Saturday, 7 November 2015

Ulangkaji Adsense : Adakah Ia Satu Kemestian Untuk Blog ?

Hai ~ Sudah agak lama juga saya berehat dari menulis blog. Setelah melalui kenangan pahit akaun adsense dibatalkan oleh google buat kali kedua, saya pun berehat seketika dari usaha mendapatkan semula akaun adsense.

Saya mengambil masa yang agak lama juga mengulang kaji mengenai adsense ni, bahkan hingga saat ini saya masih menelaah adsense.

Akaun saya telah dibatalkan google adsense atas sebab invalid activity. Ho ho.. Saya sendiri kurang arif mengenai aktiviti tidak sah ini. So, ia telah berlaku atas dasar tak sengaja. Tapi, sudah tentulah tiada kemaafan dari google. Sekali akaun anda dibatalkan dan diban, memang amat susah untuk mendapatkannya kembali.

OK... tak mengapa, bukan rezeki. Think positive !

Antara contoh invalid activity adalah seperti :

~ Trafik

Sebaik-baiknya trafik yang digunakan bersih dan tidak menggunakan khidmat dan servis pihak ketiga. Google sememangnya memerhati trafik yang datang ke blog kita. Trafik mencurah-curah yang mencurigakan En. Google pun akan menyebabkan akaun kita mudah diban.

~Konten Blog

Seperti biasa. Hal pertama yang dipandang google, originality a.k.a ketulenan isi kandungan blog. Blog yang banyak mengandungi copy paste dari blog lain amat dibenci seo dan google.

~Klik

Klik mencurigakan seperti klik berulangkali akan menyebabkan google mengesyaki kita menggunakan auto klik robot dan khidmat pihak lain untuk melakukan klik. Ayat yang meminta pelawat untuk klik iklan serta ayat manipulasi untuk melakukan klik juga disifatkan sebagai aktiviti tidak sah.

~Iklan

Penempatan iklan dan kod juga menjadi isu penting. Sebaik-baiknya dapatkan nasihat mereka yang pakar mengenai cara meletakkan iklan adsense yang betul untuk blog. Saya pernah mengubah suai kod iklan dan disinilah kesilapan berlaku..Ooppss.. Bad move. Ia sememangnya telah melanggar polisi google...

Sehingga ke saat ini juga, saya masih memikirkan samada masih perlu 'fighting'  untuk mendapatkan adsense atau tidak... Ho ho..

Yang best bila guna adsense..

1. Lumayan sesangatt. Sudah tentulah untung kerana pembayaran dilakukan dalam Usd..

2.  Jadi Blogger berjaya. Melalui syarat yang ditawarkan google yang mahukan blog dengan konten asli. Kita akan belajar menghasilkan artikel yang kaya dengan isi dan berkualiti. Ia juga karya tulen kita sendiri tanpa perlu meniru blog orang lain.

Yang tak best bila guna adsense

Disebabkan akaun adsense mudah diban/ disapprove, blogger kadangkala jadi hilang minat pula. Mana tidak, setiap artikel mestilah unik, kaya keyword dan mempunyai rangkap entri yang agak panjang. Nak hasilkan artikel pun risau melanggar polisi dan dipandang google mengandungi isu ganas. Ho ho.. Ni lah juga simptom yang menyerang saya sepanjang menggunakan iklan adsense. Tak boleh buat google tersinggung okayy..

Pendapatan

Sesetengah blogger pernah menyuarakan walaupun menggunakan adsense sebagai iklan diblog. Malah mempunyai trafik yang baik dan klik yang boleh tahan banyak, mereka masih mempunyai pendapatan yang ciput. Harga setiap klik pula cukup murah. Nak tahu kenapa ? Ia bergantung kepada 'high paying keyword'.. 

Apa itu high paying keyword ? Keyword dalam entri blog anda tergolong dalam bidaan yang mahal daripada pengiklan.

Contohnya : Anda mempunyai blog bahasa Inggeris, yang menulis berkaitan Insurans (High paying keyword) Ia boleh mencecah 50 usd untuk 3 klik sahaja. untuk blog bahasa melayu, rasanya ia lebih bergantung kepada kehadiran trafik diblog anda.

Template Blog

Biasanya template blog pun kena mesra seo juga. Ia antara faktor mudah diapprove oleh Google. Untuk blogger yang menggunakan platform blogspot seperti saya, agak susah juga nak mengubah-ubah template apatah lagi memilih template dari pihak ketiga. Buang masa untuk mencantikkan blog dan merisikokan blog rosak dan tidak ditemui di search engine.  Ho ho..

Apapun Adsense bukannya Ppc tunggal didunia ini...Malah bukan satu-satunya cara jana pendapatan dari blog. Jadi ia bukannya satu kemestian untuk blog.. Fuh ! Selamat berjuang bagi mereka yang masih dalam proses mendapatkan adsense.




3 comments :

  1. wahh macam mana la awak boleh tau semua ni.impressed!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Syuhaida..Ia hanya basic sahaja. Masih bnyak juga mengenai adsense yang sy hrus plajari...^_^.. Thnks for ur comment !

      Delete
  2. Mcm mane nk pecahkan bisul dkt kemaluan x nmpk..lpstu dkt bisul tu x dek mate..hrp reply ...tq

    ReplyDelete

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.