Masa my bro cerita pasal ikan eksotik ni. Saya just tunjuk muka blur saja..ho ho...sebab tak pernah tahu pasal ikan-ikan eksotik ni. Tiket kemasukan setiap individu bagi ceramah ini berharga Rm200. My bro, yang juga seorang jurutera pun menunjukkan minat nak dengar pasal empurau ni. Since, my husband juga bagi respon yang positif, jadi kenapa tidak ???
Yang menghadiri ceramah ini bukanlah calang-calang ujar my husband. Kebanyakannya mempunyai kerjaya yang baik. Ada antara mereka yang telah memulakan penternakan empurau ini, namun tidak berjaya. Ceramah ini dibuat dalam bahasa Inggeris.
Bayaran ceramah ini mungkin agak mahal berbanding ebook. Tapi ia adalah pengalaman yang cukup berharga. Maklumlah bukan mudah nak jumpa seorang pakar dalam bidang ternak ikan empurau ni, iaitu Dr. Elli Luhat . Jadi ilmu ini tersangatlah berharga. Saya minta maaf pada anda kerana saya tak dedahkan 100% cara menternak ikan ni. Informasinya terlalu banyak dan panjang.. Apapun saya akan cerita serba-sedikit mengenai ikan empurau ni.
Sebenarnya saya tak attend pun ceramah ni. Hanya my bro and my husband sahaja yang pergi. Apapun, kredit to my husband yang dah cerita dan terangkan dengan baik mengenai ikan empurau ni.
Cerita pasal ternak ikan
Bila cerita pasal ternak ikan, saya pasti ramai yang suka ternak ikan. Ada kawan saya yang sanggup ternak ikan-ikan mahal seperti ikan arowana sebagai ikan hiasan dan hobi saja. Tapi tak lama pun, ikan dah mati. mungkin disebabkan penjagaan yang tak betul.
Ceritanya dengan saya sama saja. Saya ni pun minat juga pasal ternak-menternak ikan ni. Sebelum ni saya ada beli banyak ikan kecil yang cukup berwarna-warni. Sanggup pula tu beli akuarium yang besar. Campur sekali dengan aksesori untuk akuarium, adalah habis dalam Rm100 lebih macam tu. Akhirnya, tak ke mana juga. Rajin nak membersihkan akuarium hanya bertahan dalam sebulan. Kemudian my husband jadi tukang jaga dan tukang bersih.
'Ni minat apa ni ? tak bertahan lama pun' laung my husband ha ha...
Saya ni jenis yang mempunyai minat berubah-ubah. Jadi semua benda serba tak menjadi. Nak jadi penternak ikan yang berjaya, tak kira jenis apa. Kena ada ilmu yang betul. Bukan sekadar jadi bidan terjun saja.
Empurau
Bagi anda yang tak tahu, rupa ikan empurau adalah seperti ini.
Walaupun rupa ikan ni biasa-biasa saja, namun siapa sangka ia ikan eksotik yang mahal. Setakat ini, empurau adalah ikan air tawar yang paling mahal di malaysia. Dalam bahasa Inggeris, empurau ini dikenali sebagai tor tambroides. Penternak ikan mensasarkan taiwan sebagai pasaran export yang seterusnya.
Apa yang saya fahami, ikan empurau ini adalah suku sakat ikan kelah juga. Kelah ini ada beberapa jenis selain empurau. Tapi saya agak kurang arif mengenai ikan kelah yang lain. Asal usul empurau adalah dari negeri sarawak. Empurau ini diberi nama oleh sarawakian, beberapa tahun lalu. Dalam bahasa cina, ia dikenali sebagai wan bu liau yang bermaksud 'tidak boleh dilupakan' atau 'unforgettable'..Ia berlaku apabila sekumpulan warga taiwan yang datang ke sarawak dihidangkan empurau ketika makan tengahari. Sukar bagi mereka untuk melupakan rasa ikan ini yang cukup lembut dan memikat. kebanyakan ikan eksotik termasuk empurau boleh didapati di kapit, sarawak. Mungkin kerana habitat ini cukup semulajadi terutamanya di hulu sungai rejang.
Empurau seringkali disalahertikan sebagai ikan semah juga. Mungkin disebabkan ciri-cirinya yang agak sama. Semah juga merupakan kaum ikan kelah. Apapun, ikan semah ni boleh tahan juga permintaan pasarannya. Nama lain semah ni ialah tor duoronesis. Baca lebih lanjut pada gambar dibawah.
(Kredit to: keratan akhbar berita harian)
My husband yang ada menghadiri ceramah ini berpeluang menjamah hidangan empurau. Jelousss pula I dengar. My husband kata isi ikan ini memang cukup lembut. Nak kata sedap, katanya tak juga.
Hmmmm......
Habis juga sepinggan ni...^_^
Nak membeli ikan ni, bibit sahaja berharga Rm30-Rm60 seekor. Bergantung kepada saiznya juga. Fuh ! Untuk kawasan sabah. Bibit ini ada dijual. Tapi, negeri lain selain sarawak, saya kurang pasti dimana tempatnya. Tempoh matang dan boleh dijual adalah sekitar 3- 5 tahun. Dalam tempoh 5 tahun, ikan ni boleh mencapai lebih kurang seberat 1.5kg. Tempoh pembesarannya boleh tahan lama juga. Ia adalah pelaburan yang menguntungkan untuk jangkamasa panjang.
Harganya dijual perkilo. Menurut penceramah ini, ikan ni dijual sekitar Rm1300 per kilo mengikut harga dan pasaran singapura. Manakala di amerika, harganya mampu mencapai 1500 usd per kilo. Ia tidak tetap mengikut permintaan pasaran dan kawasan.
Untuk menternak ikan ini, banyak benda anda perlu tahu.. My bro kata ia tidaklah semudah yang disangka. Kita perlu membina kawasan pembiakan tiruan untuknya. Ia memerlukan air yang sentiasa mengalir, sama seperti habitat asalnya. Tak perlu susah payah korek tanah buat kolam okayy. Ikan ini boleh diternak dalam kolam simen.
Antara faktor yang perlu kita titikberatkan adalah :
# Oksigen
# Suhu air
# Pemakanan
# kebersihan
Ikan ini juga mudah mati jika terkejut dan tidak dikendalikan dengan betul. Hendak ternak empurau bagaikan menjaga anak sendiri ujar penceramah ini. Hendak pindahkan ke kolam lain pun, ada cara yang betul. Bukan sewenang-wenangnya. Ikan ini mungkin terkejut dengan perubahan suhu air. Bak kata lain, ia boleh terkena heart attack !
Selain itu, makanan ikan ni pun sungguh istimewa. Namun, ia mudah didapati di kawasan perkampungan. Rupanya ia hanya makan tumbuh-tumbuhan semulajadi. My husband kata perlu berhati-hati juga. Sebab ikan ni boleh mati kerana terlalu kenyang.
Masalah yang melanda dan faktor penyebab kematian empurau adalah, keracunan ammonia. Untuk pengetahuan anda, berat ikan ini boleh mencecah lebih dari 10kg. Dan harganya boleh mencecah Rm6 ribu untuk seekor.
Apa pendapat saya mengenai ternak ikan empurau ?
Ahaksss.. Between yes and no. Mulanya saya plan untuk ternak ikan empurau ni pada tahun hadapan. Since, my kwsp untuk 3 tahun pun matang. Bolehlah buat pelaburan sikit untuk beberapa tahun. Nak simpan saja, lambat laun habis juga. Nampaknya, boleh tahan susah juga nak ternak 'duit' ni.. ho ho.. apapun bagi anda yang amat suka ternak ikan. Cubalah ternak empurau ni.
Terima kasih kerana membaca !
baru mengikuti blog sis..memang santai dari segi penulisan. banyak info..
ReplyDeleteHai sis. Terima kasih banyak. Dah follow blog Ida juga ^_^...
DeleteSangat bagus..
ReplyDeleteThank Q Nimrod... ^_^
DeleteHi, Kamu Tau ka mana Ada jual bibit2 ikan empurau d Sabah? Tq
ReplyDeleteHi Kamu tau ka mana Ada jual bibit2 empurau d Sabah?
ReplyDeleteDekat mana saya boleh dapat benih ikan empurau?
ReplyDeleteInteresting..
ReplyDeletekalau kalau mencari empurau saya ada menjualnya di sabah 0105873915
ReplyDelete