Wednesday, 22 June 2016

Labuan Trip : Pengalaman Menginap Di Palm Beach Resort And Spa Labuan !

Entri ini saya khaskan mengenai pengalaman my family sepanjang menginap di hotel Palm beach Resort and spa labuan. Seperti yang saya ulaskan sebelum ini, ada terlalu banyak tempat penginapan di labuan. Kebanyakannya saya lihat dari agoda.com saja. Ada beberapa tempat yang saya highlight sebagai pilihan.

Antaranya adalah beta hotel, dorsett grand labuan, lazenda, micasa hotel, palm beach resort and spa labuan dan aifa hotel. Namun ada antara hotel ini yang terlalu mahal. Harga satu malam untuk sebilik mampu mencecah harga Rm400 ++. Then ada pula hotel yang berdekatan dengan kawasan pub. Risau tak boleh tidur dan berehat pula hoho..Tempat parking kereta juga perlu dipertimbangkan.

Oleh itu, my family sebulat suara untuk menginap di palm resort & spa labuan. Dulunya, resort ini dikenali sebagai Manikar Beach Resort. Bilik hotel my bro tempah 3 hari lebih awal. Apa yang best pasal hotel di labuan adalah kebanyakkannya menerima booking tanpa deposit. Memang tak ada masalah jika anda berubah fikiran untuk menginap tempat lain. Tapi, jangan lupa batalkan tempahan ya :-).

Caj penginapan untuk satu malam biasanya adalah Rm260++ untuk sebuah bilik. Namun, dengan government rate, satu bilik hanya berharga Rm195. Jimat beberapa puluh ringgit juga. Jika anda staf kerajaan, bolehlah bawa kad pekerja sebagai bukti. ^_^

Resort ini berada agak jauh dari bandar labuan, sekitar 16km. Ia juga terpencil. Kena lalu kawasan hutan juga sebelum tiba disana. Hoho. Kedudukannya strategik. Ia berada berdekatan dengan taman burung, pantai pohon batu dan muzium chimney. A few things yang menarik minat my family juga. Antara adalah;


  • Wifi percuma di setiap bilik
  • Kolam mandi untuk orang dewasa dan juga kanak-kanak
  • Taman permainan untuk kanak-kanak
  • Tempat parking kereta

Lain-lain kemudahan yang saya tak kisah pun ^_^ ;
  • Servis shuttle
  • Taman 
  • Kemudahan BbQ
  • Restoran
  • Bar
  • Poolside bar
  • Servis laundry etc
Waktu check in adalah pada jam 2petang & waktu check out adalah pada jam 12 tengahari.

Tempat parking yang boleh tahan luas ^_^


Hotel tempat kami menginap memang dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan ~


 View dalam bilik hotel ~


Lagi kemudahan yang disediakan dalam bilik resort ~


Bila dah bosan, bolehlah tonton tv pula. Kemudahan seperti peti ais mini juga ada disediakan. Sayangnya tak guna pun peti ais ni hoho ~


Bilik yang my family tempah adalah 'connecting room'. Harganya sama sahaja. Perbezaannya hanya katil sahaja.


Dalam doket kecil ini, ada beberapa keping kertas, jangan lupa claim minuman ringan anda di bahagian bar yang berdekatan dengan restoran.


Setiap bilik ada balkoni ~


Kolam renang dibuka pada jam 9 pagi hingga 9 malam. Sebelum itu, kerja-kerja pembersihan akan dilakukan. Memang enjoy kolam renang disini. Saya dan family ke kolam renang sekitar 7.30 malam. Pemandangan pada waktu malam memang lebih cantik...


Pastikan anda menggunakan pakaian yang sesuai macam ni haaa ~ Masa ni barulah saya perasan, rupanya ada juga bangunan hotel hujung ni ~


Berdekatan dengan block ini ada juga taman permainan kanak-kanak ~



Pemandangan di resort pada waktu pagi. Masih diselubungi sedikit kabus ~


Yang ni pula bahagian restoran yang berdekatan dengan reception ~


Palm beach merupakan resort bertaraf empat bintang. Sarapan yang disediakan adalah ala carte. Memang makan sepuas-puasnya sebelum balik.


Boleh mulakan dengan appetizer dulu..



Haha..ini my breakfast ! 

Hari kedua ni memang check out awal sebab nak ke taman burung, tapi sebelum tu dapatkan minuman ringan percuma dengan kupon yang diberi. Bar dibuka pada jam 9. Tapi, masa ni awal juga buka. Sekitar jam8.30pagi.


Then check out time. Masa ni, pengubahsuaian sedang dilakukan di resort ni.



Sebelum menginap di Palm beach resort and spa, I memang rajin google mengenai tempat penginapan ni dulu. Some say it haunted @ berhantu.. Menyesal juga baca review orang lain haha.. Memang hampir-hampir tukar fikiran juga nak mencari tempat menginap lain. Hoho..

Nasib baiklah my husband cool sahaja. But then, things went pretty well. Sepanjang berada di palm resort, saya tak dengar atau nampak apa-apa pun yang pelik. Lagipula, ramai juga pengunjung di situ. So, tak perlulah risau sangat mengenai apa yang anda dengar atau baca.

Hehe ~

No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.