Bagi yang nak kurus.. TAHNIAH
Kemahuan ataupun keinginan untuk kurus sebenarnya adalah langkah pertama anda ke alam KURUS..
Tapi... mahu pun tak guna juga.. AZAM = 0
DISIPLIN = 0
Jika sebelum ini anda bergantung kepada produk-produk kurus...
Habis beribu riban... TAK APA... masih ada cara manual -EXERCISE & DIET...
YA ! cara ini memang dah lama.. tapi inilah rahsia semua orang-orang yang dah kurus..
'SAYA DAH AMALKAN EXERCISE & DIET.. TAK ADA KESAN PUN'
Dimana silapnya ?
Fikir semula.. selepas joging 30 minit > balik ke rumah > makan nasi 2 pinggan = anda dah mengganti balik kalori yang baru saja anda bakar tadi... .
Joging 30minit = < >200 kalori + makan nasi 2 pinggan = 520 kalori
BAGAIMANA ??
Jangan tunggu untuk bermula... Jika anda kata mula esok... Esok hari anda pasti akan berfikir hal yang sama..
Jika pagi ini anda telah menanam semangat untuk kurus > Tengahari kurangkan nasi anda kepada separuh... Jika anda makan nasi 1 pinggan penuh sebelum ini... ambil nasi setengah pinggan saja..
Lauk pauk juga kurangkan separuh.. Jika anda masak lauk sendiri.. pastikan makanan anda kurang gula dan lemak..
Jika anda mulakan diet tengahari drastik : ambil sayuran + sup + ikan dalam jumlah kecil..
Apa yang akan terjadi pada waktu petang ?
Anda akan ambil jumlah hidangan yang lebih besar pada waktu petang.. Walhal pada waktu inilah hidangan diet sepatutnya paling kecil..
Bertahan pada waktu petang ? Tak makan langsung ? Anda pasti bangun tengah malam kerana kebulur lapar.. Dan, akhirnya 'MALASLAH NAK DIET'
Disinilah kesilapan bermula.. Semangat diet yang berkobar-kobar untuk kurus.. akhirnya bertukar menjadi DIET 24 JAM SAJA
Mulakan dengan kurangkan sedikit demi sedikit
Jika saiz nasi anda minggu ini 1 mangkuk nasi
Minggu ke 2 = 1/2 mangkuk nasi
Minggu ke 3 = 1/4 mangkuk nasi
minggu ke 4 = Pengekalan
Berilah perut anda masa untuk adjust perubahan :-)
Begitu juga dengan bersenam : Sedikit demi sedikit :
Minggu ke 1 = 30minit sehari
Minggu ke 2 = 1 jam sehari
Minggu ke 3 = 2 jam sehari
Minggu ke 4 = kekalkan
Selalu dengar ' BIG IS BEAUTIFUL'
Yes ! Big is beautiful.. Siapa kata berbadan besar salah dan tak cantik...
Tapi Ketahuilah apa yang sedang berlaku atau bakal berlaku dalam tubuh anda..Komplikasi disebabkan obesiti ;
Kira BMI anda ;
Berat badan / Tinggi (M) x Tinggi (M)
Cthnya : Tinggi anda 170cm.. Berat 80 kg...
Bmi ; 27.6 = kegemukan
Berat ideal adalah sekitar 60 - 70 kg..
Set target anda : Cthnya 6 bulan = 65 kg
80 kg - 65 kg = 15 kg ( Berat yang anda perlu turunkan)
Jadi target anda ialah kurangkan 15kg dalam 6 bulan = 2.5 kg setiap bulan ...Jika anda pada tahun ;
2010 = Gemuk
2011 = Gemuk
2012 = Gemuk
2013 = Gemuk
2014 = Gemuk
2015 December ini : Berat ideal
Macamana ? Dah ada semangat untuk kurus ; Jom mula... !!
No comments :
Post a Comment
Pesanan Editor ^_^
Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.