Beberapa kriteria pakej internet yang saya titiberatkan sebelum pembelian adalah :
1. Mempunyai rangkaian di pedalaman.
Disebabkan saya tinggal di kawasan pedalaman, memang kena cek dengan pusat ada tak rangkaian di kawasan tempat tinggal saya. Pakej wifi Yess merupakan antara pakej internet yang amat berbaloi. Terutamanya pakej Rm88.
2. Tidak terikat dengan kontrak
Saya sukakan kebebasan. Hoho. Bila saya tak suka dan ada tawaran yang lebih baik, semestinya kena tukar. Sebelum ni saya menggunakan pakej maxis Rm90 macam tu. 20Gb. (kuota siang 5Gb + kuota malam 15Gb). Memang terikat dengan kontrak selama 2 tahun. Kena bersabar jugalah sebelum tukar ke pakej celcom first basic.
3. Kuota sepanjang hari (Bukan Pakej Burung Hantu)
Sebagai manusia biasa, saya lebih sukakan kuota internet untuk sepanjang hari. Hoho. Tak naklah untuk kuota siang lain dan kuota malam lain. Jika anda jenis yang tak tidur malam atau ada masalah insomnia, bolehlah pertimbangkan pakej 'burung hantu'. Yang saya tahu setakat ni hanya ada celcom dan maxis yang menawarkan pakej berlainan pada hari siang dan malam.
4. Harga dibawah Rm100
Walaupun banyak pakej memberi tawaran internet yang menarik, namun ada juga yang terlalu mahal dan tidak masuk akal. Siapa nak rugi? Semua individu menginginkan pilihan internet yang murah dan berbaloi.
Fuh ! Dah cakap terlalu banyak pula. Mula-mula saya akan ulas mengenai celcom first basic kerana inilah internet pilihan saya selepas terminate pakej maxis 20Gb. Pakej ini memang sesuai dengan mereka yang inginkan pakej internet budget bawah Rm50.
Celcom First Basic
Celcom first basic ini my husband tolong belikan waktu promosi raya tahun lepas 2015. Memang berbaloi. Pakej celcom ini adalah kuota untuk sepanjang hari.
- Internet 3Gb
- Wifi 3Gb
- Free sms 50 kali
- Free call 50 minit
Malangnya di kawasan tempat tinggal saya memang tak ada celcom wifi. Rugilah....Bila dah downgrade ke 3Gb sahaja internet, memang tak cukup. Biasanya setengah bulan sahaja dah habis kuota. Nak download video dan gambar dari member whatsapp memang kena fikir dua kali lah. Sayang gila dengan kuota. Haha.. Walaupun dapat free call 50 minit dan free sms 50 kali, biasanya kena top up kredit juga sebab tak cukup.
Bila dah merungut pasal internet macam ni. Husband pun suggest untuk upgrade ke celcom first gold.
Celcom first Gold
Pakej ni saya baru upgrade kurang dari seminggu..Menurut pegawai celcom, memang banyak pengguna upgrade ke first gold ni.. My husband yang kaki online dan buat panggilan pun beralih ke pakej ni. Sekarang ni pun masih belajar berjimat kuota sebab dah jadi habit.. Menariknya, pakej ini menawarkan 10Gb internet yang berharga Rm80 sahaja. Tapi, tak termasuk Gst okay...
Sebelum ni saya gunakan dual sim, satu sebagai nombor rasmi untuk call dan sms dan yang satu pula untuk celcom first basic. Bila dah upgrade ke pakej ni, saya terminate sim celcom first basic. Sekarang ni hanya guna satu nombor sahaja sebagai internet, call & sms. Memang seronok sebab tak perlu reload kredit lagi. Ho ho..
Secara ringkasnya :
- Internet 5Gb setiap bulan
- Internet percuma pada setiap hujung minggu iaitu sabtu dan ahad. 1.25Gb akan dikreditkan setiap weekend.
- Panggilan dan sms percuma ke semua rangkaian. Elak buat panggilan ke roaming number seperti nombor 1300/ 1800/ 600 /121 dan juga panggilan video kerana caj akan dikenakan.
Apa yang best mengenai pakej celcom ni, kuota internet yang tidak digunakan akan dibawa ke hadapan. Berkenaan limit tak pasti pula. Lagipula pakej ni tidak terikat dengan kontrak. Bebas! Pakej ini akan berakhir pada 31 mac. ^_^
Review ini adalah review ikhlas saya sebagai pengguna celcom ya... Semoga bermanfaat !
Baru plan nk tukar ke Digi 75, terpaksa la stick dgn celcom, upgrade plan ni.
ReplyDeleteplan ni much better for me skrg ni still promosi plan first gold so apa lagii cpt beli sementara murah
ReplyDeleteunlimited call dan juga sms laa ku plg suke sbb dia too all network...sbb selalu utk ke dorg punya rangkaian sama je
ReplyDeletepkai plan ni mmg menraik satu dn bnyk benefit plk tu
ReplyDeletebetulka plan ni ok bila pkai nnti ????
ReplyDeleteBetul ke First Gold 10 GB rm80 sampai bulan ni je??
ReplyDeleteade kontark ke ark nak sign sumer?
line teruk
ReplyDeletebagi saya lah...pelan first gold ni lebih dari okay...cumanya sekarang ni kan dorang tengah wat modernization tower dorang and thats is why la users alami gangguan...tapi x lama kot sbb dorang dah announce dekat website and facebook dorang...
ReplyDeletegile banyak data dorg bagi?
ReplyDelete