Sedikit pemahaman mengenai kandungan najis
Najis kita sebenarnya mengandungi 75% air. Sebab itulah menahan untuk membuang najis tidak digalakkan, kerana setiap kali kita menahan kandungan air dalam najis akan berkurang. Sembelit akan berlaku. Selain air, najis kita juga mengandungi lemak, bilirubin, makanan yang tidak dapat dicerna, garam mineral, bakteria dan mukus dari sistem penghadaman.
Warna Najis
Ia ditentukan oleh hempedu dan bilirubin kita. Bilirubin adalah hasil sampingan dari sel darah merah. Ia dihasilkan daripada hati kita dan kemudiannya dipindahkan ke pundi hempedu. Disini ia akan bercampur dengan hempedu, Kebanyakan bilirubin yang turun ke usus telah dipecahkan oleh bakteria dan keluar melalui najis dan juga kencing. Warna utama adalah kuning. Namun agak berbeza sedikit bagi najis, berwarna coklat terang kerana telah bercampur dengan pemakanan kita.
Perubahan warna najis : Bila anda patut risau ?
Warna hijau
Kebanyakan individu risau apabila najisnya berwarna hijau. Namun, ia mungkin disebabkan oleh pengambilan zat besi ataupun pemakanan hijau seperti sayur-sayuran, minuman atau pewarna makanan yang menyebabkan perubahan pada warna najis. Ia juga terjadi apabila berlakunya diarea. Makanan bergerak terlalu cepat menuju ke usus besar. Akibatnya, hempedu tidak dapat menjalankan proses untuk memecahkan produk dengan sempurna.
Warna najis pudar / pucat
Ini berlaku apabila kekurangan produk hempedu dalam najis. Ia adalah amaran bahawa sistem hempedu anda mungkin mengalami sekatan atau tersumbat. Namun begitu, ubat-ubatan anti diarea juga boleh menyebabkan warna najis menjadi lebih pucat dan pudar.
Najis berwarna kuning, berminyak serta berbau busuk
Ini menandakan kandungan lemak berlebihan dalam najis. Ia berlaku apabila penyerapan tidak dapat diproses dengan sempurna. Biasanya ia disebabkan oleh penyakit tertentu seperti penyakit celiac, hepatitis dan sirosis hati.
Warna hitam
Boleh berlaku disebabkan ubat-ubatan yang anda ambil ataupun pendarahan pada bahagian atas usus. Biasanya ia disertai dengan bau yang amat kuat.
Warna merah segar
Pendarahan pada bahagian bawah usus. Biasanya ia disebabkan penyakit yang lebih ringan seperti buasir. Namun ia juga boleh disebabkan pemakanan yang berwarna merah.
Sifat Najis
Menurut Bristol Stool Form scale (skala najis Bristol), sifat najis dibahagikan kepada 7 :
Najis jenis 1 dan 2 bermaksud pengambilan air anda amat kurang dan menyebabkan sembelit berlaku. Sembelit sememangnya tidak membuatkan anda selesa. Namun bahan kumuh yang tidak disingkirkan boleh menyebabkan kesakitan, kurang selera, meneran yang akhirnya menyebabkan buasir dan lebih parah lagi, menyebabkan kanser usus untuk jangka masa panjang.
Jenis 3# Dr Oz menyatakan najis yang normal sepatutnya berbentuk S, ketika temubualnya dengan Oprah Winfrey. Selain itu, ia seperti bentuk ular samada mengandungi rekahan atau tidak.
Jenis4# Najis licin dan lembut
Jenis 3 dan 4 menunjukkan sistem penghadaman anda berjalan dengan baik dan lancar.
Jenis 5# Tompok najis kelihatan terpotong lebih jelas
Jenis 6 # Najis ini disifatkan nampak lebih lembut dan anjal dengan bahagian tepi yang kasar
Jenis 7 # Najis ini adalah kandungan cecair tanpa mengandungi pepejal.
Najis jenis ini jika berterusan boleh menyebabkan tubuh mengalami dehidrasi dan ketidakseimbangan garam mineral.
Najis terapung
Isu ini nampaknya agak hangat juga. Mungkin ramai yang tidak pernah peduli jika najis mereka terapung. Namun, ia bukanlah keadaan yang merisaukan. Keadaan ini biasanya akan berlaku sekali-sekala. Najis terapung disebabkan oleh penyerapan nutrisi yang tidak sempurna. Ia juga boleh berlaku disebabkan oleh kandungan gas yang terlalu banyak. Kurangkan pemakanan yang mengandungi gas contohnya kubis.
Biasanya individu yang mempunyai penghadaman normal akan membuang najis sekurang-kurangnya sekali sehari. Jika anda tertanya-tanya tabiat membuang air besar 2-3 kali sahaja seminggu berbahaya atau tidak ? Jawapannya adalah ya. Bahan kumuh kita sebenarnya tidak sihat. Ini kerana ia mengandungi toksin yang dikeluarkan dari tubuh. Toksin yang tidak dikeluarkan akan diserap semula oleh tubuh dan menyebabkan tubuh kita tidak sihat dan mengalami simptom seperti letih, tidak bermaya dan juga jerawat.
~ Semoga bermanfaat
Sifat Najis
Menurut Bristol Stool Form scale (skala najis Bristol), sifat najis dibahagikan kepada 7 :
Jenis 1# Najis mengandungi ketulan keras yang menyerupai kacang.
Jenis 2# Najis berbentuk sosej dan berketul-ketulNajis jenis 1 dan 2 bermaksud pengambilan air anda amat kurang dan menyebabkan sembelit berlaku. Sembelit sememangnya tidak membuatkan anda selesa. Namun bahan kumuh yang tidak disingkirkan boleh menyebabkan kesakitan, kurang selera, meneran yang akhirnya menyebabkan buasir dan lebih parah lagi, menyebabkan kanser usus untuk jangka masa panjang.
Jenis 3# Dr Oz menyatakan najis yang normal sepatutnya berbentuk S, ketika temubualnya dengan Oprah Winfrey. Selain itu, ia seperti bentuk ular samada mengandungi rekahan atau tidak.
Jenis4# Najis licin dan lembut
Jenis 3 dan 4 menunjukkan sistem penghadaman anda berjalan dengan baik dan lancar.
Jenis 5# Tompok najis kelihatan terpotong lebih jelas
Jenis 6 # Najis ini disifatkan nampak lebih lembut dan anjal dengan bahagian tepi yang kasar
Jenis 7 # Najis ini adalah kandungan cecair tanpa mengandungi pepejal.
Najis jenis ini jika berterusan boleh menyebabkan tubuh mengalami dehidrasi dan ketidakseimbangan garam mineral.
Najis terapung
Isu ini nampaknya agak hangat juga. Mungkin ramai yang tidak pernah peduli jika najis mereka terapung. Namun, ia bukanlah keadaan yang merisaukan. Keadaan ini biasanya akan berlaku sekali-sekala. Najis terapung disebabkan oleh penyerapan nutrisi yang tidak sempurna. Ia juga boleh berlaku disebabkan oleh kandungan gas yang terlalu banyak. Kurangkan pemakanan yang mengandungi gas contohnya kubis.
Biasanya individu yang mempunyai penghadaman normal akan membuang najis sekurang-kurangnya sekali sehari. Jika anda tertanya-tanya tabiat membuang air besar 2-3 kali sahaja seminggu berbahaya atau tidak ? Jawapannya adalah ya. Bahan kumuh kita sebenarnya tidak sihat. Ini kerana ia mengandungi toksin yang dikeluarkan dari tubuh. Toksin yang tidak dikeluarkan akan diserap semula oleh tubuh dan menyebabkan tubuh kita tidak sihat dan mengalami simptom seperti letih, tidak bermaya dan juga jerawat.
~ Semoga bermanfaat
bagaimana jika najis berwarna putih keruh.adakah ia dikira sebagai lendir?.dan adakah ia berbahaya?
ReplyDeleteTanda2 kematian
DeleteTanda2 kematian??
DeleteBagaimana pula najis yang berbau lebih busuk dari kebiasaan
ReplyDeletekurang pengambilan sayur sayuran dan buah buahan
DeleteMcm mne plak kalau najis yg keluar dlm keadaan becampur. Awalnya najis solid tp licin bwrna collat gelap kemudian diikuti najis yg lembik bwarna kuning?
DeleteBagaimana jika nagis berwarna hijau lumut, cair dan separuh tengelam, separuh timbul?
ReplyDeletenajis cair hampir kepada air cuma ade sedikit kepingan najis yg berwarna kuning dan najis berbau busuk berlaku hampir 3 hari...
ReplyDeletemcm mn pula jija cair dan berbuih?
ReplyDeletenajis Anak saya dlm beberapa Hari ini nampak pucat..dia mudah utk tidur dan kurang bermain. Mohon penjelasan..tq
ReplyDeleteNajis ank brwtna kuning dan cair..dn dia poo..penuh 1 pampers.ap yg perlu dilakukan.
ReplyDeleteAdakah normal bila lps mkn sesuatu buah kluar warna sama ngn buah trsebut?
ReplyDeleteSaya nak tanya. Bagai mana nak ubat anak kucing yg berak nya warna hitam?? Sebab saya dah pg vet. Doc tu ckp cirit birit. Bg ubat yg diberi trs warna hitam dah mcm minyak hitam dituka.n bau dia sgt busuk. Ada kah itu sangat bahaya???

ReplyDelete