Sunday, 25 October 2015

10 Tips Capai Kebahagiaan Dalam Hidup

Berapa ramaikah antara kita yang merasa ketidaksempurnaan dalam hidup ?

Mempelajari, menyedari, memperbaharui sesuatu adalah cara yang betul untuk mencapai kebahagiaan dalam hidup. Untuk melakukannya, apa yang perlu kita lakukan adalah membuka mata dan telinga. Berikan diri kita peluang untuk memiliki kebahagiaan itu.

1. Kenali diri anda dan berubah sikap.

Meskipun orang kata terimalah diri anda seadanya.. Ya. Kita patut menerima dan menyayangi diri kita. Walaupun tidak mempunyai paras rupa dan fizikal yang sempurna. Itu hanya luaran sahaja. Bagaimana dengan dalaman ? Fikir semula. Kadangkala apa yang menghalang kita untuk berjaya adalah kerana sikap kita sendiri. Pernahkah anda sedari bagaimana sikap anda selama ini.

Tips # Keluarkan sekeping kertas. Tulis 10-20 perangai buruk anda. Dari sini, anda akan lihat apa perubahan yang anda perlukan.

2. Terima kekurangan pasangan hidup

Tips ini penting bagi mereka yang sudah berkahwin. Satu fakta yang anda harus ingat, tiada pasangan yang 100% sempurna dalam hidup. Begitu juga dengan diri kita. Tidak sempurna.

Salah satu nasihat terbaik yang ibu saya pernah sampaikan dalam hubungan : Bila berlaku ketidakpuasan hati atau pergaduhan dalam hubungan. Salah seorang, suami ataupun isteri haruslah mengalah. Sorang harus jadi api dan sorang pula jadi air. Tak boleh kedua-dua jadi api.

Penceraian banyak berlaku dikalangan pasangan yang masih muda kerana ego masing-masing. Diawal perkahwinan saya sendiri pun mengalami dugaan yang cukup banyak. 2 tahun pertama perkahwinan adalah tahun yang cukup penting. Kena banyak bersabar, bertolak ansur dan berusaha menerima apa juga kekurangan si dia. Dalam 4 tahun perkahwinan, jatuh dan bangun bersama membuat saya dan suami lebih menghargai erti perkahwinan serta menjadikan kami lebih matang.

3. Financial Freedom

Apa erti kebebasan kewangan bagi anda ? Ho..ho.. Dulu saya berpendapat untuk mencapai tahap ini, haruslah mencari duit tambahan yang banyak..Tidak semestinya ok..! Kalau dah ada kerja tetap tu, harus bersyukur. Jangan terlalu tamak.

Perasaan tamak kadangkala akan membuat kita jatuh dan rugi. Jika tidak mampu mencari duit lebih, kurangkan beban hutang. Kadangkala gaji beribu riban + pendapatan sampingan pun tak akan cukup jika kita tak rancang perbelanjaan bulanan kita. 'Besar periuk, besar juga keraknya'. Lebih besar pendapatan kita, lebih tinggi keinginan kita.

4. Family come first

Mempunyai keluarga yang bahagia adalah impian setiap individu. Ia terbina daripada kepercayaan dan kasih sayang.
Ikatan keluarga yang kukuh akan membuat kita lebih bahagia samada kita telah berkahwin ataupun masih bujang. Sokongan keluarga membantu kita lebih kuat terutama apabila kita menghadapi dugaan yang besar.
So, Sayangi keluarga anda ! 

5.  Percaya pada hukum karma 

'Buat baik dibalas, buat jahat dibalas jahat'.. Ini salah satu prinsip hidup yang saya pegang. Jangan memfitnah atau menganiayai hidup orang lain.

Setiap sesuatu yang kita lakukan pasti ada pembalasan. Tak usahlah kita mengadili hidup orang lain. On the day of judgement, kita juga akan mengalami hal yang sama. Dalam hidup ini, saya sendiri telah melihat seseorang yang telah menganiyai hidup orang lain menerima hukum karma. Jika pembalasan itu tidak berlaku pada kita, anak-anak atapun keturunan kita pasti akan menerima hukuman itu.

Sama seperti kebaikan. Jika kita melakukan kebaikan dalam hidup, hidup kita juga pasti berjalan lebih lancar. So, jangan pandang ringan okeyy..

6. Belajar menerima teguran dan pendapat orang lain

Kadangkala sukar untuk kita terima teguran dan pendapat orang lain. Fuh ! Ego punya pasal !

Contoh 1 #, Jika anda ditegur 'si gemuk!'.. Pandang dari sudut positif. Mereka berniat baik sebenarnya. Mereka memberi dorongan kepada anda supaya anda akan berusaha menguruskan badan. 

Contoh 2 # Jika seseorang menegur anda berbau, okey. Fikir secara positif. Sudah tiba masanya anda pakai deodoran..

Ho ho.. Teguran membantu kita memperbaiki kelemahan dan kekurangan kita. Be Positive !

7. Capai Impian Anda

Semua orang mempunyai impian mereka sendiri. Jika ada sesuatu yang ingin anda capai, kejar dan laksanakan impian anda. Impian yang berjaya akan menjadikan hidup anda lebih bermakna dan bahagia.

8. Bebaskan diri anda dari keperitan masa lampau

Tidak semua orang mempunyai perjalanan hidup yang baik. Ada yang mengalami keperitan hidup sejak zaman kanak-kanak. Contohnya menjadi mangsa dera, cabul, rogol dan sebagainya. Hal ini tidak mudah kerana ia tekanan batin yang cukup besar. Mereka yang tidak mampu membebaskan diri dari keperitan ini akan terperangkap dengan luka-luka batin. Jika tidak ditangani dengan baik, perkara ini akan menghantui mereka seumur hidup.

Tips # Bagaimana cara mengatasi kepedihan masa lampau ? 

Bersuara. Jangan pendam beban ini. Luahkan beban ini kepada mereka yang anda percaya. Jika anda masih tidak mampu melakukannya, mungkin kerana malu atau takut, berjumpalah dengan pakar psikologi. Mereka mampu membantu anda mengawal emosi dan tindakan anda.

Sesetengah mereka yang menderita disebabkan penderitaan masa lalu, menyertai persatuan tertentu dan membantu mereka yang senasib. Anda juga boleh lakukan hal yang sama. Dengan membantu mereka yang mengalami penderitaan yang sama, dapat membantu anda membebaskan diri dari derita masa lampau.

9. Hargai cinta dalam hidup

Cinta adalah sesuatu perasaan yang sukar untuk dijelaskan. Ia membangkitkan adrenaline kita dan menjadikan hari-hari yang kita lalui cukup bermakna. Cinta tidak semestinya pada pasangan. Ia juga termasuk cinta pada ibubapa dan anak-anak.

10. Bersandar pada agama 

Kebanyakan orang menemui ketenangan dengan cara ini. Apabila anda menemui kegagalan dalam hidup dan tiada siapa yang dapat membantu anda, bersandarlah pada kepercayaan anda. Anda pasti akan menemui kebahagiaan dengan cara ini !



~ Semoga ia memberi manfaat buat anda...



No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.