Sunday, 23 September 2012

Ketahui 10 Petanda Anda Bakal Ditinggalkan Kekasih

Baca bagaimana mengetahui tanda-tanda si dia telah bosan dengan anda. Keadaan yang berterusan ini mungkin menjadi penyebab anda dan si dia putus!

Anda mungkin dapat menyelamatkan hubungan anda dan si dia dengan memperbaiki petanda ini.

1. Tidak berminat untuk memujuk anda lagi. 

Sudah menjadi lumrah dunia kekasih untuk saling memujuk apabila berlaku pergaduhan.Anda merajuk dengan si dia dan mengharapkan si dia untuk memujuk anda. Namun anda mendapati si dia hanya membiarkan anda. Apabila anda menghubunginya, dia hanya bersikap tenang seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku antara anda dan dia. Lebih menyakitkan hati apabila si dia memberikan pelbagai alasan untuk memujuk anda.

2. Si dia semakin jarang berkongsi masalah dengan anda 

Ketika mula-mula bersama dulu, andalah orang pertama yang dicarinya ketika berhadapan dengan masalah. Anda mengetahui segala kesulitan yang pernah dialaminya. Kini, si dia sudah tidak berminat untuk menceritakan apa-apa lagi pada anda. Anda hanya perasan dia menjadi lebih pendiam jika dalam kesulitan ketika bersama dengan anda. Ketika anda bertanya, si dia hanya menjawab bukan masalah berat ataupun besar.

3. Seringkali anda yang memulakan sms atau call 

Seronoknya ketika si dia sering mengajak anda untuk text pada mula-mula bercinta dulu. Awal pagi dah dikejutkan oleh sms si dia. Malam pula tak sah kalau tak terima call dari si dia. Kalau lambat reply, si dia pun tercari-cari anda. Kini, nak harapkan si dia text anda dulu pun payah. Apatah lagi nak terima panggilan darinya. Hendak kita saja dulu yang mencari dia. Rasa menyampah pun ada.

4.Si dia tak cemburu! 

Wah. Ni sememangnya perkara bahaya buat pasangan kekasih. Tak ada perasaan cemburu bermaksud hati si dia tidak berbunga-bunga terhadap anda lagi. Jika berterusan, si dia mungkin hilang minat untuk bersama anda.

5. Si dia kerap memberi alasan untuk keluar dengan anda. 

Dulu, anda dan si dia bagaikan belangkas. Hendak ke mana-mana pasti anda bertemankan si dia. Anda tak mengajak si dia pun, si dia tebalkan muka hendak mengikuti anda. Sekarang nak mengajak si dia keluar ke mana-mana, macam-macam penyakitnya timbul.

6.Anda memberi pendapat akan sesuatu, tetapi si dia lebih suka mengikut kata hatinya 

Anda dan si dia keluar membeli belah pakaian dan anda memberi pendapat si dia lebih sesuai memakai kemeja. Tetapi anda mendapati si dia hanya mengikut kata hatinya dan tak peduli pendapat anda langsung!

7. Si dia lupa hari istimewa anda

 Hari-hari istimewa anda biasanya sentiasa diingati oleh si dia. Tapi kini anda pula sentiasa kena ingatkan dia. Nak kena pakai sindiran pula tu. Si dia sebenarnya bukan tak ingat. Saja buat-buat lupa kerana tak penting lagi buatnya. Nak harapkan sesuatu darinya bagai menanti bulan jatuh ke riba!

8. Anda mendengar berita pasal si dia dari orang lain 

Si dia menghadiri parti bersama rakan-rakannya semalam tanpa pengetahuan anda. Bezanya dulu semua kena minta kebenaran anda. Sekarang si dia tak bagitau anda pun hendak keluar dan anda sendiri mengetahuinya dari orang lain.

9. Si dia hanya berdiam apabila anda bercakap mengenai masa hadapan anda berdua 

Anda bercakap lebih lanjut tentang hubungan anda contohnya perkhawinan, rumah dan anak-anak. Namun si dia hanya berdiam. Apabila anda meminta pendapatnya, anda hanya akan menerima no comment daripadanya. 

10. Si dia mengeluarkan kata-kata tersirat memutuskan hubungan 

BE ALERT! Dengan setiap kata-katanya. Si dia mungkin ingin memutuskan hubungan dengan anda. Dia hanya bercakap dengan tersirat. Namun berharap anda akan memahami niatnya tidak ingin bersama anda lagi.

No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.