Thursday 29 November 2012

Kenali kanser servik (HPV)

Kanser servik merupakan kanser kedua tertinggi dikalangan wanita seluruh dunia.

Apa itu virus HPV

Virus hpv ataupun nama panjangnya human papilloma virusmerupakan sejenis jangkitan virus yang paling kerap berlaku disaluran reproduktif .
Terdapat lebih 100 jenis virus hpv. Dari  jumlah tersebut sebanyak 40 jenis telah dikenalpasti boleh menjangkiti kawasan genitalia.

Virus HPV boleh dikategorikan sebagai HPV berisiko tinggi dan HPV berisiko rendah.

Virus HPV berisiko tinggi – HPV jenis 16,18,31 dan 45. Virus ini boleh menyebabkan kanser servik. Jangkitan HPV berisiko tinggi ini biasanya berlaku pada wanita muda yang aktif dalam aktiviti seks.
(Jangkitan HPV boleh menyebabkan keabnormalan sel yang seterusnya perlahan-lahan kanser)

Virus HPV berisiko rendah – Jarang sekali menyebabkan kanser. Ia hanya meyebabkan kejadian ketuat pada alat sulit.

Tanda-tanda dan gejala

Tiada sebarang gejala. Ramai individu HPV tidak menyedari mereka telah dijangkiti. Virus boleh tinggal dalam tubuh individu tersebut untuk tempoh yang lama atau seumur hidup tanpa simptom.

Punca HPV

1.Sering bertukar pasangan seks
2.Sistem imun badan lemah.

Ujian status jangkitan HPV

Anda yang telah berkahwin ataupun aktif secara seksual digalakkan menjalani pemeriksaan pap smear secara berkala. Ujian ini penting untuk mengesan perubahan sel yang berlaku pada servik. Pengesanan awal penting kerana seseorang wanita boleh dijangkiti lebih dari 1 jenis virus HPV.

Rawatan HPV

Belum ada rawatan untuk menyembuhkan jangkitan ini. Bagaimanapun, lesi pra kanser servik boleh dirawat pada peringkat awal.

Vaksin pencegah HPV

Penggunaan vaksin HPV mengurangkan jangkitan HPV dan memberi 70% perlindungan daripada jangkitan HPV merbahaya jenis 16 dan 18. Vaksin ini merangsang penghasilan antibodi daripada tubuh bagi melawan jangkitan ini.

Sumber artikel : KKM

No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.