Nak tambah tinggi ? Usia dah menjangkau 22 tahun ? Jangan susah hati ya, masih ada harapan buat anda yang masih ingin menambah ketinggian walaupun sudah mencapai usia akil baligh.
Ketinggian sebenarnya ditentukan oleh pelbagai faktor. Individu yang mempunyai genetik yang tinggi lampai biasanya akan mewarisi gen tinggi ini dari orang tuanya. Jika anda tidak tergolong dalam kategori ini, kenalah berusaha lebih sedikit. Selain aktiviti harian kita seperti senaman, regangan dan tidur. Pemakanan juga sangat mempengaruhi pertumbuhan badan kita.
HGH ( Human Growth hormone ) merupakan hormon yang bertanggungjawab dalam merangsang tumbesaran kita. Setelah mencapai usia matang, hormon ini akan berhenti dihasilkan oleh kelenjar pituitari. Namun, dengan amalan tertentu seperti pengambilan nutrisi yang tepat, penghasilan hormon ini boleh berlaku.
Selain sumber makanan, penulis kongsikan resepi disini yang anda boleh cuba untuk tambah tinggi.
Resepi Jus Tambah Tinggi
Sumber asid amino amat digalakkan untuk pertumbuhan pelbagai mekanisme tubuh. Beberapa asid amino seperti L-arginine, L-Lysine sering dikaitkan dengan pertumbuhan tubuh badan.
Untuk resepi ini anda perlukan TIGA bahan ;
- Tiga biji Buah Tomato
- 250gram Kacang parang
- 250gram kubis
Tomato mengandungi sejumlah Gamma-Aminobutryic Acid (GABA) yang tinggi. Salah satu sumber asid amino. Ia membantu tubuh anda untuk rehat dan tidur dengan lebih lena. Dengan tidur yang cukup, HGH akan dihasilkan secara semulajadi untuk tumbesaran.
Kacang parang mengandungi L-Dopa, sejenis asid amino yang telah digunakan selama berpuluh tahun untuk merawat penyakit parkinson. L-Dopa meningkatkan tahap dopamine didalam otak dan menyebabkan rembesan hormon pertumbuhan dari kelenjar pituitari anterior. Individu yang mempunyai masalah G6PD tidak digalakkan memakan kacang parang.
Kubis mengandungi L-Glutamine, sumber asid amino yang paling banyak dalam tubuh. Tahap L-Glutamine HGH mampu meningkatkan keupayaan dalam penghasilan protein. Sumber protein amat diperlukan untuk perkembangan tisu dan sel tubuh kita.
Campurkan kesemua bahan ini dalam pengisar dan tambah air mengikut kepekatan yang anda inginkan. Simpan dalam peti sejuk untuk memastikan jus tahan lama. Minum jus setiap hari untuk kesan maksimum.
Ada pelbagai sumber makanan yang bantu anda tambah tinggi. Namun sesetengah sumber ini agak sukar untuk didapati. Amalkan sumber pemakanan yang mudah untuk anda dapati dan beli.
# Produk tenusu
Produk tenusu mengandungi khasiat penting untuk pertumbuhan seperti kalsium, vitamin A, B , D dan E. Vitamin D penting dalam membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang. Antara sumber tenusu adalah keju, susu, butter, yogurt dan marjerin. Individu yang ingin menambah tinggi digalakkan minum susu 2x sehari bagi memenuhi keperluan kalsium.
# Raspberry
Buah yang kaya dengan melatonin ini mampu meningkatkan penghasilan tahap HGH sehingga maksimum 157%.
# Ikan salmon
Kekurangan vitamin D secara langsung menurunkan hormon lelaki. Namun, dengan pemakanan ikan mentah seperti salmon sashimi mampu membekalkan anda 271% RDA setiap 100gm hidangan.
# Nenas
Nenas mempunyai sumber serotonin yang tinggi (Hormon yang dihasilkan antara otak dan saluran pencernaan dan bertindak sebagai 'penyampai'). Ia membantu anda untuk tidur lebih lena dan meningkatkan tahap HGH.
# Telur
Diet tambah tinggi tidak akan lengkap tanpa telur. Telur merupakan sumber protein berkualiti yang murah dan mudah didapati. Ia juga membantu membekalkan vitamin penting seperti vitamin D, kalsium, vitamin B2 tau Riboflavin untuk pertumbuhan tulang yang kuat.
# Soya
Dengan menambahkan sumber soya kepada diet harian anda, anda mendapat protein, folate, vitamin, serat dan karbohidrat. Sumber ini memperbaiki tulang, jisim tisu serta ketumpatan yang diperlukan untuk ketinggian.
# Pisang
Pisang seringkali diabaikan bagi individu yang menjaga badan dan ingin kurus kerana diketahui secara meluas mampu meningkatkan pertambahan berat badan. Namun, pada hakikatnya ada banyak manfaat makan pisang. Sumber potassium, manganese, probiotic bacteria dan kalsium membantu menambah tinggi dengan pelbagai cara.
# Ashwaganda
Jika ini kali pertama anda mendengar ashwaganda, ketahuilah ia sebenarnya sejenis herba dari India. Namun, untuk mendapatnya di malaysia mungkin agak sukar sedikit. Selain kebaikannya yang cukup banyak dari segi kesihatan, ia juga cukup popular sebagai sumber untuk tambah tinggi kerana manfaatnya merangsang penghasilan HGH. Kebanyakan individu yang ingin menambah tinggi membuat jus ashwaganda dengan mencampurkannya dengan susu untuk pertumbuhan maksimum.
# Bayam
Jika selama ini anda kurang makan sayur, mungkin anda akan tertarik dengan serat yang dimiliki oleh bayam. Bayam adalah sayur berdaun hijau yang amat mudah didapati disekeliling kita. Ia juga popular sebagai salah satu sayur penambah tinggi. Selain kaya dengan zat besi dan vitamin. Bayam merupakan sumber kalsium yang baik !
# Brokoli
Kurang gemar dengan sayur daun ? Apa kata anda cuba sayur brokoli pula. Brokoli merupakan sumber kaya vitamin C dan zat besi. Satu lagi manfaat tambahan dari brokoli ia bersifat anti kanser. Ia membantu merangsang hormon tumbesaran selain membantu anda mengekalkan diet yang sihat.

No comments :
Post a Comment
Pesanan Editor ^_^
Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.