Tutorial ni adalah cara penyediaan pencuci mulut yang sangat mudah, cepat dan sedap. Memang disukai ramai. Bukan sahaja kanak-kanak. Malah orang dewasa juga. Biasanya saya akan buat pencuci mulut ni jika ada majlis, upacara doa atau keramaian dirumah. Hasilnya.. cukup memberangsangkan. Mesti habis punya..^-^
Biasanya saya gunakan 4 benda ni ja . Kesemuanya boleh dibeli di pasaraya :
1. Makaroni - Wajib ada kerana anak saya sangat sukakan makaroni..Saya tak kisah sangat pun jenama untuk beli makaroni.. Yang penting saiznya mestilah yang paling kecil.. Sebab saiz makaroni ni akan kembang 2x ganda selepas direbus.
2.Mayonis- Saya gunakan kimball . Murah ja. Dan rasa pun lebih kurang juga dengan mayonis ladys choice.
3.Fruit cocktail- Saya lebih sukakan Ayam brand. Walaupun harganya lebih mahal berbanding brand lain, Rasanya lebih sedap.
4. Susu cair - Pilihan sendiri.
Biasanya saya akan buat dalam jumlah yang banyak untuk disimpan 2-3 hari sebagai pencuci mulut dalam peti sejuk.
Saya akan mulakan dengan makaroni... Rebus sehingga lembut.
Siap direbus. Saiz makaroni mengembang 2x ganda.
Campurkan salad buah ke dalam makaroni
Gaul Dengan mayonis. Dan sejukkan dalam peti sejuk.
Tips sebelum hidangkan kepada tetamu : pastikan tin susu cair juga telah disimpan ke dalam peti sejuk. Jadi tuangkan susu cair sebelum dihidang.Hidang dalam keadaan sejuk.
Kenapa ya ?
Jika susu cair dituang lebih awal, salad akan jadi kering kerana susu cair dah habis diserap.
Nilah dia hasilnya..Jadilah ice-cream fruit cocktail.
Cubalah sendiri :-)
No comments :
Post a Comment
Pesanan Editor ^_^
Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.