Wednesday, 12 September 2012

Carta Ramalan Jantina Anak Berdasarkan Kalendar Cina. (Lunar)

Ibubapa mana yang tak seronok dengan berita kehamilan. Apatah lagi jika kehamilan itu telah lama dinanti-nantikan.Bila dah tahu mengenai kehamilan, saya sendiri pun rasa tak sabar nak tahu jantina bayi. Jadi bolehlah buat persediaan awal sedikit. Contohnya nama, pakaian anak dan sebagainya. Persoalan mengenai jantina adalah perkara yang wajib ingin diketahui oleh setiap ibu.

Kita tahu yang negara china cukup maju dari pelbagai sudut. Ini termasuklah kajian yang dilakukan mereka terhadap jantina anak.

Jom baca dan lihat bagaimana mengetahui jantina anak anda melalui kalendar lunar cina. Ianya juga sesuai jika anda ingin merancang jantina anak anda.


Jadual ini dibuat oleh penulis sendiri. Jika anda berniat untuk copy paste, sila beri kredit kepada blog elvinajane.

Perhatikan jadual di atas;

Menurut sejarah, manuskrip ini telah ditemui tertanam selama 700 tahun di makam kerajaan, beijing.
Kewujudan manuskrip ini dipercayai disebabkan oleh keinginan yang kuat pada zaman tersebut untuk memiliki anak lelaki sebagai waris dalam keluarga.

Dimana ia kemudiannya diamalkan oleh kebanyakkkan orang di china dan akhirnya tersebar ke seluruh dunia. Ketepatan manuskrip ini telah dibuktikan ribuan orang dan dipercayai 90% tepat. Ini termasuklah pada penulis sendiri.

Kini, manuskrip asli  ini telah disimpan oleh institut di beijing.

Bagaimana menggunakan jadual ini?

Contoh : Jika si ibu berusia 23 tahun semasa persenyawaan anak berlaku pada bulan mac, maka bayi akan lahir berkemungkinan besar adalah perempuan.

~ Semoga bermanfaat..

2 comments :

  1. Hai...info ni sangat menarik..I hope ramalannya betul utk my baby nie..I copy this info to my blog ye.

    ReplyDelete
  2. @ct

    Tq. Carta ini hnya rmalan nmun dibuktikan tepat oleh rmai ibu. Artikel ni ble dicopy. Hnya prlu bg kredit pda blog ni..

    ReplyDelete

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.