Saturday, 30 May 2015

10 Idea Kreatif Doorgift Perkahwinan Yang Anda Boleh Buat Sendiri Dirumah !

Perkahwinan merupakan peristiwa yang paling bermakna dalam hidup. Setiap kita mahukan perincian yang terbaik dari aspek pemilihan konsep perkahwinan hinggalah ke doorgift untuk para tetamu jemputan.

Untuk memberi doorgift kadangkala budgetnya mampu mencapai hingga ke Rm1 ribu hingga Rm 2 ribu. Bagi anda yang kekurangan budget ataupun mahu kelainan dalam perkahwinan. Bolehlah cuba buat sendiri doorgift.  Siapa kata anda tak boleh buat sendiri dari rumah ? 

Saya kongsikan dengan anda 10 jenis idea perkahwinan yang anda boleh buat sendiri. Jika anda berniat untuk membuat doorgift sendiri, pastikan anda mula melakukannya 3-5 bulan lebih awal.

1. Kipas kertas

Sumber : lullabylubbock.blogspot.com

Sumber : zikamu.com

Tatkala suasana yang sering panas diwaktu majlis perkahwinan, bolehlah anda pertimbangkan untuk buat kertas kipas sendiri. Ada banyak tutorial yang mengajar bagaimana membuat kipas kertas yang amat unik dan cantik.. Idea # jika anda ingin gambar wajah sendiri pada kipas kertas, bolehlah print gambar anda sendiri. Gunakan kertas yang sedikit keras agar gift anda nampak lebih berkualiti.


2.Tisu poket

Sumber : winkdesign.typepad.com

Sumber : stict hc raft reactions.com

Nak buat tisu poket tak ? Budget untuk buat projek diy ini juga lebih murah. Apa yang anda perlu buat, beli kain yang mempunyai corak yang comel dan mulakan menjahit. Kain felt juga boleh digunakan untuk membuat tisu poket.


3. Jar kreatif

Sumber : fabartdiy.com

Sumber : pixshark.com

Sumber : Somethingturquoise.com

Jika anda mempunyai pelbagai jar kaca dirumah, jangan buang ya ^_^.. kerana banyak projek diy boleh dilakukan. Jar boleh digunakan untuk letak kuih atau apapun decoration yang anda mahu. Nampak tak pic tu..cantik bukan.. Gantikan patung dengan heart shape ataupun any item yang related to love.. ho ho.. # tambah riben pada penutup botol supaya nampak lagi comel...hi hi...


4. Lilin

Sumber : Diycozyhome.com

wonderfuldiy.com

Lilin memang jarang rasanya digunakan sebagai pilihan doorgift. Apapun jika anda berkenan dengan lilin, tidak salah untuk anda cuba membuatnya. Jangan terkejut yang anda sendiri boleh hasilkan lilin yang penuh colourful sendiri.


5. Keychain

Sumber : aspoonfullofideas.com

sororitysugar.tumblr.com

Doorgift keychain adalah antara pilihan yang digemari ramai. Ia sesuai digunakan samada untuk tetamu lelaki, perempuan mahupun kanak-kanak. Ada pelbagai jenis keychain yang anda boleh buat sendiri. Terpulang pada keinginan dan kreativiti anda sendiri. ^_^


6. Perfume

Sumber : peaceloveandlowcarb.com

Sumber : gomakeme.com

Siapa sangka kita sendiri juga boleh menghasilkan pewangi dari rumah. Nak dapatkan sumber wangian mungkin menjadi cabaran sedikit bagi anda yang ingin menghasilkan doorgift perfume. Boleh cuba cari essense dikedai barangan kreatif dan diy seperti kaison. 


7. Handkerchief a.k.a sapu tangan

Sumber : destinationweddingmag.com

Sumber : aliexpress.com

Ini antara idea wedding yang paling mudah untuk anda lakukan. Anda hanya perlu beli handkerchief dan lakukan wrapping ataupun bentuk sapu tangan pada design yang paling kreatif. Jika anda agak kelam kabut sedikit, kemungkinan hanya tinggal 1 bulan before wedding, boleh try idea ini.


8. Notebook

Sumber : wedding-splendor.com

Sumber : simplemommie.com

Untuk membuat notebook sebagai doorgift, pastikan anda pilih notebook yang kecil agar ia nampak lebih comel. Jika anda teringin gambar perkahwinan pada muka depan notebook, anda hanya perlu keluarkan printer dan print gambar anda. 


9. Sudu / Garfu

Sumber : lizhouweb.com


Sumber : tamarajewelry.wordpress.com

Tak kiralah samada anda memilih sudu / garfu jenis kayu ataupun besi, untuk menghiasnya tidaklah sesukar mana. Banyak kedai barangan dapur yang menjual pelbagai jenis sudu. Sesetengah bentuknya cukup unik dan boleh dijadikan pilihan doorgift. Jika anda rajin, bolehlah tambah coklat ataupun pemanis pada sudu..


10. Ornament idea

 Sumber : google 

Sumber : happygoluckyblog.com

Doorgift jenis ini rasanya amat jarang kita nampak. Ia lebih popular dinegara barat. Apapun anda boleh cuba melakukannya kerana ia bukan sahaja kreatif dan cantik, tapi, ia juga unik.

Untuk melihat pelbagai kraftangan diy hasil tangan saya sendiri. Boleh lihat Disini.

Bagaimana ? Adakah sumber ini mencetus sebarang idea kreatif untuk anda... Drop your comment and share !



8 comments :

  1. nice ! thank you for sharing :)

    ReplyDelete
  2. As the admin of this site is working, no uncertainty very rapidly
    it will be well-known, due to its quality contents.

    ReplyDelete
  3. Whoa! This blog looks just like my old one! It's on a entirely different topic but it
    has pretty much the same page layout and design. Excellent choice
    of colors!

    ReplyDelete
  4. wah kreatifnya.. doorgift bajet dan hanya diy sahaja :D

    ReplyDelete

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.