Duit cepat habis ? Sememangnya lumrah biasa ya... hehe... saya pasti semua orang mengalami masalah yang sama... Apatah lagi mereka yang bekerja makan gaji seperti saya... Dalam dunia yang cukup moden ini... terlalu banyak hiburan dan barangan yang menggoda.. Bahkan kehendak kini menjadi keperluan... contohnya internet... betul tak ?
Disini saya ingin share contoh - contoh pembaziran yang mungkin anda tak sedari...Ni adalah pengalaman saya.. Jom baca ! mungkin juga anda sedang melakukan pembaziran ini..
Makan Diluar
Makan Diluar
Ingat semula... anda bekerja sehari suntuk di pejabat... sering makan di luar untuk breakfast dan lunch...kira perbelanjaan anda... seminggu anda bekerja 5 hari...
Jika sehari belanja makan anda Rm10
5 hari × Rm10 : Rm50
Sebulan lebih kurang 20hari bekerja = Rm200
Bagaimana pula dengan setahun = Rm 2400
5 hari × Rm10 : Rm50
Sebulan lebih kurang 20hari bekerja = Rm200
Bagaimana pula dengan setahun = Rm 2400
Ni belum tolak pula perbelanjaan makan diluar pada hujung minggu...
Tips : Bangun awal pagi untuk sarapan dan sediakan lunch anda... Masakan sendiri lebih sihat kerana anda tahu bahan-bahan yang anda sediakan !
Tips makan diluar : pesan makanan anda...dan....? Pesan air kosong shj... Jimat Rm2 setiap hari...
Pengalaman : Saya sendiri menyediakan lunch untuk suami agar lebih jimat....:-)
Aksesori kecil
Lagi punca pembaziran... ? Barangan-barangan kecil dan comel... berlaku kepada saya juga... contohnya : anda melihat handbag / jam tangan /wallet yang cukup comel n beli untuk kepuasan sendiri tak peduli harga... Dan kemudian menyesali kerana terlalu mengikut kehendak hati...
Tips : Beli baru apabila barang anda rosak shj... Tak perlu berjenama.. cukup jika anda selesa menggunakannya...
Pengalaman : sebelum ini... saya juga sering beli handbag mahal dan cantik... hampir setiap bulan bertukar handbag..Dan akhirnya saya memujuk hati sendiri untuk berjimat... saya hanya beli beg apabila rosak sahaja.. beg terkini :
Beg kanvas Rm10...cukup selesa dan tebal...
Barang berkualiti juga boleh didapati dengan harga murah !
Beg kanvas Rm10...cukup selesa dan tebal...
Barang berkualiti juga boleh didapati dengan harga murah !
Makanan ringan dan mainan kanak-kanak
Saya menyedari agak banyak buang duit untuk bahagian ini... bagaimana dengan anda ?
Saya menyedari agak banyak buang duit untuk bahagian ini... bagaimana dengan anda ?
Tips : Hadkan makanan ringan...Tak sihat tau ? belilah barang mainan yg murah sahaja untuk anak-anak...Kalau tak pun pujuklah anak anda agar dia tak jadi beli.. Jimat bukan ? hehe..
Pengalaman : Sering beli barang mainan mahal untuk anak hingga mencecah harga Rm70.. Tapi menyedari permainan tu dibiarkan rosak begitu sahaja.. sekarang...? beli mainan yang murah2 je.. Dibawah Rm10-Rm20..Jimat.. Nasib baiklah anak pun baru sorang..
Lain-lain tips : Jika sebelum ini... anda keluar untuk menonton wayang setiap minggu... kurangkan 2 minggu sekali... atau sebulan sekali ataupun beli dvd dan tonton dirumah sahaja... jimatlah minyak kereta anda juga...
Buat senarai untuk barang-barang yang hendak dibeli semasa shopping barangan dapur.. Jadi beli ikut senarai sahaja.. Penting sebenarnya senarai ni ; supaya anda tak tersangkut beli yang tak berkaitan..
Banyak lagi punca-punca pembaziran yang lain.. tapi saya senaraikan sedikit sahaja berdasarkan pengalaman sendiri... tapi ,sedikit perubahan setiap hari ini juga membawa kepada penjimatan yang besar setiap bulan...
Psst ... Cuba amalkan tips ni untuk sebulan shj... & kira baki wang anda hujung bulan.. anda pasti merasa penjimatan yang besar...
Baiklah.. baki duit tu nak buat apa... Simpanlah untuk menabung.. Kita tak tahu bila kecemasan akan berlaku ... :-)
No comments :
Post a Comment
Pesanan Editor ^_^
Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.