Friday, 30 October 2015

Tips Blogger : Kenapa Perlu Pantau Komen DiBlog ?

Sepanjang anda menulis diblog, pernahkah anda peduli tentang komen yang ditinggalkan diblog anda? 

Biasanya sesetengah blogger meninggalkan komen diblog sebagai prosedur blogwalking sahaja. Selama saya blogwalking di blog orang lain pula, hanya 2-3 kali saya meninggalkan komen. Itupun komen yang perlu sahaja. Bukan untuk spamming !

Bagi saya komen daripada reader adalah sesuatu yang baik. Ini bermakna entri blog saya bermanfaat kepada pembaca. Namun, semakin banyak viewer, semakin banyak pula komen-komen yang tidak diingini timbul.

Saya terdetik untuk menulis entri mengenai komen ini apabila baru-baru ini blog saya dihujani pelbagai komen berbaur spam. Hal ini buat saya agak terkilan.

Apa maksud SPAM ?

Spam berlaku apabila komen tidak diingini berlaku. Blog disalahgunakan untuk tujuan promosi blog lain atau produk tertentu.

Sesetengah blogger mengatakan komen seperti 'nice article'... 'info yang bagus' juga adalah komen spam.

Bayangkan...Anda bersusah payah menghasilkan entri, mengaplikasikan pelbagai teknik dan SEO untuk meningkatkan trafik blog dan mereka yang tidak dikenali memanfaatkan blog anda untuk tujuan promosi dan untung atas angin. Itupun tanpa kebenaran anda.. Hmmm

Bagi anda yang mungkin tak tahu, komen yang mengandungi terlalu banyak link berbentuk spam boleh mengakibatkan blog kita dipantau oleh google, diberi amaran dan diban oleh google. Disebabkan komen mereka yang tidak berhemah, blog anda menerima habuan dan risiko. Ia pastinya sesuatu yang tidak berbaloi !

Oleh itu, saya memulakan langkah menjaga privasi dan keselamatan blog. Saya mulakan dengan meletakkan nota peringatan dalam blog bagi mereka yang berniat untuk memberi komen.

Bagi anda yang mungkin tidak tahu, pihak blogger ada menyediakan comment form message pada bahagian setting > post and comments. Disini anda boleh memberi peringatan kepada individu yang berniat untuk meninggalkan komen. 

Anda boleh lihat seperti yang saya lakukan disini :




Selain itu, dibahagian setting ini, ada beberapa tips penting yang anda boleh lakukan untuk memantau komen :

1. Pergi pada bahagian Settings

2. Klik Posts and comments

3. Lihat pada nombor 3 # Who can comment? 

Siapa yang boleh komen diblog anda? Saya longgarkan sedikit pada bahagian ini, saya hanya setting Anyone. Bermaksud sesiapa sahaja boleh komen, termasuk mereka yang tidak mempunyai alamat emel iaitu, anonymous. Bagi saya selagi anonymous tidak memberi kutukan ataupun spamming, ia bukan masalah besar. Tidak semua orang mahu mendedahkan identiti mereka.. Saya juga lebih suka komen secara anonymous untuk tujuan privasi ho ho..

Namun begitu, jika anda hanya ingin mereka yang mempunyai alamat emel / ID saja yang boleh memberi komen, hanya perlu set selain anonymous sahaja.

4. Comment moderation ? 

Sila set pada Always. Dengan ini, semua komen yang ditinggalkan pembaca akan dipublish hanya setelah anda baca.

Email moderation requets to : Letak emel anda disini agar anda dimaklumkan setiap komen yang masuk. Mudahlah anda menapis komen-komen pembaca.

Contohnya macam ni : Anda akan lihat berapa komen yang awaiting moderation :




5. Show word verification ?

Letak Yes. Untuk mengelakkan robot spam meninggalkan komen.


Ini antara komen spam yang telah saya delete :




Akhir kata... ^_^ 
Komenlah secara berhemah !

No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.