Saturday, 9 April 2016

Review Shaklee : Mealshake Nutrisi Tambahan Untuk Anak Kurang Selera Makan !

Sebut pasal shaklee, memang cukup popular sebagai pengeluar produk kesihatan dan kecantikan yang selamat serta semulajadi... Mula-mula saya kurang berkenan dengan produk ni. Sejauh mana keberkesanannya.?? Ho ho.. Tapi, hingga hari ini banyak juga produk keluaran shaklee yang saya dah cuba.

Apapun saya bukan pengedar atau tukang promote shaklee ya. Review ini hanyalah testimoni jujur saya sebagai pengguna shaklee. Kalau dah berkenan dengan produk shaklee, ada baiknya jadi member sahaja. Sebab harganya memang jauh lebih murah. Carilah branch shaklee berdekatan dengan anda supaya tak ada kos postage. Jimat okayy..

Serba sedikit tentang mealshake ;

Untuk pengetahuan anda, mealshake ni sesuai untuk semua peringkat umur. Bermula dari kanak-kanak berusia setahun sehinggalah orang tua. Memang sesuailah sebagai minuman tambahan dan pelengkap seisi keluarga.

Mealshake ni kaya dengan protein, kalsium dan juga vitamin. Ia mengandungi 19 jenis vitamin dan mineral penting yang tubuh kita perlukan. Selain itu, ia mengandungi 9 jenis asid amino yang mana bagus untuk individu yang ingin menambah ketinggian. Terutamanya anak kecil dan remaja.

Mealshake juga bertindak sebagai anti oksida, pemulihan masalah kulit seperti eczema dan membantu tubuh untuk detoks. 

Parenting 

Bila dah jadi parents, ada satu hal yang memang merungsingkan. Iaitu anak kurang selera makan. Kebanyakan kanak-kanak yang membesar akan melalui tahap ini. Tambahan pula anak saya ni memang tak suka makan sayur. Hanya makan ikut kesukaannya sahaja seperti ikan, sup, kicap dan juga daging. Kalau simpan sayur dalam makanan, memang si kecil ni akan buang jauh-jauh. Fuh ! Pening kepala juga...

Bila tak cukup nutrisi, anak akan lebih kerap jatuh sakit. Jadi kenalah cari suplemen tambahan untuk boost imuniti si kecil. Sebelum beri my kid mealshake, ada beberapa pemakanan tambahan yang saya pernah beli untuk si kecil. Paling last sekali, appeton multivitamin Lysine. Hmmm.. tak banyak yang saya boleh katakan.


Disebabkan saya ni seorang kaki 'google', barulah terbaca pasal mealshake ni..Banyak juga positif review.



Harga mealshake 544g

Non member Rm113.75
Member Rm96.46

Nampak perbezaan harga bukan ? Nak minum mealshake untuk jangkamasa panjang ada baiknya jadi member. Hihi... Selain my kid, family saya juga merupakan consumer mealshake. Minuman ni hanya perlu diambil sekali sehari. Boleh buat resepi ; campur dengan coklat, buah-buahan. Ikut kesukaan dan kreativiti sendiri. 

Pengambilan mealshake berbeza-beza mengikut usia dan keperluan individu. Oleh itu, mealshake 544g ni tahan sebulan hingga 2 bulan. Cara bancuh boleh lihat pada bahagian belakang botol.



Atau :

~ Anak berusia 1 hingga 4 tahun : 1 sudu kecil 

~ Anak berusia 4 hingga 12 tahun  : 2 sudu kecil 

~ Anak 13 tahun & Orang dewasa : 2 sudu besar


Elak bancuh dengan air panas kerana boleh merosakan kandungan zat dalam mealshake. Walaupun mealshake ni mempunyai perasa french vanila yang manis dan sedap baunya, namun ia merupakan suplemen rendah glisemik.  So, tak perlu risau akan kandungan gula ya :-)

Biasanya saya akan tuang sedikit air panas, kemudian air sejuk. So, ia suam-suam sahaja. Barulah campur 2 sudu kecil mealshake. Rasa original pun dah sedap. Gunakan botol shaker untuk menggoncang.



Dengan menggunakan shaker, rasa mealshake lebih creamy dan sedap..


Sesetengah kanak-kanak tak suka makan tablet. Jadi minuman penuh nutrisi memang optional yang terbaik. Anak saya memang sukakan perisa ni. Bila dah beri sekali. Haaa...memang akan minta tambah pula.

Walaupun anak saya mula minum mealshake ni pada bulan april, ada sedikit perubahan yang saya perasan iaitu selera makannya bertambah baik. Plus sistem penghadamannya juga lancar . Jika anak anda kerap sembelit, mealshake bantu lancarkannya juga.

So far, berat badan anak saya masih normal. Risau juga selera makannya jadi punca obesiti. Hoho.. Anak saya ni memang jenis berisi sejak kecil. Untuk anak yang mempunyai masalah kurang berat badan, memang sesuai sangatlah dengan mealshake ni.

~Hoho..rasa tertarik tak dengan mealshake? Review ini hanya untuk membantu penilaian parenting diluar sana ya..Semoga bermanfaat ! 




No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.