Friday, 20 November 2015

Tips Nuffnang : Iklan CPUV Nuffnang Bulan Oktober Dan November Yang Lekat !

Seronok pula tengok blogger lain share nuffnang CPUV yang lekat. Ada yang update setiap bulan cpuv earning. Disebabkan hari ini saya agak kering idea nak tulis entri blog, teringin pula cerita pasal iklan nuffnang CPUV.

Akhir-akhir ini saya dah jarang juga publish entri. Maklumlah saya bukannya blogger 24/7.. Ada blogger lain yang mampu buat entri 5 hingga 6 dalam sehari. Fuh ! Kagum sangat. Saya ni buat entri adalah beberapa buah dalam sebulan. Bukannya malas. Tapi kekeringan idea tu seringkali melanda. Ho ho..

Saya faham setakat ni banyak juga yang tak puas hati dengan nuffnang. Orang kata banyak iklan cpuv yang lekat pun, duit amaun pula tak beranak. Yang masuk sikit saja. Hmmm.. Nuffnang saya pun sama. Walaupun banyak kempen yang ongoing, duit amaun tidaklah se Gah mana. Namun, saya masih bersyukur dan amat berterima kasih kepada nuffnang kerana masih memberi peluang kepada saya untuk menjana pendapatan ppc.

Fakta yang kita perlu akui :
Blogger ni bukannya seorang. Ada beratus-ratus ribu. Itu tak masuk negara asia lain. Hmmm.. banyak sungguh saingan untuk mendapatkan iklan cpuv. Sebab itulah masih ada blogger yang masih belum pernah merasa cpuv earning ni. Setakat ini saya masih setia menggunakan nuffnang. Masih ada cpuv yang diberi walaupun saya dah jarang update blog.

Ketika ini, ada 30 kempen yang sedang berjalan. Kebanyakan blogger lain akan tutup ataupun crop bahagian amaun ni. But, I'm fine with that. Saya paparkan sahaja. Harap-harap ia tidak melanggar syarat nuffnang.. ho ho..Jumlahnya memang amat sedikit.

Menurut pengalaman saya sendiri, biasanya nuffnang akan beri 3-6 kempen baru setelah saya update blog atau setelah kempen cpuv tertentu tamat dan duit cpuv dikreditkan ke dalam akaun.




Lagi tips nuffnang :

Usahakan menulis entri yang mampu berada dimuka depan mesin pencari. Ciri-ciri entri ini ialah niche yang agak hot, berkualiti, asli dan trending. Antara niche hot untuk blog bahasa melayu adalah entri perkahwinan, isu kesihatan, kecantikan, parenting, cari duit, blogging dan isu semasa.

Buat masa ini, saya hanya ada 100 > buah entri sahaja. Saya masih memperbaiki hasil penulisan entri lama. Dan yang tidak mempunyai kualiti langsung, saya akan padam sahaja. Ho ho..Disini saya paparkan antara entri blog saya yang meraih tangga teratas dimesin pencari Google.  Ia bergantung kepada carian keyword. Saya hanya guna 2-4 keyword sahaja untuk melihat samada entri blog saya berada dimuka hadapan google.

Hati-hati dengan tajuk entri anda. Elakkan menggunakan 2 keyword sahaja sebagai tajuk entri. Contoh tajuk entri. 'bunga ros'... Ia tidak sesuai terutama bagi anda yang masih baru dalam dunia blogging. Kebanyakan blogger yang menggunakan 1 hingga 2 keyword adalah blogger yang telah lama dalam dunia blog dan mempunyai ramai pengikut tetap. Cantikkan sedikit tajuk entri anda. Contohnya, '10 sebab anda patut menanam rose'... Kenapa rose sangat diminati' ... Bagaimana menanam bunga rose'...

Mulakan tajuk entri dengan Bagaimana/ kenapa / 15 sebab kenapa anda patut/ dan macam-macam lagi.

Contoh entri blog saya yang top rangking :

~ Najis hitam. Saya pun tak pernah sangka entri ni cukup hangat. Ia berdasarkan pengalaman my mom sepenuhnya. Oleh itu, penulisan entri ini sangat unik dan asli.


~Idea buat doorgift sendiri dirumah. Seperti yang saya terangkan sebelum ini, niche perkahwinan memang cukup 'panas'... Ia antara artikel yang saya target untuk mendapat ramai pelawat.

~ Bisnes cari duit.. Siapa yang tak suka bila sebut pasal duit ? Artikel ni saya target untuk suri rumah atau wanita yang berminat jana pendapatan dengan bisnes kraftangan.



~ Yang ni sebenarnya sharing my favourite saja. Mereka yang cari pasal benda ni pasti akan jumpa my entri juga.


~ Dropship. Antara trend buat duit sekarang ni.. Tak semua orang nak dedahkan rahsia lubuk duit ni. Kebanyakan didedahkan dalam ebook sahaja. Ho ho..




Kesetiaan pada nuffnang.

Yang saya maksudkan disini bukanlah status glitterati anda. Tapi, dah berapa lama anda pakai nuffnang ni. Saya perhatikan kebanyakan mereka yang telah lama menggunakan nuffnang mendapat earning cpuv dengan lebih mudah. Saya menggunakan nuffnang sejak 2011. Masa tu tak aktif blogging lagi. Pada tahun 2015 barulah meraih iklan cpuv.

Pageview blog anda dalam sehari

Usahakan mendapat pageview yang melebihi 50 orang sehari.. Anda boleh lihat stat pada dashboard blog anda. Saya lebih suka tengok stat pada nuffnang. Kerana anda dapat lihat berapa pelawat yang unik.


Disini anda dapat lihat berapa view yang unique. Apa itu unique visitor ?

Pengunjung unik adalah pelawat yang datang ke blog kita julung-julung kalinya. Ini dikesan melalui Ip yang berbeza. Semakin banyak  unique visitor, semakin baik reputasi blog kita dimata Search engine ..

Contoh seperti diatas. Blog saya secara purata mempunyai 300 > pelawat. Dan, purata 200 > pelawat adalah unik. Inilah trend biasa pelawat saya. Daripada berbilion penduduk di malaysia, ada beberapa ratus sahaja yang berkunjung ke sini.. hu hu..

Tips extra : 

Pastikan iklan nuffnang anda juga muncul dalam versi mobile untuk memaksimumkan pageview terhadap iklan nuffy anda. Baca caranya disini.

Kesimpulannya ? hmmmm...janganlah berharap 100% pada nuffnang untuk menjana pendapatan sampingan. Kalau tak, nanti anda pula kecewa. Ada banyak lagi pendapatan yang boleh anda lakukan dengan menggunakan blog sebagai medium. Baca lebih lanjut disini.

1 comment :

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.