Friday, 6 February 2015

Tips mudah cuci usus semulajadi

Cuci usus ? Hmm.. Baru ja dengar ayat ni tahun lalu... Tu pun secara tak sengaja masa nak buat research pasal usus..hehe... Rupa-rupanya cuci usus ni penting... Sehinggakan ada yang sanggup membayar sehingga beribu-ribu untuk mendapatkan usus yang bersih..

Pentingnya cuci usus ni kerana ia merupakan organ terpanjang dalam tubuh... Kira-kira 8 kali lipat ketinggian seseorang individu... Usus kotor boleh menjadi punca pelbagai penyakit dan komplikasi kerana toksin yang tinggi terkumpul..

Antaranya ;

Dan pelbagai lagi komplikasi ..

Sememangnya berlambak produk cuci usus dipasaran..Ada yang berkesan.. Ada yang tak berkesan..Malah menambah pula toksin dalam usus disebabkan kandungan kimia dalam produk tersebut tinggi..

Pengalaman saya, disebabkan mencuba produk cuci usus.. saya mengalami alergik terhadap seafood. Suami pula mengalami jerawat batu yang tumbuh dengan banyak bagai cendawan..

Jadi saya lebih suka amalkan tips semulajadi. Selamat dan tiada kesan sampingan.

1. Amalkan makanan tinggi serat ;
Cthnya psylium husk.. tapi benda ni memang susahlah nak dapat disabah..selalu baca dalam blog sahaja..hehe..Selain itu.. amalkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya serat dan oat.. Ni membantu penghadaman anda menjadi lebih lancar..

2. Taugeh
Siapa suka makan taugeh, anda sememangnya bertuah.. kerana taugeh baik untuk menyerap toksin di usus anda..
-Pernah juga cuba buat jus taugeh... Tak dapat telan langsung..

3. Minum air awal pagi / subuh
Perasan tak jika anda ambil ubat / jamu untuk cuci usus... Anda akan diminta minum sebelum tidur.. Lepas 6 hingga 8 jam.. anda ke tandas..
Air juga memberi kesan yang sama..
Bangun awal pagi sekitar jam 5 atau 6 pagi dan minum air 2 hingga 3 gelas.. Nescayalah lepas 20-30 minit, bahkan tak sampai pun, anda dah ke tandas

Mudah bukan ? Semoga bermanfaat untuk anda ya :-)

No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.