Tuesday, 17 March 2015

Petua Dan Tips Penting Jaga Gigi Anak


Penjagaan gigi si anak kecil sebenarnya bermula dari alam kehamilan lagi. Saya sendiri amat menitik beratkan soal penjagaan gigi anak saya apalagi baru saja seorang.

Pengambilan kalsium semasa hamil

Seperti yang kita tahu, kalsium amat penting dalam pembentukan tulang dan gigi. Gigi anak tidaklah tumbuh disaat kelahiran ya. Namun anda akan perasan bahawa gigi anak anda tidak akan mudah rapuh walaupun usianya telah mencapai 2 tahun.

Kalsium bukan sahaja penting untuk membantu pembekuan darah secara semulajadi tapi juga amat membantu saraf dan otot kita berfungsi dengan baik.

Gigi bayi yang pertama

Bayi biasanya akan tumbuh gigi  pertamanya sekitar usia 5-7 bulan. Walaupun bayi  hanya menyusu ketika ini dan memulakan makanan lembutnya yang pertama, pastikan anda membersihkan giginya selepas memberi bayi makan. Tak perlulah guna berus :-)

Beli kain / sapu tangan kecil yang agak kasar permukaannya dan basahkan sedikit dengan air. Gosok gigi anak anda dengan kain ini. Lakukan hal ini dengan kerap dan sebelum anak anda tidur.

Makanan ringan dan gula

Biasanya anak yang dah berusia setahun keatas akan cenderung kepada makanan manis dan bergula. Take note ya bahawa makanan ringan seperti keropok mengandungi perencah dan kandungan gula yang agak tinggi.

Jauhkan sumber kerosakan ini dari anak anda kerana ia juga akan menggugat selera makan anak kita. Jika anak anda berkeras juga untuk mengambil makanan ini dan anda tak mampu nak buat apa-apa, tak apa. Pastikan anda berus gigi anak anda selepas itu.

Pengambilan kalsium untuk kanak-kanak

Walaupun anak telah mencapai usia 2 tahun ke atas atau telah memasuki tabika dan alam persekolahan, mereka sebenarnya masih memerlukan kalsium untuk pembentukan tulang dan gigi yang sihat. jangan lupa ya gigi anak ketika ini masih lagi gigi susu dan mudah rapuh serta patah.

Gigi kekal biasanya akan tumbuh sepenuhnya sebelum anak anda masuk ke sekolah menengah. Hal ini terpulang kepada individu . Lebih cepat gigi anak anda rosak, lebih cepat ia diganti dengan gigi yang kekal. Jika gigi kekal ini pula tidak dijaga dengan baik, ia akan rosak sebelum anak anda mencapai alam kedewasaan. Gigi kekal yang patah tidak akan diganti dengan gigi yang baru. Ia akan tumbuh sekali sahaja seumur hidup.

Berus gigi sebelum tidur

Pastikan berus gigi ini rutin harian anak anda sebelum tidur. Ini membantu penjagaan gigi anak anda sekiranya dia telah makan manis / makanan lain  dan anda tak sedari ( semua jenis makanan mengandungi gula walaupun sedikit). Dia akan amalkan kebiasaan ini hingga dewasa.

Terangkan kepada anak anda kenapa dia perlu gosok gigi. Biasanya saya akan beritahu pada anak yang berusia 2 tahun untuk berus gigi sebelum tidur kerana ulat akan ikut tidur jika tak berus gigi :-)  Biar dia rasa agak takut sedikit dan rajin berus gigi. Takkan pula nak explain bakteria akan merosakkan gigi jika tak berus. Dia tak faham pun. Berikan penjelasan sesuai dengan usianya.

Jika artikel ini bermanfaat buat anda.. Sila share dengan ibu lain ya :-)


No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.