Tuesday 29 March 2016

11 Punca Dikenalipasti Penyebab Lelaki Kurang Subur !

Jika anda dan pasangan sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata, kesuburan menjadi satu hal yang sangat penting. Masalah kesuburan tidak hanya berlaku pada wanita, tapi juga pada lelaki. Ada pelbagai faktor yang menyumbang kepada ketidaksuburan seorang lelaki.

Selain keabnormalan bentuk sperma yang menjadi punca mandul, 90% kes tidak subur pada lelaki yang dilaporkan adalah melibatkan jumlah sperma kurang (oligozoosperma), sperm tidak berkualiti dan menyebabkan pergerakan sperma lemah dan mati sebelum sampai ke destinasi.


Jom kenali 15 perkara ini ;

1. Haba - Penggunaan handphone, laptop dan suhu mandian.

Adakah anda tahu mengapa skrotum berada diluar rongga abdomen ?  Ini kerana sel telur memerlukan suhu yang lebih rendah daripada suhu badan. Suhu yang tinggi boleh menyebabkan kekurangan dan kematian sel sperma.

Selain caj elektomagnet handphone yang dikenalpasti menganggu sistem saraf pusat untuk jangka masa panjang, haba telefon bimbit yang disimpan dalam poket seluar juga mampu menyebabkan kemusnahan sel sperma. Hal ini juga berlaku pada lelaki yang kerap meletakkan laptop pada riba.

Jika anda gemar mandi di kolam air panas. Waspada ya, ini juga boleh menyebabkan kemusnahan sel telur. 


2. Tekanan 

Seiring dengan kehidupan moden, tekanan juga tak lari. Menurut kajian yang dilakukan oleh Journal fertility and sterility, stress kronik atau berpanjangan akan menyebabkan perubahan jumlah, dan kualiti sperma.

Lelaki yang terdedah dengan stress berpanjangan, akan menyebabkan penurunan kepekatan ejakulasi sperma, pergerakan sperma yang lemah dan bentuk sperma yang tidak normal.


3. Produk body care - Bahan mandian / losyen / pewangi  mengandungi bahan kimia berbahaya

Walaupun sabun, losyen atau pewangi digunakan secara luaran sahaja, namun toksik dalam produk body care sebenarnya mudah diserap dan disimpan dalam badan.

Bahan kimia boleh ditemui dihampir seluruh produk kegunaan harian kita selain ubat gigi, sabun pencuci kain, syampu, bahan mandian. Kita sebenarnya terdedah pada bahan toksik kimia yang tersembunyi. Ia bukan sahaja berbahaya untuk kesuburan wanita tapi juga lelaki.

Sesetengah bahan kimia seperti parabens, phthalates, 4-methylbendzylidene, petrochemicals, dan triclosan yang terkandung dalam produk body care boleh menyebabkan dominasi estrogen dalam tubuh. Ini terjadi apabila bahan kimia ini meniru hormon semulajadi kita. Keadaan ini juga dikenali sebagai gangguan endokrin. Hal ini mencetus ketidakseimbangan hormon testosteron bagi lelaki dan menyebabkan kualiti dan jumlah sperma berkurang.


4.  Jauhi rokok

Rokok bukan sahaja menyumbang pada faktor utama kemandulan tapi juga mampu mencacatkan janin pada ibu hamil. 

Bagaimana merokok merosakkan sel sperma? Sel sperma lelaki membawa dua protein kecil yang dikenali sebagai protamine 1 dan protamine 2. Secara semulajadinya, mereka menyeimbangi antara satu sama lain. Namun, dikalangan perokok, protamine 2 ditemui dengan kadar yang amat sedikit. Ketidakseimbangan ini menyebabkan kerosakan pada DNA sperma. 

Ini dibuktikan melalui kajian yang dilakukan, sel sperma lelaki perokok yang kekurangan protamine 2 disuntik pada telur wanita. Hasilnya, persenyawaan tidak berlaku. Meskipun persenyawaan berlaku, risiko keguguran janin mungkin berlaku. 


5. Senaman secara berkala

Kekal aktif ! Salah satu  langkah penting untuk kesuburan lelaki adalah bersenam. Senaman yang dilakukan secara berkala membantu tubuh menghasilkan enzim yang membantu melindungi sperma.

Lakukan senaman kardio 3 hingga 5 kali seminggu selama 30 minit seperti berjoging dan berenang. Senaman bersama pasangan amat digalakkan buat pasangan yang sedang berusaha mempunyai cahaya mata. Senaman yang teratur membantu lemak berkurang dan meningkatkan otot. Ini mengurangi estrogen dan  meningkatkan testosteron  serta penghasilan sperma yang lebih baik.

Namun begitu, senaman seperti berbasikal adalah tidak digalakkan kerana boleh membantutkan kelancaran pengaliran darah ke testikal.

Kajian juga membuktikan, senaman berlebihan boleh menyebabkan hormon steroid adrenal yang tinggi dan mampu menyebabkan kekurangan testosteron. 


6. Kurangkan berat - elak obesiti

Semakin besar saiz pinggang anda, bilangan sel sperma yang dihasilkan semakin kecil. Obesiti dipercayai mampu menyebabkan fungsi testikal berkurang. Ini menyebabkan pengurangan jumlah sperma juga. Obesiti bukan sahaja mengurangkan keinginan terhadap hubungan intim tapi juga menganggu ejakulasi. 



Adakah berat badan anda ideal ?


7. Pemakanan segera

Kebanyakan makanan segera mengandungi pelbagai kimia yang berbahaya untuk tubuh dan mampu menyebabkan kualiti sperma berkurang. Antara bahan yang dikenali berbahaya untuk tubuh :

Sodium nitrate, trans fat, olsetra, propyl gallate, butylated hydroxyanisole, aspartame, monosodium glutamate (MSG), chloropropanols, Acesulfame-k, butylated hydroxytoluene, Food colouring, potassium bromate dan sebagainya.


8. Elak pemakaian seluar ketat

Walaupun hal ini nampak ringan, namun ia sebenarnya mempengaruhi kesuburan seorang lelaki. Hal ini adalah rutin. Kebanyakan klinik kesuburan dan gynaecology mencadangkan lelaki agar menggunakan seluar boxer berbanding seluar dalam ketat.

Mengapa ? Apabila seorang lelaki memakai seluar dalam ketat, skrotum akan berada lebih dekat dengan perut. Dimana suhu bahagian tubuh lebih tinggi. Ini memungkinkan kematian sel sperma. Haba juga dikatakan meningkat dengan pemakaian seluar yang ketat. Tips : Gunakan seluar yang longgar seperti boxer untuk pengudaraan yang baik dan mengurangkan suhu.


9. Kurangkan Kopi

Kopi merupakan sumber yang paling kaya dengan kafein. Walaupun pengambilan kafein tidak digalakkan, namun dengan meminum kopi, ia sebenarnya membantu sperma bergerak lebih pantas.

Elakkan pengambilan kopi secara berlebihan kerana meminum purata 3 cawan sehari mampu menyebabkan kerosakan DNA sperma sama seperti individu yang merokok. Ia juga boleh menyebabkan kematian embrio kerana mutasi DNA dan kelainan kromosom.


10. Kurangkan diet berasaskan soya

Bagi anda yang mungkin tidak tahu, soya merupakan sumber protein yang baik terutama bagi individu yang ingin kurus. Namun dalam masa yang sama, produk soya sebenarnya bertindak secara negatif. Hormon testosteron amat diperlukan oleh lelaki. Ia menjadikan kekuatan dan tenaga seorang lelaki dan menjadikannya maskulin. Berbeza dengan hormon wanita iaitu estrogen. Estrogen pada lelaki hanya sedikit. 

Produk soya pula mengandungi pytoestrogen. Estrogen berasaskan tumbuhan. Apabila dimakan atau diminum oleh lelaki dengan kerap, ia akan menyebabkan peningkatan hormon estrogen oleh lelaki. Ini menyebabkan gnecomastia (peningkatan buah dada), penurunan nafsu seks (libido), perubahan emosi, perubahan berat badan terutama lemak disekeliling pinggang, jumlah sperma berkurang dan erectile dysfunction.

Kajian menunjukkan diet berasaskan soya mempunyai tahap testosteron lebih rendah, sehingga 76% penurunan berbanding lelaki yang mengamalkan diet yang kaya dengan daging merah.


11. BPA free - Pastikan botol air dan bekas makanan anda tertulis ini !

BPA atau bisphenol A merupakan sejenis bahan resin yang digunakan untuk pembuatan botol air plastik, tempat penyimpanan makanan, pengetinan makanan dan pelbagai lagi. BPA kini mendapat perhatian yang cukup meluas di seluruh dunia sebagai bahan utama pencemaran dan berbahaya untuk kesihatan. Ia bertindak sebagai xenohormones dalam tubuh. Iaitu menjadi peniru kepada hormon dalam tubuh dan menganggu fungsi normal badan.

Kajian terhadap 218 air kencing BPA lelaki ;

Kajian ini bermula dengan 514 individu diambil bekerja di kilang epoxy resin China pada tahun 2004. Hanya 218 peserta yang akhirnya menyerahkan sampel air kencing dan air mani untuk penilaian akhir. Penyelidik mengukur kualiti air mani dengan menilai faktor seperti konsentrasi, daya hidup, pergerakan, jumlah bilangan sperma, dan morphology (saiz dan bentuk).

Lelaki yang dikesan mempunyai kandungan BPA pada air kencing, menunjukkan berisiko 3 kali ganda mempunyai kepekatan semen yang rendah dan mudah musnah berbanding lelaki yang dikesan tidak mempunyai BPA dalam air kencing.

BPA juga sering dikaitkan dengan punca diabetis dan penyakit jantung.



No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.