Monday, 2 November 2015

Tips Memulakan Bisnes Kraftangan Felt !

Felt adalah kraftangan yang cukup mudah. Ia tidak memerlukan kemahiran ataupun kursus untuk melakukannya. Asalkan alat anda cukup, anda boleh mulakan kraftangan ini dan mula menjual. Tidak seperti Crochet. Anda perlu belajar daripada individu lain untuk memulakannya. Malah ia juga mengambil masa yang boleh tahan lama sebelum boleh mula menjana pendapatan.


Felt amat diminati dikalangan para wanita. Tidak kira remaja, dewasa dan mereka yang telah berumah tangga. Ini termasuklah saya sendiri. Felt adalah satu impian yang saya berniat untuk usahakan secara serius suatu ketika dahulu. 

Saya pernah kongsikan mengenai koleksi kraftangan felt saya dalam blog ini. Anda boleh lihat ia Disini. Banyak projek d.i.y yang saya hasilkan menggunakan kain felt. Jika anda brminat untuk melihatnya, bolehlah tengok pada label projek diy.

Felt bukan rahsia lagi untuk menjana pendapatan. Asalkan anda minat melakukannya, rajin buat kajian bagaimana nak buat kraf felt, anda pasti boleh menghasilkannya dengan baik.

Sebelum memulakan kraftangan felt, saya amat sarankan anda google hasil felt dari crafter lain. Jangan mulakan tanpa pengetahuan dan membabi buta. Search dalam bahasa Inggeris ok.. Kerana anda akan lihat pelbagai felt yang unik dan cantik dari individu di seluruh dunia. Dan, terus terang saya katakan, mereka memang cukup advance. 

Saya ada buat entri sharing mengenai doorgift kreatif untuk majlis perkahwinan yang anda boleh buat sendiri. Tak sangka niche perkahwinan ini cukup hangat. Anda boleh menggunakan niche perkahwinan untuk bisnes felt ini. Contohnya buat doorgift berasaskan kain felt seperti keychain dan car charm..

Setelah anda dapat idea mengenai kraftangan felt ini... Dah tahu nak buat apa. Bolehlah mulakan cari bahan;

Nasihat saya, cuba dapatkan kain felt dimana-mana kedai kraftangan berdekatan anda. Membeli secara online pun okay juga tapi anda akan dicaj untuk kos penghantaran. Jika anda berniat untuk menjual semula, ini pasti meningkatkan kos modal anda. 

Di area kota kinabalu, sekeping kain felt bersaiz A4 dijual secara standard pada harga Rm2. Jika anda membeli dengan harga ini, masih ada untung. Cuma agak kurang. Anda kena rajin survey kedai kraftangan yang berdekatan dengan anda. Saya mampu mendapatkan harga felt paling murah pun Rm1.60 sekeping. Jika anda boleh mendapatkan harga felt yang lebih murah, bolehlah anda pertimbangkan untuk beli secara borong.

Selain kain felt, dapatkan aksesori lengkap seperti gam felt, gunting yang tajam dan bergigi yang dikhaskan untuk fabric. 
Untuk gunting yang bergigi, biasanya ia dijual sekitar Rm40 / bawah Rm 50 di kedai kraftangan. Tapi apa yang saya lihat dikedai online, harganya mampu mencecah Rm80. Fungsinya sama sahaja. Itu tak masuk kos penghantaran. 

Selain gam felt yang anda boleh letak secara manual, terdapat 1 lagi tool ataupun gam yang menggunakan elektrik. Ia memudahkan kerja dan lebih tahan lama. Tapi jika anda rasa tak cukup budget, boleh gunakan gam felt secara manual. 

Bagi mereka yang baru menceburi bidang kraftangan felt, anda mungkin pernah dengar sizzix bigshot mesin. Mesin pemotong yang dikhaskan untuk memotong corak felt. Mesin ini berharga Rm400 ke atas tidak termasuk Die untuk corak. Ia memudahkan kerja dan meringankan beban tangan apatah lagi jika anda berniat untuk menghasilkan kraf dalam jumlah yang banyak. Nasihat saya, anda mungkin memerlukannya apabila menerima tempahan. Jika tiada budget. Tidak mengapa, anda masih boleh melakukannya secara manual. Tapi anda kenalah minta pelanggan untuk buat tempahan seawal 3-5 bulan.

Saya senaraikan 10 kraftangan felt yang anda boleh hasilkan dan jual !

1. Keychain

2. Bekas pensil

3. Patung

4. Sarung telefon

5. Car charm 

6. Bekas tisu besar / jenis poket

7. headband

8. Brooch / kerongsang 

9. kasut bayi

10. Dompet  

Dan... ada banyak lagi..

Promosi Oh promosi..

Jika anda telah menyiapkan kraftangan anda, anda perlu promosi okayy... Biar orang lain tahu bisnes anda. 

Dan, disinilah kebanyakan orang tewas. Gagal dan malu untuk mempromosi. Jika anda tak tahu buat blog atau laman web. Tak perlu buang masa. Gunakan media sosial seperti facebook dan instagram. Anda juga boleh menggunakan aplikasi mobile seperti Shopee.my..

Pengalaman sendiri : Ketika saya menghantar gambar keychain felt di group whatsapp member sekolah pun, ia mendapat respon yang cukup baik. Selain ayat seperti 'comel'... yang paling sweettt adalah 'nak belilah'... 'berapa harga ni ?'... Ho ho... ia memang sesuatu yang berharga dan bernilai... 

Namun jika anda rasa ia seperti melakukan spamming.. gunakan facebook dengan update status anda. Facebook page membantu mengembangkan bisnes anda. Gunakan page ini sebaiknya. Jangan lupa invite rakan-rakan dan kenalan untuk like page ini. Like pun penting juga. Jangan gunakan khidmat membeli facebook like. Tak guna juga jika anda mendapat facebook like namun masih gagal membuat sebarang jualan.

Selain promosi, anda kena maintain update hasil kraftangan ini. Jangan berhenti setakat itu sahaja. Kembangkan hasil kraftangan anda. Meskipun anda menghasilkan pelbagai kraf felt untuk tujuan display, pastikan ia terdiri dari pelbagai warna okayy... Warna memainkan peranan penting. Namun banyak individu tidak menyedari hakikat ini.

Update setiap minggu hasil kraftangan anda. Biar pengikut dan viewer anda tahu bahawa anda mengusahakan bisnes felt ini dengan penuh minat, serius dan mahir melakukannya. 

Tingkatkan kepercayaan viewer anda. Saya sendiri kurang percaya untuk membuat tempahan di blog/ page yang diupdate hanya sebulan sekali. Potential buyer lebih berkeyakinan untuk membuat pilihan jika terdapat banyak rekaan pilihan..

untuk pengetahuan anda, ada banyak corak felt yang dikongsikan secara percuma dari blogger seluruh dunia. Jika berkesempatan saya akan share dengan anda lain kali..

Terima Kasih kerana membaca.. Semoga bermanfaat.







No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.