Monday, 13 April 2015

Ketahui Sindrom Bradycardia Dikalangan Mereka Yang Aktif Bersukan

Jika anda seorang yang kerap bersukan, ketahuilah bahawa kerap bersukan akan menjadikan bacaan denyutan jantung lebih rendah. Keadaan ini dikenali sebagai sindrom bradycardia ataupun nama lainnya adalah athletic heart syndrome (AHS).  Sindrom ini adalah patologi biasa yang dihadapi oleh para atlet. Simptom bagi kes ini sukar dikesan kecuali atlet menjalani pemeriksaan vital sign. (Cek blood pressure, heart rate dan lain-lain)

Paras normal Denyutan jantung manusia ?
Ketika seseorang itu dalam keadaan rehat, paras jantung yang biasa dicatatkan adalah dalam lingkungan 60-100 per minit.  Jika denyut jantung kurang dari 60, keadaan ini dipanggil bradycardia. Apabila denyutan jantung melebihi 100 dan ke atas. Keadaan ini dipanggil tachycardia. Tachycardia biasa berlaku semasa dan selepas bersukan ataupun jika seseorang itu sedang nervous / cemas.

Bagaimana AHS  berlaku ? Kekerapan bersukan yang melebihi 5 jam seminggu menyebabkan pembesaran jantung berlaku. Keadaan ini dipanggil cardiomegaly. Denyutan jantung ketika rehat juga dilihat lebih rendah daripada paras normal denyutan jantung.


Kenali cardiomegaly ?
Patologi ini disifatkan sebagai pembengkakan organ jantung. Ini disebabkan pada penebalan otot dinding jantung. Terutamanya pada bahagian ventrikel kiri jantung, yang mengepam darah beroksigen ke aorta. Terutamanya ketika aktif bersukan, lebih banyak darah beroksigen perlu disalurkan ke bahagian tisu periferal seperti tangan dan kaki.

Saiz jantung yang lebih besar membenarkan darah dan oksigen (cardiac output) megalir keluar dari jantung dalam jumlah yang lebih besar juga. Ini menyebabkan denyutan jantung lebih perlahan kerana banyak jumlah darah yang dipam keluar dalam setiap denyutan.

Adakah pembesaran saiz jantung kekal ? Menurut kajian, Seorang bekas atlet profesional sukan berbasikal yang telah bersara, masih mempunyai saiz jantung yang besar walaupun telah bersara selama 30tahun. Bagaimanapun tiada penemuan ia membawa kesan buruk kepada kesihatan beliau.

Satu kajian yang lain pula membuktikan atlet profesional yang tidak melakukan sukan berat selama 6tahun, mempunyai saiz hati yang normal serta berfungsi secara normal.


Athlete heart syndrome merbahaya ? Tidak sebenarnya. Apa yang menarik pasal AHS ni, pembesaran jantung tidak akan menyebabkan kesihatan mereka terganggu malah telah dibuktikan dalam penemuan pakar mereka mempunyai umur yang lebih panjang dikalangan populasi.

Tips Penting buat para atlet/ mereka yang aktif bersukan?
Anda perlu tahu walaupun sindrom ini berkaitan dengan jantung, ia bukannya penyakit berat bagi jantung.

Jika anda mengalami sakit jantung yang serius, anda akan mengalami ;

~chest pain / discomfort. Rasa berat pada bahu kiri dan merebak ke hingga ke belakang. Tangan juga terasa kebas.
~ Short of breathness
~Pembengkakan kaki, perut ataupun area mata.
~Kerap pitam
~Tachycardia / bradycardia

Apapun, jika anda ingin memastikan bahawa jantung anda sihat, anda boleh jalani pemeriksaan formal jantung, ECG untuk mengetahui jika jantung anda berfungsi dengan baik.

# Pastikan anda memberitahu doktor anda seorang atlet ataupun anda mengalami Athletic heart syndrome setiap kali pemeriksaan agar anda tak disalah ertikan seorang yang berpenyakit jantung.  ^_^

Info Tambahan : 

Record dunia ; Atlet berbasikal Miguel Indurain mempunyai denyutan jantung yang terendah dicatatkan ketika dalan keadaan rehat iaitu 28bpm.





No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.