Jika anda baru berjinak-jinak dalam perniagaan online, saya amat sarankan anda gunakan facebook pages dan promosi kepada rakan-rakan anda dahulu.
Gunakan facebook pages kerana ianya percuma sahaja.Anda boleh mendapatkan trafik yang mudah dari sini.
Membina website ataupun blog mungkin agak sukar sedikit bagi anda yang baru bermula. Trafik yang tinggi amat diperlukan supaya website anda mudah ditemui.
Saya pernah cuba mempromosikan barangan diy saya menggunakan blog dan facebook. Hasilnya ? Facebook pages saya mendapat ratusan like dalam tempoh yang agak singkat. Saya tak nafikan yang ramai yang sukakan barangan d.i.y yang unik dan comel. Ini termasuklah saya sendiri.
Dalam tempoh tersebut, saya menerima respon yang agak baik daripada viewer facebook dan juga tempahan. Ini antara barangan contoh diy hasil tangan saya sendiri. Terdapat pelbagai lagi kraftangan d.i.y yang saya hasilkan yang anda boleh tengok disini. Semoga ia mampu memberi inspirasi kepada anda the best way to shoot your d.i.y project
Apa kata anda ? Kekuatan dalam menarik pembeli adalah :
#Trafik + Kualiti gambar
Bagi saya melakukan shooting pada produk amat menyeronokkan. Saya amat pentingkan latar dan pencahayaan yang baik untuk menarik perhatian viewer. Rasanya ini adalah faktor utama juga bagaimana saya menjual barangan terpakai dalam masa yang singkat dimudah.my. Ho ho..
Untuk satu bulan pertama saya akui promosi adalah sesuatu yang amat penting. Tanpa promosi tiada sesiapa yang akan mengetahui produk anda.
Namun sebelum anda mula melakukan promosi, pastikan gambar produk anda mencukupi. Jarang viewer yang berminat untuk lawat lama-lama pada pages anda jika hanya ada satu atau dua gambar barangan diy. Update status anda difacebook setiap kali anda siap mereka barangan d.i.y yang baru.
Bagi anda yang berminat menggunakan blog sebagai laman menjual produk diy, kesabaran amat diperlukan. Setakat ini, belum pernah saya menerima tempahan dari blog. Salah satu faktornya adalah disebabkan trafik yang agak kurang. Bukan mudah mendapat trafik dalam masa yang singkat ya ^_^
Adakah barangan kraftangan boleh memperolehi untung besar ? Yupp ! Sudah tentu. Jika anda mampu membuat dalam jumlah yang banyak, contohnya mempromosikan barangan kraftangan anda sebagai doorgift perkahwinan, anda berpeluang memperoleh untung besar.
Pasaran luar ? Jika anda yakin bahawa produk diy anda boleh pergi jauh, tidak salah anda mencuba laman web antarabangsa untuk menjual.
Jika selama ini anda hanya tahu laman web ebay. Saya dedahkan senarai laman web yang anda boleh jual secara online diperingkat antarabangsa.
Diluar sana, terdapat ramai peminat barangan diy yang sanggup membayar dalam jumlah yang besar jika kraftangan bernilai dimata mereka. Tanpa minat, takkan ada banyak website yang mengetengahkan jualan barangan unik d.i.y..
Terima kasih kerana membaca ~
hi..boleh bagi tips berapa banyak produk yg perlu kita siapkan utk diiklankan. Contoh macam buat keychain, berapa biji keychain perlu ada dalam stok utk dipasarkan? 😊
ReplyDelete