Sunday, 5 April 2015

Apa Anda Perlu Tahu Mengenai Perlaksanaan GST 2015

Bermula daripada 1 april 2015, GST telah dilaksanakan terhadap rakyat jelata. Meskipun ia sama dengan tarikh jenaka. Namun ia bukannya april fool semata-mata.

Konsep perlaksanaan GST sebenarnya lebih kurang sama dengan goverment tax. Bezanya goverment tax dikenakan kepada gaji mereka yang berpendapatan tinggi sahaja. Yang memperoleh pendapatan melebihi 36 060 setahun. Perniagaan francais seperti McDonald, KFC, pizza hut dll juga dikenakan cukai kerajaan.

Apa itu GST ?

Bagi anda yang tidak tahu apa itu GST, ia bermaksud Goods Service Tax..  Cukai sebanyak 6% dikenakan pada barangan dan perhidmatan tertentu. Jika anda search digoogle translater apa itu GST. Hasilnya;


Kenapa GST dilaksanakan ?

GST merupakan sistem atur semula sumber kewangan negara. Ia secara ringkasnya mampu meningkatkan pendapatan negara dalam jangka masa singkat dan berterusan. Cukai ini sebenarnya telah dilaksanakan dikebanyakan negara ASEAN. Melalui pelaksanaan GST, sistem kewangan negara akan bertambah kukuh dan pembangunan moden akan dapat dilakukan secara efisien.

Kesan terhadap rakyat ?

Seluruh rakyat terlibat untuk membayar cukai ini kerana kebanyakan cukai yang dikenakan adalah barangan keperluan harian. Majoriti golongan rakyat adalah berpendapatan rendah dan sederhana. Oleh itu pastinya peningkatan harga barangan akan membawa implikasi yang besar terhadap taraf kehidupan rakyat.

Kenapa anda perlu tahu senarai barang dan perkhidmatan yang dikenakan GST serta barang dan perkhidmatan yang tidak dikenakan GST ?

Media sosial kini memang cukup hangat dengan pelaksanaan GST. Cukai yang dikenakan kadangkala tidak masuk akal. Terlalu mahal. Sesetengah pihak cuba mengambil kesempatan disebalik pelaksanaan GST ini. Adalah amat penting untuk anda tahu mana barangan dan perkhidmatan yang dikenakan cukai agar tidak menjadi mangsa penipuan golongan tidak bertanggungjawab ini.



Gst akan dikenakan daripada kerajaan sebanyak 6% kepada pengilang > Manakala pengilang akan mengenakan pemborong cukai 6% > Pemborong akan mengenakan cukai 6% kepada pekedai > Pekedai akan caj 6% kepada pengguna.

Bagaimanapun, peniaga boleh melakukan tuntutan sebanyak 6% terhadap kerajaan. Ini adalah bonus bagi mereka. Pengguna terakhir merupakan pihak yang paling rugi dalam situasi ini.

Antara barang yang tidak dikenakan GST ?

1. Buah-buahan tempatan dan buah-buahan import
2. Roti putih (bread) + serat
3. Serbuk kopi / teh /koko
4. Bahan bacaan
5. Bil elektrik bagi 300 unit pertama
6. Jualan runcit petrol RON95 / Diesel / LPG
7. Mi kuning, kuetiau,laksa dan bihun

Antara barang yang dikenakan cukai adalah seperti ;

1. Sos tomato / cili / tiram
2. keju
3. biskut
4. donat
5. Marjerin
6.  Minyak jagung / minyak zaitun

Kebaikan GST 6% ini ialah ia bakal menggantikan sesetengah barang yang sebelum ini dikenakan caj terlalu mahal SST (cukai jualan dan perkhidmatan) sebelum ini. 

Bagi senarai penuh Barangan yang dikenakan cukai / serta tidak dikenakan cukai. Anda boleh muat turun file Pdf tersebut disini ;

Gst list of sundry goods 

Untuk semakan pengguna :

1. Download applikasi MykiraGst untuk membantu anda membuat semakan harga barang. (Aplikasi berguna dari Kpdnkk)
2. Jika anda dikenakan caj GST yang terlalu mahal, simpan bukti pembelian anda dan buat aduan di SINI



No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.