Thursday, 20 September 2012

Ketahui 5 Cara Merancang Jantina Anak

1. Kawal PH tubuh.

Untuk mendapatkan jantina anak yang anda dan pasangan inginkan. Faktor seperti PH tubuh ini amat penting.

Kenali kromosom X dan Y 
Secara saintifiknya, sperma lelaki membawa kromosom Y untuk bayi lelaki dan kromosom X untuk bayi perempuan. Wanita hanya mempunyai kromosom X dalam tubuh. Manakala lelaki membawa sperma X dan Y.

Untuk menentukan jantina, PH dalam tubuh memainkan peranan penting.Ini kerana, PH dalam tubuh menentukan kewujudan sperma X ataupun sperma Y. Sperma X lebih mesra pada persekitaran yang lebih asid. Sebaliknya pula sperma Y, mesra pada persekitaran yang lebih alkali.

Sumber PH
Sumber seperti sayur-sayuran membantu PH tubuh lebih bersifat alkali. Sumber ini penting jika anda merancang untuk mendapatkan anak lelaki.

Manakala sumber makanan seperti daging menjadikan PH tubuh lebih berasid. Ini meningkatkan peluang suami isteri untuk mendapatkan bayi perempuan.


2. Rancang jadual hubungan intim anda.

Walaupun hubungan intim penting untuk mendapatkan anak. Namun, kekerapan yang tinggi melakukan hubungan seks boleh menyebabkan kualiti sperma berkurang dan menurunkan peratus berlakunya kehamilan. Sebaik-baiknya lakukan hubungan intim bersama pasangan ketika si isteri cukup subur.

Ketika menghadiri kursus perkahwinan, ketika itu spokerperson membicarakan soal menentukan jantina. Menurut beliau, kontrasepsi yang berlaku pada hari subur awal seperti hari ke 11-15..meningkatkan peratus mendapatkan anak perempuan. Manakala diakhir hari subur, iaitu hari ke 16-19 kemungkinan peratus mendapat anak lelaki adalah tinggi. Bagaimanapun cara ini kurang tepat buat saya.. Ho ho...Untuk mengetahui hari subur anda, baca lebih lanjut disini.


3.Pilih posisi yang sesuai

Sesetengah teori mengatakan posisi semasa suami klimaks membantu pergerakan sperma.
Untuk mendapatkan bayi lelaki,  zakar perlu berada lebih dalam pada vagina semasa klimaks untuk membantu sperma Y sampai ke ovum lebih cepat.

Sebaliknya untuk mendapatkan bayi perempuan, zakar perlu berada pada posisi yang jauh dalam vagina untuk melambatkan pergerakan sperma dan memberi peluang kepada sperma X untuk bersatu dengan ovum.

Hal ini memungkinkan kematian sperma Y kerana perlu berenang jauh sebelum sampai pada telur.
Bagaimanapun, ketepatan cara ini masih diragui dan sebarang posisi juga boleh berjaya.

4. Klimaks pada wanita semasa hubungan intim.

Sesetengah anda mungkin tidak mengetahui bahawa wanita juga mempunyai tahap klimaksnya sendiri.
Namun begitu, perlu diketahui hal ini jarang berlaku terutamanya jika wanita tidak menginginkan hubungan intim tersebut.

Jika anda merancang untuk mempunyai anak lelaki, hal ini sangat membantu.
Apabila wanita mencapai tahap klimaks, maka PH dalam vagina akan berubah kerana cecair (lendir berwarna putih dan pekat)  yang dihasilkan bersifat alkali. Ini membantu sperma Y yang lebih mesra pada persekitaran bersifat alkali.

5. Jadual calendar cina

Ketahui cara merancang jantina berdasarkan usia ibu dan bulan konsepsi mengikut calendar lunar cina. Bagi saya cara ini 99% tepat kerana dibuktikan kebanyakan betul oleh para ibu. Namun, tidak semua okayy.. Baca lebih lanjut Disini

Kesimpulannya, jantina anak adalah ketentuan Tuhan., terimalah bayi anda seadanya. Zaman sekarang ni, tiada beza pun anak lelaki dan perempuan apatah lagi apabila mereka sudah dewasa nanti. Hargailah kehadiran mereka dalam hidup anda..

~Semoga bermanfaat.. !






No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.