Walaupun pembayaran ni sedikit sahaja terutama untuk blog yang dah capai setahun seperti saya. Ia tetap rezeki.. ^_^ .. Ini bermaksud blog ini masih berpotensi menjana pendapatan..Yang baik pasal cashout nuffnang ni, ia tak rumit sangat. Semudah A..b dan C.. Jadi saya sertakan proses cashout nuffnang sekali.
Pembayaran nuffnang adalah melalui cek sahaja. Ia boleh dikeluarkan sebaik sahaja capai tempoh matang iaitu Rm50.
> Bila dah matang, bolehlah terus ke bahagian earning.
Sebanyak Rm1 akan dikenakan sebagai yuran transaksi. Haa.. nasib baik baca. Nanti taklah terkejut duit amaun berkurang. Butang cashout ni hanya ada apabila amaun dah melebihi Rm50.
Memang semak sungguh-sungguh bahagian ni. Nama kena betul dan juga alamat penuh. Kalau ada perubahan boleh edit rasanya. Nanti cek tak sampai. Menyesal pula..haha..
Confirmkan dan selesai. Pop up berwarna hijau akan keluar. Bahagian ni tak sempat screenshot pula. Rupanya kita akan dapat pengesahan emel jika pembayaran telah diproses. Jika tak dapat cek selepas sebulan terima emel nuffnang, bolehlah inform pihak nuffnang. Amaun akan reset semula jadi kosong. Taraaa..
Memandangkan pilihan yang ada hanya cek. Tak ada transaksi melalui bank, tempoh menunggu memang boleh tahan lama jugalah. Kalau nak pakai duit segera, memang tak boleh harapkan pada nuffnang. Fuh !.
Sekarang ni, kena menanti dengan penuh sabar. Yeayyy!
No comments :
Post a Comment
Pesanan Editor ^_^
Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.