Sunday, 10 April 2016

Cara Paling Mudah Tukar Domain Blogspot.my kepada .com Dengan NetKL

Percaya atau tidak, domain buat blog kita nampak lebih profesional. Lagi singkat url blog, lagi senang pengunjung nak ingat dan datang semula ke blog kita. Sekarang ni, bukan laman web informasi dan jualan sahaja yang menggunakan domain berbayar, malah blog personal juga.

Domain name yang nampak 'pro' menunjukkan seriusnya kita dalam penulisan blog. Beralih ke domain name .com bukannya percuma ya. Kita perlu bayar sekali setahun. Baru-baru ini juga saya menggunakan servis NetKL untuk beli domain name. Namun, bukan untuk blog yang anda sedang baca ya ^_^

NetKL mempunyai servis yang cukup cekap menurut pengalaman saya.


NetKL menawarkan servis domain dan hosting di malaysia. Agak mudah untuk kita berurusan. Senarai harga yang ditawarkan oleh Netkl anda boleh lihat disini.




Domain .com adalah antara domain yang paling murah. Rm45 setiap tahun. Apa anda perlu buat mudah sahaja.

1. Masuk ke laman NetKL.

2. Hanya perlu place order untuk daftar. Pada bahagian menu, pilih Domain. Kemudian pada bahagian submenu pilih Buy Domain Only.



3. Anda akan dibawa ke ruangan ini. Cara beli mudah sahaja. Lihat pada bahagian kiri anda. Saya telah tandakan arrow. Langkah-langkah untuk beli. choose product > Domain options > confirm order > checkout.

Pada laman ini, klik I want NetKL hosting to register a new domain for me. Kemudian masukkan nama url blog yang anda inginkan.  Lihat pada bahagian status jika available. Kemudian barulah anda klik Add to cart.



4. Setelah add to cart, anda akan dibawa ke bahagian configure. Bahagian ni saya tak letak apa-apa. Hanya biarkan kosong. Default sahaja. Kemudian update cart.



5. Sahkan pembelian anda. Pada ruangan confirm order, anda akan mengisi butir-butir peribadi termasuk alamat dan daftar sekaligus untuk NetKL. Disebabkan tutorial ini untuk tunjuk ajar semula sahaja. So, Tak ada screenshot untuk bahagian ini ya.

6. Checkout bila dah selesai. Anda akan dibawa ke ruangan invoice.  Ini contoh invois saya sendiri dari NetkL.



Buat pembayaran mengikut kaedah yang anda inginkan. Samada online transfer / ATM transfer / cash desposit / Paypal. Pastikan anda simpan atau screenshot bukti pembayaran.

7. Anda akan dapat emel notifikasi dari NetKL. Mereka akan maklumkan Important notice mengenai terma dan syarat pembayaran..

8. Selepas maklumkan pembayaran, tunggu feedback dari NetKL. Setelah proses ini berjaya. Anda akan memiliki domain name anda sendiri.



9. Ooopss, masih belum selesai ya. Anda perlu melakukan setting pada blogspot juga.

Manage DNS setting di blog

Ada ramai blogger yang menulis mengenai tutorial untuk Dns setting. Namun, jika anda tak mahu peningkan kepala seperti saya ^_^, anda juga boleh beli servis untuk setting ini di NetKL.

Servis ini berharga Rm3 sahaja.

Langkah untuk pembelian ini mudah sahaja. Login ke akaun anda di NetKL. Klik pada Domain > custom Domain Services > Use at Blogspot.com (without Email Package)



Kemudian order servis ini.


Buat pembayaran dan maklumkan ke NetKL.

Setelah proses ini selesai, NetKL akan maklumkan anda melalui emel...


Dan selesai. 

7 comments :

  1. sy pun beli domain dgn netkl. masa tu rm35 je. sy x reti nak setup penukaran domain ti di blogspot. terus setuju bayar rm5...x sampai 30 minit dah bertukar ke dotcom!

    ReplyDelete
  2. Cik elvina,
    bila kita tukar ke domain sendiri....
    1. trafik ke blog kita di kira semula atau di bawa sekali
    2. ada effect tak dalam carian google -
    3. google adsense (non-hosting) kira auto approve ke dari google?
    tq ;-)

    ReplyDelete
  3. kalau harga charge yg RM3 tu sentiasa naik ke ???

    ReplyDelete
  4. Sangat2 membantu. Terima kasih banyak2 tuan :)

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kerana post ini sangat-sangat membantu. Memang tepat apa yang saya cari. Kebetulan saya juga adalah client NetKl.

    ReplyDelete

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.