pinggul beransur-ansur membuka ruang untuk membenarkan bayi keluar.

Kira-kira jam 10 malam, kesakitan pinggul itu lebih kerap selang 10minit. Saya hanya mampu terbaring dikatil pada waktu itu. Kesakitan yang amat sangat.
Jururawat yang datang memeriksa memecahkan air ketuban untuk merangsang kelahiran lebih cepat. Pintu rahim hanya buka 6cm sahaja.
Namun saya diberitahu air ketuban berwarna kehijauan. Bermaksud bayi telah berak dalam perut dan mengalami fetal distress. Bayi saya dikhuatiri terminum najisnya sendiri.

Sementara menunggu booking wad bersalin, ultrasound baby dilakukan sepanjang masa untuk melihat reactive atau tidak jantung bayi.
Saya disuruh mengiring ke sebelah kiri saja supaya pengaliran oksigen kepada bayi berjalan lancar.
Semasa berada didewan bersalin, vaginal examination dilakukan lagi.

Pintu rahim masih 6cm.. Jantung bayi masih active. Kerana dikhuatiri bersalin terlalu lama, Saya dijadualkan untuk pembedahan. Saya diberikan boring consent. Borang ini memerlukan tandatangan suami sebagai penjaga. Namun boleh ditandatangani si ibu sendiri untuk kes kecemasan jika suami tiada disisi..
Biasanya bius yang diberikan adalah local anesthetic. Anda akan merasa kebas dari bahagian perut hingga bahagian kaki.

Semasa pembedahan, saya hanya merasa anggota bawah tubuh disentuh. Namun tidak merasa sebarang kesakitan.

Peringatan :

Selepas pembedahan, anda digalakkan baring terlentang tanpa bantal 6-8jam.
Jangan tinggikan bahagian kepala katil atau bergerak-gerak. Jika tidak, anda akan merasakan kesan bius yang teruk. (spinal headache)

Anda digalakkan minum kopi (mengandungi kafein) untuk menyingkirkan kesan bius dari badan.
Kesan bius kadangkala merangsang anda untuk batuk.

Tapi, pada masa yang sama, kesakitan akan amat terasa apabila bius hilang secara perlahan-lahan.

~Thanks for raeding !









No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.