Memang agak sukar sebenarnya membezakan simptom haid dan hamil terutama jika wanita belum pernah hamil. Namun, bagi ibu yang telah mengandung beberapa kali, lebih mudah bagi mereka membezakan simptom ini.
Jangan terkejut kerana simptom haid juga hampir sama dengan simptom hamil. Tapi, setiap wanita berbeza. Tidak semestinya anda mengalami tanda yang sama. Sesetengah wanita tidak mengalami sebarang simptom di awal kehamilan.
Sakit payudara
Menstrual : Biasanya sakit pada payudara akan lebih dirasai sekitar 14 hari sebelum haid. Penggunaan baju dalam yang agak ketat adakalanya menjadikan payudara lebih sakit dan sensitif apabila disentuh. Biasanya sakit ini hanya akan hilang sebaik sahaja haid atau semasa haid kerana tahap progestrone telah pun menurun.
Hamil : Diawal kehamilan, payudara juga akan lebih, sakit dan sensitif apabila disentuh. Simptom ini hadir setelah seminggu atau dua minggu selepas persenyawaan berlaku kerana peningkatan hormon progestrone. Anda juga merasakan ia lebih padat dan lembut. Simptom yang jelas dan tidak mungkin dialami oleh wanita yang sedang pms adalah perubahan warna areola dan puting payudara yang gelap.
Pendarahan
Menstual : Pendarahan bukanlah simptom pms. Ia adalah menstrual yang nyata. Darah merah yang segar dan berakhir selepas beberapa hari menunjukkan anda sememangnya tidak hamil.
Hamil : Tidak semua ibu hamil mengalami simptom pendarahan ketika hamil. Hanya sesetengah wanita hamil mengalami pendarahan atau spoting berwarna gelap atau brownish dalam jumlah yang sedikit iaitu beberapa titik sahaja.
Perubahan selera makan dan mengidam
Menstrual : Apabila haid semakin hampir, anda akan merasakan tabiat makan berubah. Anda mungkin menginginkan pemakanan seperti karbohidrat, makanan masin, masam ataupun pedas. Selera makan juga akan meningkat.
Hamil : Tak lalu makan boleh berlaku diawal kehamilan. Wanita hamil biasanya menginginkan makanan yang lebih spesifik. Selain minat pada makanan tertentu saja, wanita hamil juga kadangkala tidak berminat dengan sesetengah makanan. Selain rasa, wanita hamil juga sensitif terhadap bau makanan atau wangian. Meskipun pada orang-orang yang dihadapinya setiap hari. Hal ini boleh berlaku sepanjang kehamilan.
Senggugut atau kejang pada perut
Menstrual : Bagi anda yang sedang pms, dysmenorrhea adalah perkara normal yang berlaku dalam masa 24jam hingga 48jam sebelum anda haid. Kesakitan ini akan berkurang setelah anda haid dan hilang sepenuhnya apabila haid berakhir.
Hamil : Di awal kehamilan, anda akan mengalami kekejangan perut yang sederhana sahaja. Rasa kejang ini juga dirasai pada bahagian bawah perut dan juga tulang belakang. Semasa kehamilan, kejang pada perut boleh berlaku untuk tempoh masa yang berpanjangan.
Rasa loya
Menstual : Anda tidak akan mengalami rasa loya meskipun haid sudah lewat.
Hamil : Morning sickness adalah salah satu tanda yang klasik dan jelas anda sedang hamil. Namun tidak semua mengalaminya di kehamilan yang terlalu awal. Serangan loya boleh bermula seawal tiga minggu setelah anda hamil.
Bagaimana ? Masih ragu-ragu anda hamil atau pms ?
Ambillah ujian air kencing. Sesetengah alat UPT mampu mengesan kehamilan seawal 10 hari. Ujian darah juga boleh dilakukan jika anda ingin memastikan anda benar-benar hamil.
No comments :
Post a Comment
Pesanan Editor ^_^
Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.