Sunday 17 April 2016

Wajib Tahu Sumber Makanan Asid Dan Alkali Agar PH Dalam Badan Seimbang !

Perasan tak dengan lifestyle yang semakin moden, penyakit juga semakin advance ? Individu zaman dulu lagi sihat dan panjang umur. Kini, walau usia masih muda pun ada yang sudah beruban malah ada yang menghidap young hypertension. Percaya atau tidak faktor pertama yang menjadi penyumbang kepada pelbagai penyakit adalah cara hidup dan pemakanan kita. 

Apabila sifat malas melanda diri, kita lebih suka menyediakan makanan yang kita boleh dapatkan dengan segera. Contohnya seperti burger, daging, minuman ringan dan pelbagai lagi. Dengan ini, kita lebih terdedah kepada 'asid'. Namun ramai tidak menyedari hakikat ini. Jika anda kurang gemar makan sayur-sayuran atau buah-buahan, ph tubuh anda mungkin bersifat asid.

Bila pelbagai penyakit timbul, mulalah kita mencari pelbagai macam suplemen dan ubat-ubatan. Disinilah silapnya. Kita akan terjebak dengan penggunaan ubat-ubatan kimia.  Tahukah anda keseimbangan ph dalam tubuh adalah kunci utama kepada kesihatan ? 


Ph neutral dan seimbang dalam darah manusia adalah dalam lingkungan 7.35-7.45. Ph dalam saluran penghadaman manusia sebenarnya sangat berbeza. Bermula dari air liur yang mempunyai (ph 6.7-7.5) hinggalah ke usus besar (ph  4.0-7.0). Oleh itu, makanan yang kita ambil akan berubah ph apabila berada dalam tubuh.

Contoh ; Walaupun sebiji lemon bersifat asid pada luarannya, namun ia sebenarnya mengandungi sejumlah alkali yang tinggi apabila berada dalam tubuh manusia.


Alkali atau asid lebih penting  untuk tubuh ? 

Tahap Ph menentukan sejauh mana hidupan itu dapat hidup atau berkembang. Bayangkan jika ikan hidup dalam air yang mempunyai ph asid yang tinggi, sudah tentu ia mati. Seperti itu juga tumbuhan jika ditanam pada tanah yang mempunyai ph berasid, ia tentu akan mati.  

Untuk mengekalkan fungsi tubuh dan sel yang sihat, alkali amat diperlukan oleh tubuh. Namun begitu, kehilangan sumber asid secara berlebihan mampu menyebabkan metabolic alkalosis. Oleh itu, sumber asid juga penting. Pakar mengesyorkan diet yang seimbang adalah diet alkali 80% dan asid 20%.

Masalah kesihatan yang berlaku disebabkan oleh ketidakseimbangan ph tubuh adalah masalah kesuburan, cardiovascular lemah, berat badan berlebihan , masalah pundi kencing dan buah pinggang, tulang rapuh, ketidakselesaan sendi, imuniti badan berkurang, eczema, masalah eliminasi serta bertumbuhnya sel kanser.

Jom kenali sumber makanan alkali dan asid ;

Sumber makanan TINGGI alkali
Sodium bikarbonat, kale, garam laut, bayam, jus sayur-sayuran, spirulina, ubi manis, bawang putih, air mineral, timun, brokoli, alfafa.

Sumber makanan SEDERHANA alkali
Ubi beet, avokado, lemon, limau, kubis, daun saderi, bawang, tomato, aprikot, epal, asparagus, teh ginseng, kacang hijau, lobak, dandelion, capsicum, anggur, salad, bendi.

Sumber makanan RENDAH alkali
Artichoke, kacang almond, beras perang, minyak ikan kod, betik, cendawan, madu, kentang, cuka epal, buah ceri, kuning telur, terung, teh hijau, herba, minyak primerose, telur puyuh, jeruk (homemade)Pucuk alfafa, pisang, blueberry, ketumbar, minyak kelapa, telur itik, sayur-sayuran yang dijeruk, minyak api, teh halia, minyak zaitun, biji bunga matahari, kismis, cuka umeboshi, strawberi, oren, minyak sapi.


Sumber makanan NEUTRAL / SEDIKIT asid
amaranth, buah-buahan kering, gelatin, sirap mapel, minyak bunga mantahari, daging rusa, cuka, ikan, kari, kelapa, minyak kanola, krim, itik liar, minyak soya, kacang hazel, kacang hitam, nectarine.

Sumber makanan SEDERHANA asid
Kicap, mayonis, butter, oat, beras dan bijirin, ikan, delima, popcorn, legum, pasta, kambing, soya keju, prune, minyak bijan, minyak almond, susu lembu, susu, madu yang dipasteur, jagung. 

Sumber makanan TINGGI asid
Pemanis tiruan, barli, lembu, alkohol, kacang brazil, roti, gula perang, tepung, aiskrim, makanan laut seperti udang ,ketam dan tiram, ayam, keju, produk tenusu, kopi, koko, jem, cuka, kicap soya, yis.  


Secara ringkasnya; untuk mendapatkan sumber alkali, banyakkan pengambilan sayuran jenis ubi, sayuran hijau dan buah-buahan. Kurangkan pengambilan makanan segera, daging serta minuman ringan kerana ia adalah sumber utama asid.

Tubuh kita sebenarnya sentiasa membina semula struktur sel dalaman kita. Saban tahun, kesihatan dalaman kita berubah. Contohnya, badan kita akan menggantikan lapisan perut setiap lima hari, Sel kulit akan digantikan dalam kira-kira sebulan, tulang akan mengalami perubahan kira-kira setiap tiga bulan, hati setiap enam minggu dan sel darah merah akan beredar selama 120 hari sebelum ia digantikan dengan sel yang baru.

Badan kita menghapuskan kira-kira 1 billion sel-sel mati setiap hari. Oleh itu pemilihan makanan tersangatlah penting. Apa yang anda makan hari ini akan menentukan perubahan tubuh pada hari esok. Apatah lagi untuk jangka masa panjang.


















No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.